KAFA SK Bandar Samariang

KAFA SK Bandar Samariang π—’π—™π—™π—œπ—–π—œπ—”π—Ÿ π—™π—”π—–π—˜π—•π—’π—’π—ž π—£π—”π—šπ—˜ π—žπ—”π—™π—” π—¦π—ž 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ 𝗦𝗔𝗠𝗔π—₯π—œπ—”π—‘π—š

πŸ“ Lorong Cahaya Mata 2, Bandar Baru Samariang, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching Sarawak.

21/03/2026

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI βœ¨πŸŒ™

Warga KAFA SK Bandar Samariang dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh murid serta ibu bapa dan penjaga. Di kesempatan yang mulia ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, kekurangan serta kelemahan sepanjang sesi pengajaran, pembelajaran dan program yang telah dilaksanakan.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
ΩˆΩŽΩ„ΩΨͺΩΩƒΩ’Ω…ΩΩ„ΩΩˆΨ§ Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩΨ―ΩŽΩ‘Ψ©ΩŽ ΩˆΩŽΩ„ΩΨͺΩΩƒΩŽΨ¨ΩΩ‘Ψ±ΩΩˆΨ§ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩŽ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰Ω° Ω…ΩŽΨ§ Ω‡ΩŽΨ―ΩŽΨ§ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‘ΩƒΩΩ…Ω’ ΨͺΩŽΨ΄Ω’ΩƒΩΨ±ΩΩˆΩ†ΩŽ
(Surah Al-Baqarah: 185)

Maksudnya: β€œβ€¦dan supaya kamu menyempurnakan bilangan (puasa) dan supaya kamu membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, serta supaya kamu bersyukur.”

Semoga kehadiran Syawal yang penuh keberkatan ini dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri setiap murid, memperkukuhkan akhlak serta meningkatkan semangat untuk terus menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Diharapkan juga agar hubungan silaturrahim antara warga sekolah, murid serta ibu bapa terus erat dan harmoni.

Akhir kata, semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT, serta kita semua dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

🌸 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌸

SK Bandar Samariang

πŸ“’ MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAHPROGRAM MAFATIH MAHABBAH RAMADHAN 2026 πŸŒ™πŸ†Alhamdulillah, dengan izin dan kurnia Allah SWT, tel...
19/03/2026

πŸ“’ MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
PROGRAM MAFATIH MAHABBAH RAMADHAN 2026 πŸŒ™πŸ†

Alhamdulillah, dengan izin dan kurnia Allah SWT, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Hadiah Program Mafatih Mahabbah Ramadhan 2026 pada 16 Mac 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, penyertaan dan usaha gigih para murid sepanjang pelaksanaan program ini.

Majlis ini turut menjadi wadah dalam menyemai semangat persaingan sihat serta memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan murid melalui penglibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Firman Allah SWT:

β€œSesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah At-Taubah: 120)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan juga para peserta. Sesungguhnya kejayaan bukanlah semata-mata pada ganjaran yang diperoleh, tetapi terletak pada usaha, keikhlasan serta kesungguhan dalam menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT 🀍

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi asbab untuk terus istiqamah dalam beribadah serta memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah sepanjang hayat.

Jazakumullahu khayran kepada semua guru, pihak sekolah serta para penyumbang yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.



πŸ“’ PROGRAM BULAN RAMADHAN – PROGRAM MAFATIH MAHABBAH RAMADHAN 2026 πŸŒ™Alhamdulillah, selesai Program Mafatih Mahabbah Ramad...
19/03/2026

πŸ“’ PROGRAM BULAN RAMADHAN – PROGRAM MAFATIH MAHABBAH RAMADHAN 2026 πŸŒ™

Alhamdulillah, selesai Program Mafatih Mahabbah Ramadhan 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan penyampaian hadiah serta takbir raya bersama guru KAFA SK Bandar Samariang.

Jutaan terima kasih kepada Tabung Baitulmal Sarawak serta penyumbang yang lain atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Antara aktiviti menarik sepanjang program ini dilaksanakan:
βœ… Pelancaran Program Mafatih Mahabbah Ramadhan [23 Februari 2026]
βœ… Tadarus Al-Quran secara berjemaah [24 Februari 2026]
βœ… Tazkirah sempena Nuzul Al-Quran [2 Mac 2026]
βœ… Pertandingan Mewarna Poster Ramadhan [3 Mac 2026]
βœ… Pertandingan Azan Tahap 1 & 2 [9 Mac 2026]
βœ… Pertandingan Tilawah Tahap 1 & 2 [9 Mac 2026]
βœ… Pertandingan Hafazan Tahap 1 & 2 [9 Mac 2026]
βœ… Pertandingan Nasyid Tahap 1 & 2 [10 Mac 2026]
βœ… Pertandingan Bercerita Tahap 1 & 2 [10 Mac 2026]
βœ… Penyampaian Hadiah [16 Mac 2026]
βœ… Takbir Raya bersama Guru KAFA SK Bandar Samariang [17 Mac 2026]

Jazakumullahu khayran kepada semua yang telah menyertai dan menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan kecintaan kita terhadap Ramadhan sepanjang hayat.



