18/09/2026
🌼PENYELARASAN SET SOALAN UPDLP SEKOLAH-SEKOLAH ZON SANTUBONG KUCHING TAHUN 2026🌼
Standard 1: Kepimpinan
Aspek 1.3: PGB Sebagai Pendorong
Standard Kualiti:
1.3.2: PGB menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah secara profesional dan terancang.
1.3.3: PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.
Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek 2.1: Pengurusan Sumber Manusia
Standard Kualiti 2.1.2: Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang.
Standard 3.1: Pengurusan Kurikulum
Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran
Standard Kualiti 3.1.2.3: Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang.
♦️Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
♦️Masa: 2.10 petang
♦️Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan
♦️Penglibatan: Guru Besar PGBM Zon Santubong, PK Pentadbiran Sekolah Zon Santubong, Guru Penggubal Soalan UPDLP.
♦️Objektif:
▫️Menyelaraskan proses penggubalan set soalan pengukuhan UPDLP bagi memastikan keseragaman dari segi tahap kesukaran, format dan kandungan dalam semua sekolah Zon Santubong.
▫️Memastikan set soalan yang disediakan berkualiti, relevan dan terarah kepada peningkatan pencapaian pelajar mengikut standard kurikulum kebangsaan.
▫️Menggalakkan kerjasama dan permuafakatan strategik antara guru pengubal soalan, Guru Besar dan Penolong Kanan Kurikulum dalam Zon Santubong secara profesional dan terancang.
▫️Menguruskan sumber manusia terlibat secara cekap dan berkesan dalam penghasilan set soalan melalui perbincangan, pembahagian tugas dan penjadualan kerja yang sesuai.
▫️Menghasilkan set soalan pengukuhan yang sistematik dan berintegriti, untuk memudahkan pelaksanaan peperiksaan serta pentaksiran dalaman di setiap sekolah dalam zon.
♦️Rumusan:
▫️Mesyuarat penyelarasan set soalan pengukuhan UPDLP Zon Santubong ini telah berjaya mengumpulkan input bernas dari Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, dan guru-guru pengubal soalan. Perbincangan berjalan secara profesional dan terancang, sejajar dengan piawaian yang ditetapkan dalam Standard 1, 2 dan 3. Proses penggubalan dan penyelarasan soalan dijalankan secara sistematik bagi memastikan keseragaman, ketepatan dan kualiti soalan yang dihasilkan. Pendekatan permuafakatan strategik yang diterapkan membantu meningkatkan kolaborasi antara sekolah dalam zon Santubong
♦️Impak:
▫️Kualiti Soalan Meningkat: Set soalan pengukuhan yang disediakan menunjukkan standard tinggi dari segi kesesuaian kandungan dan format, menepati keperluan kurikulum serta objektif UPDLP.
▫️Peningkatan Prestasi Pelajar: Dengan soalan yang lebih sistematik dan berstruktur, pelajar di seluruh sekolah zon Santubong dapat dirangsang untuk mencapai pencapaian akademik yang lebih baik.
▫️Pengurusan Profesional: Proses penggubalan berlaku secara terancang dan sistematik, memperkukuh pengurusan sumber manusia dan pentadbiran sekolah.
▫️Kerjasama Berterusan: Memupuk semangat permuafakatan yang profesional antara warga sekolah, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran secara berterusan dalam zon.
♦️Tindakan Susulan:
▫️Secara keseluruhannya, tindakan susul akan dilaksanakan secara berperingkat, sistematik dan berterusan bagi memastikan hasil penyelarasan set soalan pengukuhan UPDLP dapat diterjemahkan kepada peningkatan kualiti pentaksiran dan pencapaian murid di sekolah-sekolah Zon Santubong. Mewujudkan perkongsian amalan terbaik antara sekolah Zon Santubong melalui perbincangan profesional, perkongsian bahan dan kepakaran guru dalam penggubalan serta pentaksiran.
'Salakku Gemilang'