16/05/2026
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA INSAN BERNAMA GURU.
untuk semua guru-guru Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak dan seluruh Malaysia Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.
Tanpa guru, tiadalah ilmu. Tanpa ilmu, tiadalah kami.
10/05/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ญ๐ฌ ๐ฃ๐ฆ๐ฆ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ ๐ฆ๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐๐จ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ ๐๐จ๐ก๐๐
SIMANGGANG, 4 April 2026 โ Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak (PSSGS) terus mengorak langkah progresif dalam memperkukuh kedudukan seni warisan Melayu apabila berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-10 bagi sesi 2026 hingga 2028 di Bilik Gerakan PBB N.32, Simanggang, Sri Aman.
Mesyuarat yang menghimpunkan seramai 68 orang perwakilan dari seluruh bahagian di Sarawak itu bukan sahaja menjadi platform pemilihan kepimpinan baharu, malah menjadi medan penyatuan fikrah dan strategi bagi memperkasakan Silat Seni Gayong sebagai warisan budaya yang mampu bersaing dan menyerlah di pentas persilatan nasional serta antarabangsa.
Dalam suasana penuh semangat persaudaraan dan adat persilatan Melayu, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Aโrif Mizaudin bin Salaudin sebelum diteruskan dengan ucapan Yang di-Pertua PSSGS, Tuan Haji Uthman bin Haji Ramli. Beliau menegaskan bahawa perjuangan Silat Seni Gayong pada hari ini perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa tanpa mengabaikan akar tradisi dan nilai warisan bangsa.
Menurut beliau, Silat Seni Gayong bukan sekadar seni mempertahankan diri, tetapi merupakan institusi pembinaan jati diri, disiplin, kepimpinan dan kesedaran sejarah yang perlu diwariskan kepada generasi muda secara berterusan.
โ๐๐ช๐ต๐ข ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฎ๐ข๐ฉ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ธ๐ข๐ณ๐ช๐ด๐ข๐ฏ, ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ฎ๐ข๐ฉ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ฅ๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ช๐ญ๐ข๐ต ๐๐ฆ๐ฏ๐ช ๐๐ข๐บ๐ฐ๐ฏ๐จ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ด๐ช๐ฎ๐ฃ๐ฐ๐ญ ๐ฌ๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ถ๐ฅ๐ข๐บ๐ข ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ถ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ช๐ฉ๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ข๐ต๐ช ๐ฅ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ต ๐ฅ๐ถ๐ฏ๐ช๐ข. ๐๐ช๐ด๐ช โ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ฅ๐ข๐บ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ช๐ญ๐ข๐ต ๐๐ฆ๐ฏ๐ช ๐๐ข๐บ๐ฐ๐ฏ๐จโ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ถ ๐ฅ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ญ๐ถ๐ช ๐ต๐ช๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ, ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ข๐ต๐ถ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฐ๐ฎ๐ช๐ต๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ข ๐ข๐ฉ๐ญ๐ช,โ katanya.
Beliau turut menekankan bahawa kekuatan organisasi bergantung kepada perpaduan seluruh ahli sebagaimana peribahasa Melayu, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, yang menjadi asas penting dalam membina organisasi persilatan yang kukuh dan dihormati.
Dalam mesyuarat tersebut, laporan Setiausaha Eksekutif bagi sesi 2024 hingga 2026 membuktikan PSSGS terus aktif melaksanakan pelbagai program pembangunan termasuk latihan berpusat dan kursus bersenjata di Kem Alapong pada 31 Ogos 2025 sebagai usaha melahirkan pesilat yang bukan sahaja mahir dari segi teknikal, tetapi juga memahami falsafah dan adab persilatan Melayu.
Selain itu, transformasi digital turut diberi perhatian menerusi cadangan penggunaan sistem D-Clix bagi pengurusan data dan kad keahlian ahli Gayong, selaras dengan usaha mempermodenkan pengurusan organisasi demi memastikan PSSGS mampu bergerak lebih tersusun dan profesional pada masa hadapan.
Mesyuarat turut menyentuh cabaran kewangan yang dihadapi pertubuhan susulan pengurangan infak dan ketiadaan dana luar bagi sesi 2024 hingga 2026. Namun demikian, kepimpinan PSSGS optimis bahawa semangat kebersamaan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu mampu memperkukuh kedudukan organisasi dalam jangka panjang.