Bismillah.[2 Februari 2026 | Isnin | 2:00 Petang]β€˜HARI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KELAS KAFA 2026’Selamat kembali ke sekol...
07/03/2026

Bismillah.

[2 Februari 2026 | Isnin | 2:00 Petang]

β€˜HARI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KELAS KAFA 2026’

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada seluruh murid KAFA SK Bandar Samariang bagi sesi persekolahan tahun 2026. Ucapan Selamat Datang turut ditujukan kepada semua murid, khususnya murid-murid baharu Tahun 2 yang akan memulakan sesi pembelajaran KAFA pada tahun ini.

Firman Allah SWT: β€œRabbi zidni β€˜ilma” yang bermaksud β€œWahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (Surah Taha: 114). Semoga permulaan sesi ini menjadi langkah yang diberkati dalam perjalanan menuntut ilmu serta membina akhlak dan sahsiah yang mulia dalam kalangan murid-murid.

Pada hari tersebut juga telah diadakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan penjaga yang telah disampaikan oleh wakil Pejabat Agama Islam Kuching, iaitu Ustazah Sandhora binti Muslim, bagi memberi penerangan berkaitan pelaksanaan serta pengurusan kelas KAFA.

Semoga segala urusan pembelajaran murid-murid dipermudahkan, dikurniakan kefahaman dalam menerima ilmu serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT. Mudah-mudahan usaha yang dilaksanakan ini dapat melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.



[CARTA ORGANISASI PIMPINAN GURU KAFA SK BANDAR SAMARIANG SESI 2026 ]Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§Ψͺ...
06/03/2026

[CARTA ORGANISASI PIMPINAN GURU KAFA SK BANDAR SAMARIANG SESI 2026 ]

Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡

Firman Allah SWT:

β€œΩˆΩŽΨ§Ψ¬Ω’ΨΉΩŽΩ„Ω’Ω†ΩŽΨ§ لِلْمُΨͺΩ‘ΩŽΩ‚ΩΩŠΩ†ΩŽ Ψ₯ΩΩ…ΩŽΨ§Ω…Ω‹Ψ§β€

Maksudnya:
β€œDan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

[Surah Al-Furqan: 74]

Berikut merupakan Carta Organisasi Pimpinan Guru KAFA SK Bandar Samariang bagi sesi 2026 sebagai panduan dalam memperkukuh pengurusan serta melancarkan pelaksanaan aktiviti dan pentadbiran KAFA di sekolah.

Semoga semua pimpinan yang dilantik dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, komitmen dan tanggungjawab. Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberkati setiap usaha yang dilakukan.

Sirru β€˜ala barakatillah.

πŸ“Œ LAWATAN RASMI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE PUSAT PEPERIKSAAN UPKK (SK BANDAR SAMARIANG) 2025Alhamdulillah, ...
24/11/2025

πŸ“Œ LAWATAN RASMI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK KE PUSAT PEPERIKSAAN UPKK (SK BANDAR SAMARIANG) 2025

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Pusat Peperiksaan UPKK Q01033 – SK Bandar Samariang telah menerima lawatan rasmi daripada YBrs. Abg Borhanuddin bin Abg Ahmad Masuine, Timbalan Pengarah 1 (Bahagian Dasar) mewakili YBhg. Ustaz Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak pada 17 November 2025 (Isnin) yang lalu. Lawatan ini turut diiringi barisan wakil tetamu jemputan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak, JAKIM Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Pegawai Agama Islam Bahagian Kuching, Guru Besar SK Bandar Samariang, Unit KAFA, para penyelia KAFA Bahagian Kuching, guru-guru KAFA, ketua pengawas serta para pengawas yang bertugas.

Kehadiran mereka membawa keberkatan, doa dan sokongan yang besar kepada semua calon UPKK 2025. Semoga usaha ini menjadi asbab Allah membuka pintu ketenangan, kefahaman dan kemudahan buat anak-anak yang menduduki peperiksaan.

β€œDan bertawakallah kamu kepada Allah; cukuplah Allah sebagai Pelindung.” (Surah Al-Ahzab: 3)

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang terbaik kepada semua calon UPKK 2025.
Aamin Ya Rabbal β€˜Alamin.





