Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak

Share

JPP bertindak sebagai perantaraan antara pelajar dengan pihak pengurusan Politeknik Kuching Sarawak.

15/05/2026

*Selamat Menjalani Cuti Semester Sesi II : 2025/2026*

Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua pelajar. Gunakan masa cuti ini untuk berehat dan memulihkan tenaga.

Manfaatkan cuti dengan meluangkan masa bersama keluarga serta menjaga kesihatan diri agar sentiasa cergas.

Semoga cuti ini memberi peluang untuk menyegarkan minda dan meningkatkan semangat bagi menghadapi semester yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

โ€œUNITY TOWARDS GREATER PKSโ€


Like | Follow | Repost | Subscribe
Instagram :
Facebook : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak
YouTube : JPP Politeknik Kuching Sarawak
TikTok :

10/05/2026

๐ŸŒท SELAMAT HARI IBU ๐ŸŒท

Di sebalik setiap kejayaan seorang anak, ada doa seorang ibu yang tidak pernah putus.
Di sebalik setiap langkah yang kuat, ada tangan seorang ibu yang pernah memimpin dengan penuh kasih sayang.

Ibuโ€ฆ
insan yang sanggup berjaga saat dunia lena,
yang menyimpan lelah di sebalik senyuman,
yang memberi tanpa pernah meminta balasan.

Kasih ibu bukan sekadar kata-kata, tetapi pengorbanan yang dirasai sepanjang hayat.
Walau sebesar mana pun kita melangkah, hati seorang ibu tetap menjadi tempat paling tenang untuk pulang.

Sempena Hari Ibu ini, terima kasih atas segala doa, kasih sayang, pengorbanan dan cinta yang tidak pernah bertepi. Semoga setiap ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan. ๐Ÿค




24/04/2026

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sesi II 2025/2026 kepada semua pelajar Politeknik Kuching Sarawak.

Semoga dipermudah urusan sepanjang tempoh peperiksaan dan diberikan ketenangan serta keyakinan dalam menjawab setiap soalan.

Lakukan yang terbaik, jaga kesihatan dan kekal fokus sepanjang peperiksaan berlangsung. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. ๐Ÿ“šโœจ







08/04/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Dengan penuh dukacita, seluruh warga Politeknik Kuching Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mohamad Farihin bin Mohd Aznil, Pelajar Diploma Akauntansi, Jabatan Perdagangan yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 April 2026.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Seluruh warga Politeknik Kuching Sarawak turut mendoakan semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

08/04/2026

Tarikh permohonan melalui eBorang MYPOLYCC Sesi I 2026/2027 kini dilanjutkan sehingga 17 April 2026!

Layari https://ambilan.mypolycc.edu.my sekarang untuk memohon!

08/04/2026

Adik-adik baru dapat keputusan SPM 2025 kan?

Dah fikir ke nak sambung pengajian dekat mana lepas ni? Ada pilih saluran TVET khususnya politeknik dan kolej komuniti sebagai laluan pengajian utama anda?

Jom ikuti dan kenal lebih dekat apakah program pengajian yang ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti bersama-sama YBrs. Tuan Haji Azirin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK yang akan membawakan topik โ€˜Laluan Pendidikan Berfokus Kerjaya di Politeknik dan Kolej Komunitiโ€™ menerusi segmen Apa Khabar Malaysia (AKM) di saluran BERNAMA TV pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ8 April 2026 (Rabu)
โฐ9.00 pagi

Tonton rancangan ini di saluran Astro 502 | unifi TV 631 | MYTV 121 | Facebook & YouTube BERNAMA TV di pautan https://www.facebook.com/share/15XUjifpzE/?mibextid=LQQJ4d




10/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐™๐Ž๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak dijemput hadir ke Majlis Perhimpunan PolyCC Zon Sarawak 2026 yang akan diadakan pada

๐Ÿ—“ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)
๐Ÿ•‘ ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐›๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค, ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ฎ๐œ๐ก๐ข๐ง๐  ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค

Majlis ini akan menghimpunkan warga PolyCC bersama barisan kepimpinan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta menampilkan pelbagai pengisian termasuk amanat khas Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Semoga kehadiran warga PolyCC dapat memeriahkan majlis ini dan mengukuhkan semangat kebersamaan warga PolyCC Zon Sarawak.

Sumber: Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK)






Photos from Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak's post 19/01/2026

๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ˆ๐“๐€๐‡๐”๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ (๐๐‘๐Š)
๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ (๐‰๐๐) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐‹๐Ž๐๐€๐

Pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang layak adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihan Raya Kampus (PRK) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi tahun 2026.

๐Ÿ“„ Borang Maklumat Pencalonan Atas Talian boleh diakses dengan mengimbas Kod QR pada poster atau melalui pautan:
๐Ÿ”— https://bit.ly/pencalonanprkjpp_pks
(Mulai 12 Januari 2026)

๐Ÿ—“ Hari Penamaan Calon / Verifikasi Pencalonan PRK
Tarikh : 21 Januari 2026 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi โ€“ 4.30 petang
Tempat : Mini Auditorium UIDM, PKS

Calon WAJIB hadir bersama pencadang dan penyokong masing-masing bagi tujuan verifikasi pencalonan.

Ayuh tampil sebagai suara mahasiswa dan bersama-sama membentuk kepimpinan pelajar PKS bagi sesi 2026 ๐Ÿ’ชโœจ

Sekretariat Pilihan Raya Kampus
Politeknik Kuching Sarawak

23/11/2025

May your mind be sharp and your heart be calm๐Ÿค

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua pelajar Politeknikโœจ

All the best๐Ÿ’ซ

"๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป๐’€ ๐‘ป๐‘ถ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘ซ๐‘บ ๐‘ฎ๐‘น๐‘ฌ๐‘จ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น ๐‘ท๐‘ฒ๐‘บ"

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ
๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ž๐˜‚๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ
๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Like|Follow|Repost|Subscribe
Instagram :
Facebook : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak
YouTube : JPP Politeknik Kuching Sarawak
Tiktok :

11/11/2025

๐ŸŽ“ Majlis Anugerah Kecemerlangan & Kepimpinan Pelajar 2025 ๐ŸŽ–๏ธ

Politeknik Kuching Sarawak dengan sukacitanya akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Kepimpinan Pelajar 2025, satu acara istimewa bagi meraikan kecemerlangan akademik serta kepimpinan pelajar yang cemerlang sepanjang tahun.

๐Ÿ“… Tarikh: 13 November 2025 (Khamis)
๐Ÿ•ค Masa: 9:30 pagi
๐Ÿ›๏ธ Tempat: Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak

๐Ÿ† Pencalonan telah dibuka pada 30 Oktober hingga 5 November 2025 yang lalu.
Terima kasih kepada semua yang telah menghantar pencalonan! Sama-sama kita nantikan siapakah penerima anugerah pada tahun ini. ๐ŸŒŸ

"๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป๐’€ ๐‘ป๐‘ถ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘ซ๐‘บ ๐‘ฎ๐‘น๐‘ฌ๐‘จ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น ๐‘ท๐‘ฒ๐‘บ"


Like|Follow|Repost|Subscribe
Instagram :
Facebook : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak
YouTube : JPP Politeknik Kuching Sarawak
TikTok :

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Politeknik Kuching
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00