Politeknik Kuching Sarawak

Politeknik Kuching Sarawak Laman Facebook Rasmi Politeknik Kuching Sarawak.

Institusi TVET premier yang diterajui Industri

Salah sebuah Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Politeknik Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat dan komunikasi.

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’๐๐Š๐’ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐ˆ ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š, ๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐† ๐‚๐€๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐’๐“๐„๐’๐„๐ ๐‚๐Ž๐‘๐’Politeknik Kuching Sarawak (...
24/09/2026

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’

๐๐Š๐’ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐ˆ ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š, ๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐† ๐‚๐€๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐’๐“๐„๐’๐„๐ ๐‚๐Ž๐‘๐’

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) hari ini mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri Sarawak bagi membincangkan cadangan pembinaan dan pengoperasian Continuous Operating Reference Station (CORS) di tapak PKS.

Delegasi PKS diketuai oleh Pengarah, Encik Mohamad Nazri bin Ismail, bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohd. Saiful Fadli bin Maidin, dan Ketua Program Diploma Geomatik, Encik Stuart Otto Anak Wilson Munan.

Rombongan tersebut disambut oleh Pengarah JKPTG Negeri Sarawak, Encik Mohamad Khairul Hafiz bin Juni, bersama Penolong Pengarah, Puan Naztassia binti Yusop, serta tiga Penolong Pegawai Tanah iaitu Encik Mohamad Zaidi bin Rajaie, Encik Mohamad Nashriq bin Sawi, dan Puan Dayang Zaleha binti Abang Jawi Mostapha.

Turut menyertai perbincangan berkenaan ialah wakil Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) yang diwakili oleh Juruukur Kanan, Encik Mohamad Iskandar bin Mohamad Usop dan Penolong Juruukur Kanan, Encik Nicholas Anak Jaochim.

Antara aspek utama yang diperincikan dalam pertemuan tersebut merangkumi proses kelulusan penggunaan tapak, penyediaan dokumen dan perjanjian rasmi, serta syarat-syarat pentadbiran tanah yang berkaitan.

Hasil kunjungan ini membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti langkah susulan dan syarat perundangan yang perlu dipatuhi agar pelaksanaan stesen CORS dapat dijalankan mengikut tatacara dan mekanisme yang ditetapkan.








โœจ GET READY TO INNOVATE! ๐Ÿš€6th INFORMATION TECHNOLOGY INNOVATION EXPO (6th InfoTEx) 2026 Satu pentas yang menghimpunkan i...
24/09/2026

โœจ GET READY TO INNOVATE! ๐Ÿš€

6th INFORMATION TECHNOLOGY INNOVATION EXPO (6th InfoTEx) 2026

Satu pentas yang menghimpunkan idea, kreativiti dan inovasi digital bakal berlangsung! ๐Ÿ’ก๐Ÿ’ป

Jom saksikan hasil inovasi pelajar melalui pertandingan yang menampilkan tiga kategori utama:

๐ŸŒ Internet of Things (IoT)
๐Ÿ’ป Web Solution
๐Ÿ“ฑ Mobile Innovation

๐Ÿ“… 29 September 2026 (Selasa)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Jubli Perak

Selain itu, turut berlangsung platform yang menggabungkan teknologi, kreativiti dan keusahawanan digital.:

๐Ÿ’ก DIGITECHPRENEUR 2026 (28 โ€“ 29 September 2026)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang

๐ŸŽค AI-MARKETEER: FROM IDEA TO IMPACT : Training Session by PC Image Sdn. Bhd. (29 September 2026)
โฐ 8.30 pagi โ€“ 11.30 pagi

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan idea menjadi inovasi, inovasi mencipta impak!