πŸ•Œ Majlis Khatam al-Quran 2025SK Bandar Samariang πŸ•ŒSabtu | 15 November 2025Alhamdulillah, Majlis Khatam al-Quran SK Banda...
24/11/2025

πŸ•Œ Majlis Khatam al-Quran 2025
SK Bandar Samariang πŸ•Œ
Sabtu | 15 November 2025

Alhamdulillah, Majlis Khatam al-Quran SK Bandar Samariang telah berlangsung dengan penuh keindahan dan kelembutan jiwa. Alunan ayat suci yang bergema menjadi saksi bahawa hidayah Allah sentiasa dekat bagi hati yang ingin mendekat kepada-Nya.

Para peserta yang diraikan bukan hanya menamatkan bacaan, tetapi sedang menyambung ikatan mereka dengan kitab Allahβ€”ikatan yang akan memimpin langkah, membimbing akhlak dan menjadi cahaya dalam setiap cabaran kehidupan.

🌸 β€œDan barang siapa berpegang teguh kepada Allah, maka ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”
(Surah Ali β€˜Imran 3:101)

Moga majlis ini menjadi benih keberkatan yang tumbuh subur dalam diri anak-anak kita, menjadikan mereka generasi yang lembut hati, tinggi adab dan cinta kepada ilmu serta al-Quran.

Ya Allah, kekalkanlah keberkatan ini dan limpahkanlah rahmat-Mu ke atas semua yang terlibat.

Aamiin ya Rabbal β€˜alamin.




🌟 Bittaufiq wannajah diucapkan kepada semua calon UPKK 2025.Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap langkah, melapangkan ...
18/11/2025

🌟 Bittaufiq wannajah diucapkan kepada semua calon UPKK 2025.

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap langkah, melapangkan hati kalian dengan ketenangan, serta mengurniakan kefahaman yang jelas dalam menjawab setiap soalan.

”…Dan bertawakallah kamu kepada Allah; cukuplah Allah sebagai tempat berserah diri.”
(Surah Al-Ahzab, 33:3)

16/11/2025

1 HARI LAGI!

Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 akan bermula 17 hingga 20 November 2025.

Mari kita doakan agar semua calon dipermudahkan, diberi ketenangan, dan dikurniakan kecemerlangan dunia & akhirat.




🏫 Lawatan & Tinjauan Persiapan UPKK SK Bandar Samariang 2025 🏫Jumaat | 14 November 2025Alhamdulillah, SK Bandar Samarian...
14/11/2025

🏫 Lawatan & Tinjauan Persiapan UPKK SK Bandar Samariang 2025 🏫
Jumaat | 14 November 2025

Alhamdulillah, SK Bandar Samariang berbesar hati menerima lawatan rasmi daripada Ketua Pengawas Pusat Peperiksaan (KPPP) bersama Pengawas Peperiksaan bagi meninjau persiapan akhir UPKK 2025. Segala usaha dan persiapan ini diharap menjadi asbab kelancaran peperiksaan para calon.

β€œBertawakkallah kepada Allah setelah berusaha, kerana di sisi-Nya segala urusan dipermudahkan.”

Semoga setiap langkah dan titik peluh para guru dan calon diberkati Allah. Semoga hati calon tenang, fikiran cerdas, dan tangan dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan.

β€œDan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (Surah At-Taubah: 105)

Marilah kita doakan agar semua calon UPKK 2025 bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga dalam membina akhlak mulia, ilmu yang bermanfaat, dan kejayaan yang dirahmati Allah di dunia dan akhirat. πŸŒŸπŸ“˜






πŸ•Œ πŸ“– KEM BESTARI SOLAT 2025Tarikh: 3 November 2025 (Isnin)Masa: 2.00 petang – 5.00 petangTempat: Dewan AspirasiAlhamdulil...
05/11/2025

πŸ•Œ πŸ“– KEM BESTARI SOLAT 2025

Tarikh: 3 November 2025 (Isnin)
Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Dewan Aspirasi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan keizinan-Nya, Kem Bestari Solat Siri 3 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 3 November 2025 bertempat di Dewan Aspirasi SK Bandar Samariang.

Program ini bertujuan memantapkan pengetahuan dan tuntutan solat dalam kalangan murid agar mereka dapat menunaikan solat dengan sempurna dan tertib.
Sepanjang program berlangsung, murid-murid telah dibimbing dalam amali wuduk, bacaan dalam solat, rukun solat, serta latihan praktikal secara berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda:

β€œSolat itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka dia telah menegakkan agama; dan sesiapa yang meninggalkannya, maka runtuhlah agamanya.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Program ini bukan sahaja medan untuk belajar, tetapi juga wadah untuk membina jiwa yang taat kepada perintah Allah dan mencintai ibadah.
Semoga anak-anak SK Bandar Samariang terus istiqamah mendirikan solat lima waktu dan menjadikannya sebagai sumber kekuatan rohani dalam kehidupan seharian. 🌸

β€œJagalah solatmu, nescaya Allah akan menjaga hidupmu.” 🌿






Address

Kuching
93050

Opening Hours

Monday 12:50 - 17:30
Tuesday 12:50 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA SK Bandar Samariang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category