22/09/2026
MESYUARAT SKIM PENDIDIKAN TINGGI PERCUMA SARAWAK
KUCHING, 22 September 2026 β YB Datuk Dr. Haji Annuar Rafaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak I (Pendidikan dan Inovasi), pagi ini mempengerusikan Mesyuarat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak bagi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi manfaat dan kesejahteraan para pelajar.
Mesyuarat membincangkan langkah penyelarasan dan penambahbaikan dalam memastikan urusan berkaitan skim dapat disampaikan dengan lebih teratur, mudah dan responsif, sekali gus memberi kemudahan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Pandangan, input dan cadangan daripada pihak berkepentingan turut diberi perhatian untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan keperluan pelajar dapat dipenuhi dengan sewajarnya.
Turut hadir Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin serta pengurusan MEITD, Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak, University of Technology Sarawak - UTS dan ICATS University College.
Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang
Kredit gambar: Nadeha Kamaludin