Sekolah Kebangsaan Siol Kanan-SKSK

Sekolah Kebangsaan Siol Kanan-SKSK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Siol Kanan-SKSK, School, Jalan sultan tengah, Kuching.

MINI PSKPP SK Siol KananHari: RabuTarikh: 23 September 2026Masa: 2.00-5.00 petangTempat: Dewan Persatuan Badminton Bumip...
24/09/2026

MINI PSKPP SK Siol Kanan

Hari: Rabu
Tarikh: 23 September 2026
Masa: 2.00-5.00 petang
Tempat: Dewan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak, Jalan Sultan Tengah

Standard 3.2.6 – Pengurusan Sukan untuk Semua
3.2.6.1 – Aktiviti sukan untuk semua diurus secara profesional dan terancang.

Objektif:
1. Memberi peluang kepada semua guru SK Siol Kanan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi secara aktif dalam suasana yang sihat, ceria dan harmoni.
2. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal, kesihatan serta kesejahteraan warga sekolah melalui penglibatan dalam aktiviti sukan untuk semua.
3. Memupuk semangat kerjasama, toleransi, kesukanan dan hubungan silaturahim dalam kalangan guru melalui aktiviti yang dirancang secara sistematik.
4. Menggalakkan penglibatan aktif guru dalam program sukan yang terancang, teratur dan dilaksanakan secara profesional selaras dengan pengurusan sukan untuk semua.
5. Mewujudkan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti persekitaran kerja yang positif.

Rumusan :

Program MINI PSKPP Peringkat Sekolah SK Siol Kanan telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan dan kerjasama guru-guru secara aktif. Program ini telah menyediakan ruang kepada warga sekolah untuk menyertai aktiviti sukan dalam suasana yang menyeronokkan, terancang dan terkawal. Pengurusan program yang melibatkan perancangan aktiviti, penyelarasan peserta, pembahagian tugas serta pelaksanaan yang sistematik telah membantu memastikan program berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, program ini selaras dengan Standard 3.2.6 dan 3.2.6.1, khususnya dalam memastikan aktiviti sukan untuk semua diurus secara profesional dan memberi peluang penyertaan yang menyeluruh kepada warga sekolah.

Impak :

* Meningkatkan penglibatan guru dalam aktiviti sukan dan rekreasi secara aktif.
* Meningkatkan kecergasan dan kesedaran terhadap gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
* Mewujudkan hubungan kerja yang lebih positif dan erat melalui interaksi antara guru dalam aktiviti berkumpulan.
* Memupuk nilai kerjasama, disiplin, toleransi, kepimpinan dan semangat kesukanan.
* Meningkatkan motivasi dan kesejahteraan guru melalui aktiviti fizikal yang santai dan menyeronokkan.
* Membuktikan bahawa pengurusan aktiviti sukan untuk semua dapat dilaksanakan secara profesional, terancang, tersusun dan melibatkan warga sekolah secara menyeluruh.

Tindak Susul :

1. Meneruskan pelaksanaan aktiviti sukan dan rekreasi secara berkala dan terancang untuk warga sekolah.
2. Mempelbagaikan jenis aktiviti mengikut kesesuaian, minat dan tahap kecergasan guru bagi menggalakkan penyertaan yang lebih menyeluruh.
3. Membuat rekod dan dokumentasi penglibatan guru bagi setiap aktiviti sebagai evidens pengurusan sukan untuk semua.
4. Menjalankan penilaian ringkas selepas program bagi mendapatkan maklum balas dan mengenal pasti penambahbaikan untuk program akan datang.
5. Menggalakkan penyertaan guru dalam aktiviti sukan pada peringkat sekolah, zon, daerah atau PSKPP sebagai kesinambungan kepada program MINI PSKPP.
6. Menjadikan penglibatan guru dalam aktiviti sukan sebagai salah satu usaha berterusan untuk membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan sejahtera di SK Siol Kanan.

"TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE"

Bismillahirrahmanirrahim.Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kemb...
17/09/2026

Bismillahirrahmanirrahim.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.

Dengan rasa penuh dukacita, tragedi yang menimpa ayah kepada salah seorang murid SK Siol Kanan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Pihak sekolah juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

Al-Fatihah.


Standard 5: Kemenjadian Murid, Pencapaian Murid dan Sekolah.5.3: Kemenjadian Sahsiah Murid📌 Tajuk:Kem Bestari Solat Siri...
17/09/2026

Standard 5: Kemenjadian Murid, Pencapaian Murid dan Sekolah.
5.3: Kemenjadian Sahsiah Murid

📌 Tajuk:
Kem Bestari Solat Siri 2 (Tahun 1 & Tahun 6)

📍 Hari: Khamis
📍 Tarikh: 17 September 2026
📍 Masa: 1.45-5 petang
📍 Tempat: Kelas masing-masing

📌 Penglibatan:
Murid Tahun 1 dan Tahun 6 serta guru-guru Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab & Guru Kafa.

