Fakulti Kejuruteraan Unimas (Official)

Fakulti Kejuruteraan Unimas (Official) Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Fakulti Kejuruteraan merupakan salah satu fakulti dari lapan (8) buah fakulti yang ada di UNIMAS.

Ia ditubuhkan pada 30 Disember 1993. Seawal penubuhan, Fakulti Kejuruteraan telah menawarkan dua (2) program pengajian iaitu Kejuruteraan Sivil dan Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi dengan pengambilan pertama pada sesi akademik Julai 1994. Pada 1996, program Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan diperkenalkan untuk ditawarkan dan disusuli dengan penawaran program Kejuruteraan Elektronik dan Komputer pada Mei 2000 bagi memenuhi keperluan serta pembangunan dalam bidang Kejuruteraan. Dan yang terkini, pihak Fakulti Kejuruteraan dengan bangganya telah menubuhkan satu lagi program baru iaitu Program Kejuruteraan Kimia bagi melahirkan lebih banyak graduan yang menjadi pemangkin penyumbang sektor ekonomi negara.

πŸ“’ PELUANG TAJAAN PROGRAM PROFESIONAL CQRM UNTUK PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAANPelajar Fakulti Kejuruteraan dijemput untuk ...
23/09/2026

πŸ“’ PELUANG TAJAAN PROGRAM PROFESIONAL CQRM UNTUK PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN

Pelajar Fakulti Kejuruteraan dijemput untuk menyertai Certified in Quantitative Risk Management (CQRM) Preview Session: Student Sponsorship Program.

πŸ“… Tarikh: 30 September 2026 (Rabu)
πŸ•‘ Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
πŸ’» Platform: Zoom
πŸŽ™οΈ Speaker: Harley Ooi, CQRM Principal Consultant, Edustats Solutions

CQRM merupakan program profesional yang memberi pendedahan kepada kemahiran seperti pengurusan risiko dan ketidakpastian, pembuatan keputusan, analisis data dan simulasi serta pengurusan risiko kos dan projek β€” kemahiran yang amat relevan dalam bidang kejuruteraan.

✨ Apa yang menarik?

Melalui Student Sponsorship Program, pelajar berpeluang mendapat penajaan untuk mengikuti kursus dan pensijilan profesional CQRM, yang boleh menjadi nilai tambah kepada kelayakan akademik dan persediaan kerjaya.

Pelajar yang berminat amat digalakkan untuk mengambil peluang ini.

πŸ“² Pendaftaran: Imbas QR Code pada poster yang dilampirkan.

πŸ“’ Pendaftaran e-Bulk BEM bagi Graduan Fakulti Kejuruteraan (Pelajar Tahun Akhir sesi 2025/2026 Fakulti Kejuruteraan)Grad...
22/09/2026

πŸ“’ Pendaftaran e-Bulk BEM bagi Graduan Fakulti Kejuruteraan (Pelajar Tahun Akhir sesi 2025/2026 Fakulti Kejuruteraan)

Graduan dikehendaki melengkapkan Google Form UNIMAS dan memuat naik semua dokumen yang diperlukan.

Seterusnya, sila lengkapkan Borang Pendaftaran e-Bulk BEM melalui pautan khusus mengikut program yang diberikan pada akhir Google Form.

⚠️ PENTING: Kedua-dua borang adalah WAJIB dilengkapkan. Permohonan atau dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.

πŸ”— https://forms.gle/RRR4GTdoJpc4G6qaA

πŸ“… Tarikh Tutup: 21 Oktober 2026

Sila pastikan semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan tepat.

πŸ“’ HEBAHAN KUTIPAN DOKUMEN PERMOHONAN PAS PELAJAR BAGI PELAJAR BAHARU SESI 2026/2027Pusat Khidmat Pelajar (PKP) akan meng...
22/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN KUTIPAN DOKUMEN PERMOHONAN PAS PELAJAR BAGI PELAJAR BAHARU SESI 2026/2027

Pusat Khidmat Pelajar (PKP) akan mengadakan sesi kutipan dokumen Permohonan Pas Pelajar bagi pelajar baharu Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)
πŸ“ Tempat: Dewan Kristal, Tingkat G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)

Pelajar yang terlibat diminta untuk menyediakan dan melengkapkan dokumen berikut sebelum penyerahan:

1. Borang IM.14 – Pin. 1/97 yang telah lengkap diisi.
2. Salinan Kad Pengenalan – salinan perlu disahkan.
3. Salinan Surat Tawaran UNIMAS – salinan perlu disahkan.
4. Salinan Buku DPT (Biru) / Pasport (Merah) bermula dari muka surat pertama sehingga cop/pas terkini masuk ke Sarawak – salinan perlu disahkan.
5. Salinan Slip Kemasukan ke Sarawak bagi pelajar yang memasuki Sarawak menggunakan Kad Pengenalan – salinan perlu disahkan.
6. Gambar berukuran pasport berlatar belakang putih.

⚠️ PENTING:
Semua borang hendaklah dilengkapkan terlebih dahulu dan salinan dokumen yang diperlukan hendaklah disahkan sebelum dihantar kepada PKP.