Kemuncak mesyuarat menyaksikan pelantikan rasmi barisan kepimpinan baharu PSSGS bagi sesi 2026 hingga 2028 yang bakal memacu agenda pembangunan silat secara lebih sistematik dan berwawasan.
Barisan kepimpinan tersebut diterajui oleh:
๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ-๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ โ ๐ง๐ป. ๐๐ท. ๐จ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ท. ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ง๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ-๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ โ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ท. ๐จ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ป
๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ-๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐ โ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐๐ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ท. ๐จ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ป
๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ-๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐๐ โ ๐ก๐๐ฟ๐ต๐ฎ๐ท๐ถ๐๐๐น ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ญ๐๐น๐ฎ๐ถ๐ต๐ถ
๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ-๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐๐๐ โ ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ต๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐ฅ๐ฎ๐ต๐บ๐ฎ๐ป
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ โ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐บ๐๐ฟ ๐๐ฎ๐๐บ๐ฒ๐๐ต ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐น๐น๐๐๐ถ๐ฒ
๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ต๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ โ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ต๐ฎ๐น๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐๐
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ โ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ณ๐ฎ๐ต ๐๐น๐๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ถ๐น๐น๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ช๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ฎ๐ฑ.
Turut membantu memperkukuh pentadbiran organisasi ialah Ahli Jawatankuasa Biro yang terdiri daripada:
Ts. Ir. Ahmad Zawawi bin Kamsin โ Biro Seranta dan Pengantarabangsaan
Shardi bin Wahid โ Biro Teknikal Wasit dan Juri
Aiza Azilla binti Adi โ Biro Srikandi dan Hal Ehwal Wanita
Ustaz Mohd Fakhrul Al Razi โ Biro Agama, Kebajikan dan Kerohanian
Cr. Abdul Hisham โ Biro Protokol dan Adat Istiadat
Neng Afiefah binti Nijam โ Biro Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan.
AHLI JAWATAN KUASA CAWANGAN.
Aโrif Mizaudin bin Salaudin bagi Bahagian Kuching.
Abdul Safaruddin bin Mohd Safary bagi Bahagian Samarahan.
Safarudin bin Sebeli bagi Bahagian Serian.
Mohd Adzmirul Iqmal bin Adam bagi Bahagian Betong.
Mohd Iskandar bagi Bahagian Sarikei.
Dzulwendra Roslan bagi Bahagian Sibu.
Sementara itu, pelantikan wakil bahagian bagi Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sri Aman, Sarikei dan Sibu dilihat mampu memperluas jaringan pembangunan Gayong sehingga ke akar umbi masyarakat Sarawak.
Dalam usaha memperkukuh masa depan organisasi, beberapa usul strategik turut dibentangkan termasuk ๐ฅ๐๐ก๐๐ ๐จ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐จ๐๐จ๐ฉ๐๐ข ๐ฅ๐๐ข๐๐๐ฎ๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฉ๐๐ก ๐ฌ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐๐ช๐ฃ๐๐ ๐๐ฃ ๐ ๐ค๐ ๐๐, ๐ฅ๐๐ฃ๐ฎ๐๐ก๐๐ง๐๐จ๐๐ฃ ๐ฃ๐ค๐ข๐๐ค๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐ฃ, ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐๐ฃ ๐จ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ช๐ฃ๐ ๐๐ช๐ง๐ช๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐จ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ข๐๐ข๐๐ช๐ ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ง๐ช ๐๐ ๐๐ฃ๐จ๐ฉ๐๐ฉ๐ช๐จ๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ ๐จ๐๐ฅ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐.
Pemerhati persilatan melihat langkah-langkah ini sebagai petanda bahawa PSSGS sedang bergerak ke arah transformasi yang lebih moden, profesional dan inklusif dalam usaha menjadikan Silat Seni Gayong sebagai warisan budaya yang relevan merentas generasi.
Dengan gabungan kepimpinan berpengalaman, penglibatan generasi muda serta visi yang lebih progresif, PSSGS kini dilihat bukan sahaja mahu mempertahankan tradisi persilatan Melayu di Sarawak, malah bertekad untuk muncul sebagai antara organisasi persilatan paling berpengaruh dalam memacu perkembangan Silat Seni Gayong di Malaysia dan seterusnya di persada antarabangsa.
-SOROTAN LAPORAN-
-๐ผ๐ด๐ผ๐ฐ๐๐๐ฐ๐ฑ๐ฐ๐๐บ๐ฐ๐ฝ ๐ฐ๐บ๐ท๐ป๐ฐ๐บ, ๐ผ๐ด๐ฝ๐๐ฐ๐๐๐บ๐ฐ๐ฝ ๐๐ผ๐ผ๐ฐ๐ท-
fans
07/05/2026
Lan, kita bersilat. Ngisik masa lapang anak-anak pakei cuti sekolah.