📌 Objektif:
* Meningkatkan penguasaan murid dalam melaksanakan ibadah solat dengan betul dan sempurna.
* Membimbing murid menguasai bacaan dan pergerakan solat serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

📌 Rumusan:
Kem Bestari Solat Siri 2 telah dilaksanakan dengan melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 6. Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan pengetahuan, bacaan dan amali solat melalui aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap murid. Murid memberikan kerjasama dan menunjukkan penglibatan yang baik sepanjang program berlangsung.

📌 Impak:
Program ini membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinan murid dalam melaksanakan solat. Murid juga dapat memperbetulkan bacaan serta pergerakan solat dan memahami kepentingan menunaikan solat dengan sempurna.

📌 Tindak Susul:
Pemantauan dan bimbingan secara berterusan akan dilaksanakan oleh guru bagi memastikan murid dapat mengamalkan solat dengan betul. Aktiviti pengukuhan dan amali solat akan diteruskan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta program keagamaan sekolah.

"TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE"

16/09/2026
Selamat Hari Malaysia 🇲🇾Ikhlas daripada: Barisan Pentadbir dan Seluruh warga SK Siol Kanan
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Barisan Pentadbir dan Seluruh warga SK Siol Kanan

Standard 2: PENGURUSAN ORGANISASI2.5: IKLIM2.5.1: Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.Taju...
15/09/2026

Standard 2: PENGURUSAN ORGANISASI
2.5: IKLIM
2.5.1: Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.

Tajuk: "PENGENDALIAN PERHIMPUNAN PAGI DALAM MENDEPANI BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA(IPU) MELEBIHI 100"

📌Hari: Selasa
📌Tarikh: 15 Sept 2026
📌Masa: 7.20 pagi
📌Tempat: Pejabat Am dan Bilik Darjah

📌Pelibatan: Semua Guru dan Murid SK Siol Kanan

📌Objektif:
🔖 Memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah dalam keadaan terkawal.
🔖 Memastikan pengurusan bencana jerebu dalam kalangan warga sekolah ditangani secara berkesan.
🔖 Menyahut saranan pihak KPM, JPNS dan PPD agar tidak melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah demi keselamatan.
🔖 Memastikan kepatuhan kepada surat pekeliling berkaitan bencana jerebu bagi mengelakkan timbulnya sebarang isu.

📌Rumusan:
Perhimpunan pagi dapat dilaksanakan dengan lancar dan terancang. Maklumat penting dapat disampaikan tanpa halangan dan pengoperasian sekolah berjalan lancar walau masalah jerebu melanda Daerah kuching ketika ini. Nilai murni "Bertanggungjawab" dan kesedaran sivik "Menjaga Persekitaran Sekolah diberi perhatian. Tanggungjawab menjaga disiplin diri murid, elakkan perbuatan buli, menjaga kebersihan sekolah dan keselamatan diri semasa berada di kawasan sekolah. Murid-murid diingatkan dengan Pentaksiran Matriks Tahun 4, UP-DLP, UASA serta UPKK yang bakal tiba. Murid-murid dinasihatkan membuat ulangkaji di rumah, hadir Kelas Bimbingan pada waktu petang Isnin dan Selasa. Murid diminta bersedia menghadapi ujian berkenaan. Selain itu, Cuti Hari Malaysia 16 September 2026 dimaklumkan dan murid-murid diminta hadir pada Khamis, 17 September 2026 dan pastikan kehadiran 100% kecuali sakit dan urusan kecemasan.

📌Impak:
🔖 Informasi terkini dapat disampaikan dengan jelas dan sahih.
🔖 Aktiviti sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan sistematik walau berdepan dengan cuaca yang berjerebu.
🔖 Nilai murni dan Kesedaran Sivik dapat disampaikan bagi meningkatkan kesedaran dan tanggunjawab pada diri murid serta warga sekolah.

📌Tindak Susul:
🔖 Pengurusan organisasi yang sistematik dan terancang memberi impak kepada kemenjadian murid-murid walau berdepan dengan pelbagai halangan.
🔖 Pengurusan murid diperkasakan agar mereka bersedia berdepan dengan pelbagai rintangan, mampu bertahan dan ada jati diri.

"TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE"

Standard 3.1  : PENGURUSAN KURIKULUM3.1.4 : PENGURUSAN PENILAIAN MURID3.1.4.1: Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara...
15/09/2026

Standard
3.1 : PENGURUSAN KURIKULUM
3.1.4 : PENGURUSAN PENILAIAN MURID
3.1.4.1: Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang.