Mohon kerjasama semua pelajar yang terlibat untuk membuat persediaan awal dan mematuhi tarikh penyerahan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

πŸ” Panduan Penetapan dan Penggunaan Multi-Factor Authentication (MFA) untuk Student Portal dan Microsoft 365
21/09/2026

πŸ” Panduan Penetapan dan Penggunaan Multi-Factor Authentication (MFA) untuk Student Portal dan Microsoft 365

πŸ“Έ Sekitar Sesi Penyerahan dan Pengaktifan Kad MySiswaSesi penyerahan dan pengaktifan Kad MySiswa bagi pelajar Fakulti Ke...
21/09/2026

πŸ“Έ Sekitar Sesi Penyerahan dan Pengaktifan Kad MySiswa

Sesi penyerahan dan pengaktifan Kad MySiswa bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan telah berlangsung pada hari ini di Dewan Mutiara, DeTAR UNIMAS.

Semoga segala urusan para pelajar dipermudahkan. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam memastikan sesi ini berjalan dengan lancar.

Perkongsian untuk perhatian semua pelajar. Sentiasa berwaspada dan lindungi maklumat akaun anda daripada penipuan dalam ...
19/09/2026

Perkongsian untuk perhatian semua pelajar. Sentiasa berwaspada dan lindungi maklumat akaun anda daripada penipuan dalam talian. πŸ”πŸ“±

Keselamatan Akaun & Pencegahan Scam

18/09/2026
πŸ“’ HEBAHAN PERMOHONAN OGFICE SCHOLARSHIPS 2026/2027Permohonan OGFICE (Osaka Gas Foundation in Cultural Exchange) Scholars...
18/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN PERMOHONAN OGFICE SCHOLARSHIPS 2026/2027

Permohonan OGFICE (Osaka Gas Foundation in Cultural Exchange) Scholarships 2026/2027 kini dibuka kepada pelajar Tahun 1 Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.

Biasiswa ini merupakan biasiswa penuh tanpa ikatan perkhidmatan, dengan nilai tajaan USD2,200 setahun. Dana biasiswa akan disalurkan terus dari Jepun kepada calon yang berjaya.

Antara syarat kelayakan adalah:
β€’ Warganegara Malaysia
β€’ Pelajar Tahun 1 Fakulti Kejuruteraan
β€’ Mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.00 (Matrikulasi/STPM/Diploma)
β€’ Aktif dalam aktiviti kokurikulum
β€’ Tidak sedang menerima biasiswa lain

πŸ“… Tarikh tutup permohonan: 9 Oktober 2026

Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui pautan berikut atau dengan mengimbas kod QR pada poster:

πŸ”— https://forms.gle/avScFaCaBkTPuYNT6

Pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup.

πŸ“’ MAKLUMAN PENYERAHAN DAN PENGAKTIFAN KAD MySISWA PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN SESI 2026/2027Dimaklumkan bahawa sesi pen...
18/09/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENYERAHAN DAN PENGAKTIFAN KAD MySISWA PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN SESI 2026/2027

Dimaklumkan bahawa sesi penyerahan dan pengaktifan Kad MySiswa bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 21 September 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Mutiara, DeTAR UNIMAS

Sebelum hadir, pelajar diwajibkan untuk:

1️⃣ Membuka akaun RHB terlebih dahulu sekiranya belum mempunyai akaun.

2️⃣ Memastikan gambar berukuran pasport dengan latar belakang putih telah dimuat naik dalam sistem pelajar bagi melancarkan urusan cetakan kad.

Dokumen yang perlu dibawa:

βœ… Pelajar tempatan: MyKad
βœ… Pelajar antarabangsa: Pasport
βœ… Gambar berukuran pasport dengan latar belakang putih

⚠️ PERINGATAN

Kegagalan melengkapkan perkara di atas boleh menjejaskan proses penyerahan dan pengaktifan Kad MySiswa.

Semua pelajar Fakulti Kejuruteraan yang terlibat dimohon membuat persediaan lebih awal dan hadir pada tarikh yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

We are pleased to announce another strategic milestone for Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) through the formalisatio...
18/09/2026

We are pleased to announce another strategic milestone for Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) through the formalisation of a Collaboration Agreement between UNIMAS, SMD Semiconductor Sdn. Bhd. and UNIMAS Holdings Sdn. Bhd. on 15 September 2026 for the establishment of the SMD–UNIMAS Industrial IC Design Lab at the Faculty of Engineering.

The establishment of this lab marks an important step towards strengthening education, research and talent development in Integrated Circuit (IC) Design, while supporting the growth of the semiconductor industry in Sarawak.

This initiative also advances the Industry on Campus agenda by bringing industry expertise and practices closer to the university ecosystem, creating opportunities for industry-based learning, talent development, collaborative research and stronger university–industry engagement.

The Faculty of Engineering extends its sincere appreciation to SMD Semiconductor Sdn. Bhd. for its commitment and support in establishing this industrial IC Design Lab, and to UNIMAS Holdings Sdn. Bhd. for its valuable collaboration in facilitating this initiative.
The SMD–UNIMAS Industrial IC Design Lab is envisioned to serve as a catalyst for developing future-ready and industry-ready semiconductor talent, while strengthening UNIMAS’ role in the semiconductor ecosystem in Sarawak and Malaysia.

Address

UNIVERSITI MALAYSIA
Kuching
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Kejuruteraan Unimas (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Kejuruteraan Unimas (Official):

Shortcuts

Share