Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad

Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad

Share

Semua Ahli Koperasi PKS Bhd boleh turut serta mengikuti Telegram KOPOLIKU BHD

Group Link
https://t.

Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad telah ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) pada pada 24 Oktober 1991.

07/06/2024

Syabas dan Tahniah para graduan semua❤️



𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢: 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 (𝐏𝐊𝐒), 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐄𝐓𝐫𝐎 𝐁𝐞𝐭𝐨𝐧𝐠 (𝐏𝐌𝐁𝐒) & 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐙𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
Tarikh: 07 hingga 11 September 2024 (Sabtu - Rabu)
Tempat: Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak

𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢: 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐮𝐤𝐚𝐡 (𝐏𝐌𝐔)
Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah.

𝐏𝐚𝐫𝐚 𝐠𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐭𝐭𝐩://𝐰𝐰𝐰.𝐩𝐨𝐥𝐢𝐤𝐮.𝐞𝐝𝐮.𝐦𝐲/𝐞-𝐤𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧/ 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟕 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭) 𝐣𝐚𝐦 𝟓.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭.

𝑺𝒚𝒂𝒃𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒂𝒌𝒂𝒍 𝒈𝒓𝒂𝒅𝒖𝒂𝒏!






18/09/2023

Jika anda ada makanan atau minuman, boleh la jadi pembekal kecil (pelajar sahaja) kami. Scan & isi borang pendaftaran terlebih dahulu.

31/07/2023

Jualan Harga Patut kini berlangsung pada 31 July hingga 4 August 2023

Siapa Cepat Dia Dapat

Stok Terhad!

Boleh juga Collect & Pay. Pembayaran boleh dibuat melalui Online Transfer & Sarawak Pay. Sila Whatsapp ke Hotline kami ditalian 011-58848394 untuk membuat tempahan.
https://wa.link/tyt7ll atau boleh scan qr dibawah.

Selamat Membeli..

Photos from Politeknik Kuching Sarawak's post 05/05/2023

Tahniah graduan!
Sila ikut jadual untuk mengambil jubah!

Photos from Politeknik Kuching Sarawak's post 05/05/2023

Sila ikut jadual untuk pengambilan jubah ia

TAHAP KEPUASAN GRADUAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN JK PENGURUSAN JUBAH SEMPENA KONVOKESYEN KOMEMORATIF POLITEKNIK KUCHING SARAWAK 18/03/2023

Salam sejahtera graduan semua!

Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengisi soal-selidik ini yang bertajuk TAHAP KEPUASAN GRADUAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN JK PENGURUSAN JUBAH SEMPENA KONVO KOMEMORATIF PKS.

P/S: Sila klik pada linik ini https://forms.gle/bsShXxgL8tkVmmby5 untuk memberi maklumbalas.

Sila share dengan rakan2 graduan yang lain. Terima kasih.

JK PENGURUSAN JUBAH

TAHAP KEPUASAN GRADUAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN JK PENGURUSAN JUBAH SEMPENA KONVOKESYEN KOMEMORATIF POLITEKNIK KUCHING SARAWAK JK Pengurusan Jubah bersempena dengan Konvokesyen Komemoratif Politeknik Kuching Sarawak ingin mengukur tahap kepuasan graduan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk: 1. Mendapatkan penilaian graduan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh JK Penguru...

09/12/2022

Selamat Sejahtera, berikut merupakan waktu operasi yang baharu bagi kedai GMART & Cybercafe. Jadual ini akan berkuatkuasa bermula hari ini -- 9/12/2022

Nota kaki : Perkhidmatan printing dan photocopy sahaja yang beroperasi seperti biasa.

Photos from Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad's post 09/12/2022

Pagi tadi, Lembaga Pengarah KOPOLIKU telah duduk bersama dengan Pengurusan Tertinggi PKS bagi membincangkan halatuju KOPOLIKU untuk tahun yang akan datang. Mari kita bersama-sama memajukan KOPOLIKU untuk kesejahteraan semua pelajar dan staf di PKS.

Photos from Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad's post 01/12/2022

Mesyuarat ALK Bil. 1 2022/2023

01/12/2022

salam takziah

Assalammualaikum & Salam poliku sayang. Perhatian kepada seluruh warga Politeknik Kuching Sarawak yang dikasihi sekalian. Menerima perkhabaran dukacita bahawa Pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Allahyarham NABIL IQBAL BIN NASIR, Semester 2, JTMK, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah meninggal dunia pada 30 November 2022.

Almarhum seorang yang baik dan didoakan roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Almarhum juga merupakan ahli Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI).

Dengan ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKS akan membuat KUTIPAN DERMA KILAT secara bersemuka pada 1 Disember 2022 (Khamis) di sekitar kawasan PKS.

In Sha Allah sumbangan yang dibuat mampu membantu dan memudahkan keluarga almarhum. Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham Nabil Iqbal bin Nasir.

Photos from Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad's post 29/11/2022

Tahniah dan syabas kepada semua anggota dan ALK kerana telah menjayakan Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Politeknik Kuching Sarawak Berhad Kali ke-30 pada petang ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Encik Hikmatullah bin Hajid Ahmad Khan. Turut hadir bersama dalam mesyuarat adalah Encik Rizan, wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Kuching/Samarahan.

Ucapan tahniah juga kepada semua anggota yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Koperasi pada sesi akan datang. Semoga tuan/puan akan terus berusaha untuk memajukan koperasi kita.

Tanpa anda, tiadalah maknanya majlis ini.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


KM22 Jalan Matang
Kuching
93050