Tajuk: "KUNJUNG BANTU PENGURUSAN UJIAN KEMASUKAN PINTAR CERDAS (UKPC)"

📌Hari: Isnin
📌Tarikh: 15 Sept 2026
📌Masa: 8.30 pagi
📌Tempat: Bilik Guru Besar & Bilik Mesyuarat
📌Pelibatan: Guru Besar , Pegawai dari PPD, Guru Bimbingan & Kaunseling, Pensyarah IAB(PROPKES), calon murid UKPC.

📌Objektif:
🔖 Memastikan pelaksanaan UKPC mengikut prosedur dan piawaian yang betul.
🔖 Menilai tahap kognitif, kebolehan berfikir, penaakulan dan kreativiti murid.
🔖 Menyediakan asas untuk membangunkan modal insan berkaliber tinggi.
🔖 Memastikan ujian diurus secara sistematik dan terancang.
🔖Mengupayakan
Guru Bimbingan & Kaunseling yang cekap dan kerja bersistematik.

📌Rumusan:
UKPC adalah ujian penting bagi mengenal pasti pelajar berbakat dan menyediakan laluan yang sesuai untuk mengoptimumkan potensi mereka. PPD Kuching turut turun padang membantu memastikan UKPC ini berjalan mengikut prosedur yang digariskan. Peranan besar Guru B&K memberi impak yang mantap kepada kelancaran UKPC di SK Siol Kanan. Kemenjadian murid tanggungjawab pemimpin & warga organisasi dan disokong oleh pasukan elit dari PPD yang berdedikasi.

📌Impak:
🔖 Dapat menyeragamkan pelaksanaan ujian bagi memastikan pematuhan kepada prosedur yang sistematik dan piawaian yang ditetapkan.
🔖 Memastikan kelancaran operasi ujian dengan menyediakan panduan terperinci bagi mengelakkan gangguan teknikal atau isu pengurusan
🔖 Menjaga integriti serta keselamatan maklumat dengan melindungi kerahsiaan item soalan, sebarang kebocoran atau penyalahgunaan.

📌Tindak Susul:
🔖Guru Besar & warga guru menggalakkan penyertaan murid secara optimum bagi mengesan calon murid pintar cerdas.
🔖Guru Bimbingan & Kaunseling memperkasakan urus tadbir UKPC dengan lebih berkesan.

"TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE"

MAKLUMAN CUTI UMUM SK SIOL KANAN
15/09/2026

MAKLUMAN CUTI UMUM SK SIOL KANAN

Standard 3.1  : PENGURUSAN KURIKULUM3.1.2 : PENGURUSAN MATA PELAJARAN3.1.2.1: Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara p...
15/09/2026

Standard
3.1 : PENGURUSAN KURIKULUM
3.1.2 : PENGURUSAN MATA PELAJARAN
3.1.2.1: Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang.

Tajuk: "PERANCANGAN LDP: PENATARAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027"

📌Hari: Jumaat
📌Tarikh: 11 Sept 2026
📌Masa: 9.00 pagi
📌Tempat: Bilik Guru Besar
📌Pelibatan: Guru Besar , PKP & KP Alam & Manusia

📌Objektif:
🔖 Menjadi platform perbincangan rasmi antara para pentadbir dengan Ahli Panitia Mata Pelajaran.
🔖 Merancang dan membuat ketetapan berkaitan pelaksanaan LDP.
🔖 Memastikan kerja buat setiap guru diperkasakan.
🔖 Memastikan setiap aktiviti atau program panitia berjalan lancar
🔖Mengupaya pengurusan panitia yang cekap dan berkesan.

📌Rumusan:
Perbincangan berjaya dilaksanakan dengan lancar. Pembentangan minit curai dan membincangkan pelaksanaan LDP bagi mata pelajaran terlibat dengan Tahun 1/2027. Guru Besar dan PKP memainkan peranan mengupaya pengurusan panitia mata pelajaran seterusmya .membimbing guru ke arah kecemerlangan demi pencapaian akademik murid-murid

📌Impak:
🔖 Dapat membina komunikasi dua hala yang sihat antara barisan pentadbir dengan guru-guru agar hala tuju organisasi jelas dan tercapai.
🔖 Memastikan setiap aktiviti atau program panitia berjalan lancar.
🔖 Membangun urus tadbir mata pelajaran yang cekap dan berkesan.

📌Tindak Susul:
🔖Setiap isu yang timbul dibincangkan dan diselesaikan secara berpasukan.
🔖Memperkasakan urus tadbir panitia yang berkesan.
🔖Setiap program atau aktiviti dipantau gerak kerjanya agar mencapai objektif serta berjalan lancar.
🔖Meningkatkan penguasaan Literasi dan Numerasi semua murid.

"TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE"

Address

Jalan Sultan Tengah
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Siol Kanan-SKSK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category