Kolej Vokasional Kuching

Kolej Vokasional Kuching SM Vokasional Kuching mulai di tubuhkan pada tahun 1969 dengan menawarkan 3 kursus utama iaitu Elektrik, Automotif & Binaan Bangunan.

Kolej Vokasional Kuching menawarkan 8 program pengajian iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Pada tahun 1997, SM Vokasional KUching telah di naik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Kuching dengan menawarkan kursus aliran Kejuruteraan, Vokasioanal dan Kemahiran. Selaras dengan transformasi pendidikan vokasional, mulai Januari 2012, SM Vokasional Kuching telah dipilih antara 15 buah sekolah vokasional seluruh Malaysia menjadi Sekolah Rintis bagi Kolej Vokasional KPM. Kini, Kolej Vokasional Kuching menawarkan pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia.

Selamat Menyambut Perayaan Kuih Bulan & Pesta Tanglung daripada seluruh warga KV Kuching! ๐ŸŒ•โœจ Semoga cahaya bulan purnama...
25/09/2026

Selamat Menyambut Perayaan Kuih Bulan & Pesta Tanglung daripada seluruh warga KV Kuching! ๐ŸŒ•โœจ

Semoga cahaya bulan purnama pada malam ini menerangi hari-hari kita dengan kegembiraan, keharmonian, dan kemakmuran yang berpanjangan.

Selamat menikmati waktu terluang bersama keluarga tersayang sambil menikmati kelazatan kuih bulan.

ไธญ็ง‹่Š‚ๅฟซไน!

BULETIN KVKU EDISI JULAI 2026
24/09/2026

BULETIN KVKU EDISI JULAI 2026

BULETIN KVKU EDISI JUN 2026
23/09/2026

BULETIN KVKU EDISI JUN 2026

๐Ÿ“š Selamat Menduduki Penilaian Akhir!Semoga tenang, yakin dan dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan. Buat yang terba...
19/09/2026

๐Ÿ“š Selamat Menduduki Penilaian Akhir!

Semoga tenang, yakin dan dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan. Buat yang terbaik dan percaya pada diri sendiri! ๐Ÿ’ชโœจ

Good luck & all the best! ๐Ÿ€

PROGRAM KEMBARA HARI MALAYSIA โ€“ JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 202615 September 2026 | Dewan Mutiara Gemilang, Kolej Vokasion...
17/09/2026

PROGRAM KEMBARA HARI MALAYSIA โ€“ JEJAK ALUMNI UMPSA BORNEO 2026

15 September 2026 | Dewan Mutiara Gemilang, Kolej Vokasional Kuching

Kolej Vokasional Kuching telah menerima kunjungan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Program Kembara Hari Malaysia โ€“ Jejak Alumni UMPSA Borneo 2026.

Kunjungan UMPSA disertai oleh:
๐Ÿ”น Prof. Ts. Dr. Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
๐Ÿ”น Prof. Madya Ts. Dr. Razali bin Daud, Penolong Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar)
๐Ÿ”น Dr. Ts. Azizul Helmi bin Sofian, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UMPSA

Dalam kunjungan ini, pihak UMPSA berkongsi informasi berkaitan program-program kejuruteraan di UMPSA kepada pelajar DVM Semester 3, serta memberi pendedahan tentang peluang melanjutkan pengajian di UMPSA.

Terima kasih kepada pihak UMPSA atas kunjungan dan perkongsian yang bermanfaat kepada para pelajar Kolej Vokasional Kuching.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBarisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Kolej Vokasional Kuching mengucapkan Sela...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Barisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Kolej Vokasional Kuching mengucapkan Selamat Hari Malaysia.

Bersatu dalam kepelbagaian, teguh mempertahankan keharmonian, dan bersama mencurahkan bakti demi tanah air tercinta.

Malaysia tanah air kita, Malaysia kebanggaan kita. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Pemakluman Rasmi dari Pengarah Kolej Vokasional Kuching berkenaan pembukaan semula kolej mulai 14 September 2026 ini.
12/09/2026

Pemakluman Rasmi dari Pengarah Kolej Vokasional Kuching berkenaan pembukaan semula kolej mulai 14 September 2026 ini.

Makluman Rasmi berkenaan Pembukaan Semula Sekolah di Bahagian Kuching dan ini termasuklah untuk Kolej Vokasional Kuching...
12/09/2026

Makluman Rasmi berkenaan Pembukaan Semula Sekolah di Bahagian Kuching dan ini termasuklah untuk Kolej Vokasional Kuching, mulai 14 September 2026.

Hebahan penting! Jika anda memohon untuk kemasukan ke KV Kuching pada bulan lepas, jangan lupa menyemak Pusat menduduki ...
11/09/2026

Hebahan penting!

Jika anda memohon untuk kemasukan ke KV Kuching pada bulan lepas, jangan lupa menyemak Pusat menduduki Ujian PKSK anda di pautan https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm
mulai tengah malam ini.

Juga jangan lupa untuk hadir menduduki Ujian PKSK tersebut bagi mengelakkan nama anda keciciran semasa panggilan temu duga kelak.

No Interview, No Entrance to KV โŒ

Semoga berjaya, ya!

๐Ÿ“ข Calon KV 2027, jangan terlepas!

Semak pusat PKSK anda mulai 11 September 2026 dan pastikan slip PKSK disimpan atau dicetak untuk rujukanโœจ
Bersama Membina Masa Depan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



Notis Rasmi Berkenaan Penutupan Sementara Kolej Vokasional Kuching Akibat Jerebu
06/09/2026

Notis Rasmi Berkenaan Penutupan Sementara Kolej Vokasional Kuching Akibat Jerebu

Address

Jalan College, Batu Lintang
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082420814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category