Xboh mikir olimpik, ka komanwel ka, mun kita x mula langkah kita pada hari tok.
Jom berambeh di Metrocity dengan SK Matang untuk memastikan masa luang / cuti sekolah anak kita terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Bukan sekadar nak bebukut / atau eksen / .. kita bersilat untuk beriadah dan beribadah.
(Jangan jadikan silat sebagai alat tunggangan isu-isu x berpaedah)
07/05/2026
jom bersilat.
Jom orang Matang / Metrocity/ Petra Jaya / Kuching
Berambeh untuk bersama-sama mendalami ilmu mempertahankan diri.
๐จANAK ASYIK MAIN PHONE? BADAN MAKIN PASIF? KEYAKINAN DIRI MASIH RENDAH?๐จ
Ini masa untuk berubah. ๐ฅ
๐ฅ *Jom sertai GELANGGANG PENDAMAI METROCITY*
Tempat untuk membina **disiplin, ketahanan diri, fokus dan keyakinan sebenar!**
Di sini bukan sekadar belajar silat โ
kami bentuk:
โก Mental yang kuat
โก Disiplin yang tinggi
โก Semangat juang
โก Jati diri yang kental
๐ฆ Untuk kanak-kanak
๐ง Untuk dewasa
๐ฏ Sesuai walaupun bermula dari kosong
๐
**Setiap Jumaat & Sabtu**
โฐ 7:30 malam โ 11:00 malam
๐ฐ **Yuran sangat berpatutan**
โ
Pendaftaran: RM40
โ
Kanak-kanak: RM20
โ
Dewasa: RM35
๐ฅ **Daripada habiskan masa tanpa arah, lebih baik bina ilmu mempertahankan diri!**
๐ฒ Daftar sekarang melalui QR pada poster
Atau terus ke talian
017-846 5003 | 019-8640395
Tag ibu bapa, adik-beradik atau kawan yang nak sertai ๐ช
**Jangan tunggu sampai perlu mempertahankan diri baru nak belajar.**
Masanya bermula sekarang.
04/04/2026
POSTER RASMI FILEM GAYONG 2 ๐ฅโ๏ธ
โDi penghujung jalan, ada janji yang perlu dituntut.โ
Jom ber- sambil filem ni pada 9 APRIL 2026! ๐ฟ
31/03/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ - ๐๐๐๐
Sukacitanya, pertubuhan ini akan mengadakan Mesyuarat Agung Bagi Sesi 2026 - 2028 pada butiran berikut:
Tarikh : 4 April 2026 / 15 Syawal 1447 H
Tempat : Dewan Kampung Muhibbah, Sri Aman
Perwakilan adalah dari cawangan-cawangan berikut:
1. Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak Cawangan Sri Aman
2. PSSGS Kuching (PSSGS Sri Rom Naga UNIMAS, PSSGM Kenyalang Bora IPG Kampus Batu Lintang, Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak - Gelanggang Rosli Dhoby Kuching, Gelanggang Pendamai Sarawak - Silat Seni Gayong Sarawak, Akademi Silat Metro - Metro Silat Fighter Academy)
3. Pssgs Serian
4. PSSGS Samarahan
5. PSSGS Betong (Pertubuhan Silat Seni Gayong Gelanggang Singa Emas Betong, Gelanggang Silat Seni Gayong, Tandang Sari Saratok)
6. Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak Cawangan Sarikei + Sibu
7. Majlis Gurulatih Negeri Sarawak
8. Lembaga Beradat Negeri.
Semoga semua perwakilan dapat memilih saff-saf kepimpinan yang dapat meneraju pertubuhan ini ke arah wawasan 2035 SSG Sarawak.
10/02/2026
Selamat Hari Lahir
Tuan Haji Uthman Bin Haji Ramli
Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak 2 PSSGM KEBANGSAAN Lembaga Waris Amanah.
Semoga Allah merahmati usia dan mengurniakan usia yang panjang dan berkat untuk terus memimpin kami pada masa akan datang.
26/01/2026
KITA SEBENARNYA JAUH KETINGGALAN DALAM ARUS MASA (BAH.1)
Muhammad Khawar Hezazy Uthman (2026)
Melihat pada perkembangan dunia silat pada hari ini, masih lagi ada ibu bapa yang skeptikal terhadap silat. Bukan kerana silat dah lapuk dek zaman, tapi mentaliti kita dan beranjak kehadapan selaras dengan peredaran zaman. Setiap perkara telah menemui titik sempadan untuk penambah baik ruang-ruang bila zaman berlalu.
Ada Baby Boomers, Gen X, Y, Z dan yang terkini adalah Alpha. Kenapa pedagogi silat perlu berubah mengikut peredaran zaman? Kelak aka dihuraikan secara lanjut. Namun, kita teroka terlebih dahulu, kaitan Silat dengan Pendidikan Sejarah.
SILAT DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN SEJARAH
Dalam konteks pendidikan sejarah, kesedaran sejarah dan pemikiran sejarah, silat tidak wajar difahami sekadar sebagai seni mempertahankan diri, tetapi sebagai warisan budaya, produk pengalaman sejarah dan simbol identiti peradaban Melayu-Nusantara. Oleh itu, silat perlu dipandang daripada perspektif sejarah atas beberapa justifikasi ilmiah berikut:
1. Silat terbentuk melalui proses sejarah yang
panjang. Silat lahir daripada keperluan survival, konflik, migrasi dan interaksi budaya masyarakat silam. Ia berkembang selari dengan perubahan politik, sosial dan ekonomi Alam Melayu (Andaya & Andaya, 2017). Tanpa perspektif sejarah, silat hanya dilihat sebagai teknik fizikal, sedangkan hakikatnya ia merupakan hasil adaptasi masyarakat terhadap cabaran zaman (Reid, 2010).
2. Silat mencerminkan identiti dan jati diri
bangsa Sejarah berfungsi membina kesedaran identiti kolektif. Silat bukan sekadar warisan seni bela diri, tetapi simbol maruah, disiplin dan nilai kepahlawanan Melayu (Shamsul Amri Baharuddin, 2004). Barton dan Levstik (2004) menegaskan bahawa pemahaman sejarah membantu individu mengaitkan warisan budaya dengan pembentukan identiti nasional dan etnik.
3. Silat berfungsi sebagai medium pemindahan nilai dan falsafah hidup. Dari sudut sejarah pendidikan tidak formal, silat menjadi wahana transmisi nilai seperti adab, hormat guru, kesetiaan dan pengawalan diri. Nilai ini diwariskan secara turun-temurun melalui tradisi perguruan (Azra, 2004). Perspektif sejarah membolehkan generasi baharu memahami makna simbolik dan falsafah di sebalik amalan silat, bukan sekadar menghafal gerak (Seixas & Morton, 2013).
4. Sejarah mengelakkan pemutusan makna (historical discontinuity). Tanpa kefahaman sejarah, silat berisiko dipersembahkan secara terpisah daripada konteks asalnya, lalu kehilangan roh budaya dan nilai spiritualnya. Assmann (2011) menegaskan bahawa kesinambungan memori budaya penting untuk mengekalkan makna sesuatu warisan. Dalam konteks ini, sejarah bertindak sebagai jambatan antara generasi lama dan baharu.
5. Perspektif sejarah membentuk empati dan penghargaan warisan. Melalui historical empathy, individu dapat memahami pengorbanan tokoh persilatan dan peranan silat dalam mempertahankan komuniti daripada penjajahan serta penindasan (Lee & Ashby, 2001). Ini mendorong sikap menghargai warisan bukan secara romantik semata-mata, tetapi secara kritis dan bermakna.
Kesimpulan
Memandang silat dari perspektif sejarah bukan bertujuan untuk memuja masa lalu, tetapi untuk membina kesedaran sejarah, identiti budaya dan kefahaman kritikal terhadap peranan silat dalam pembinaan tamadun Melayu-Nusantara. Dalam kerangka pendidikan sejarah, pendekatan ini penting bagi memastikan silat terus relevan sebagai warisan hidup (living heritage) yang sarat dengan nilai pendidikan, sosial dan kebangsaan.
16/10/2025
SAH !!
Wakil PSSGM KEBANGSAAN ke Kejohanan Silat Kebangsaan kali 25 di Nilai.
Anak didik Akademi Silat Metro - Metro Silat Fighter Academy telah berjaya membawa pingat emas dan membawa cabaran ke peringkat tertinggi lagi.
Syabas dan tahniah!!
Jadilah seperti padi, semakin berisi, menunduk diri.