COME. EXPLORE. EXPERIENCE. INNOVATE! ๐Ÿš€

Sumber: JTMK

โš™๏ธโœจ MPEx POLIKU 2026 โ€” DESIGN INNOVATION DRIVING THE FUTURE! โœจโš™๏ธMechanical Project Exhibition (MPEx) POLIKU 2026 proudly...
24/09/2026

โš™๏ธโœจ MPEx POLIKU 2026 โ€” DESIGN INNOVATION DRIVING THE FUTURE! โœจโš™๏ธ

Mechanical Project Exhibition (MPEx) POLIKU 2026 proudly showcased 45 Final Year Projects by students from the DAD, DKM, DPU and DTP programmes of the Mechanical Engineering Department, Politeknik Kuching Sarawak.

These projects were more than academic assignments โ€” they represented the studentsโ€™ journey of learning, creativity, problem-solving and innovation. Knowledge and skills gained in classrooms and workshops were transformed into real prototypes and solutions that could be demonstrated, evaluated and celebrated. ๐Ÿ”ง๐Ÿ’ก๐Ÿš€

The programme was officially closed by Mr. Rexca Anak Jamit, Head of the Mechanical Engineering Department, Politeknik Kuching Sarawak, marking another meaningful milestone in nurturing future-ready TVET graduates.

๐ŸŽ‰ The excitement did not stop there! MPEx POLIKU 2026 was further enlivened by Gerak Usahawan Muda (GUM) PKS, bringing an entrepreneurial atmosphere to the exhibition โ€” with a special appearance by BUMBLEBEE COSPLAY! ๐Ÿค–๐Ÿ A combination of innovation, entrepreneurship and entertainment that made MPEx even more memorable!

Congratulations to all 45 project teams, students, supervisors, lecturers, judges and the organising committee who made MPEx POLIKU 2026 a success. ๐Ÿ‘๐Ÿ†

45 Projects. 45 Ideas. Endless Possibilities.

Ideas. Design. Solutions. A Better Tomorrow. ๐Ÿš€

Source: JKM
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)

24/09/2026

Kitak kalak dengar pasal International Sarawak Bridge and Mapping Challenge Competition 2026 (iSBMCโ€™26)? Haaa tok lah apa yang dikelaka Wena bersama dengan tetamu nya pada haritok, En. Azlan bin Mohd Ali. Tune kinek radio kitak ke 92.5fm!

24/09/2026

Saksikan perbincangan mengenai Program International Sarawak Bridge and Mapping Challenge 2026 ( ISBMC'26) menarik dalam segmen RONA RONI bersama penyampai radio, Wena! ๐ŸŽงโœจ

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Tetamu Jemputan:
En. Azlan bin Mohd Ali
(Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, Politeknik Kuching Sarawak / Pengarah Program ISBMC'26)

๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š๐€๐‹Politeknik Kuching Sarawak (PKS) amat berbesar...
23/09/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€

๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š๐€๐‹

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) amat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berbahagia Datuk Dr. Ts. Sivakumar Chinnasamy, CEO CSK Murni (CSK Murni Services Sdn Bhd) sempena Program Pertemuan Penajaan Biasiswa Pengajian kepada Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak.

Pertemuan ini menjadi satu detik yang cukup bermakna buat warga PKS, khususnya para pelajar terpilih yang menerima manfaat daripada penajaan biasiswa pengajian ini. Ia bukan sekadar sebuah sesi pertemuan, malah menjadi simbol kepada keprihatinan, keyakinan dan sokongan terhadap pembangunan pendidikan serta masa depan generasi muda dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Para pelajar juga berpeluang berinteraksi secara lebih dekat bersama pihak penaja, berkongsi latar belakang pengajian, aspirasi kerjaya serta perancangan masa depan mereka. Pertemuan sebegini memberikan nilai yang cukup besar kerana sokongan yang diberikan bukan sahaja dapat membantu dari aspek kewangan, malah turut menjadi satu suntikan motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Pihak Politeknik Kuching Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Ts. Sivakumar Chinnasamy atas sumbangan penajaan serta sokongan yang diberikan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Keprihatinan seperti ini memberikan ruang kepada pelajar untuk memberikan fokus yang lebih baik terhadap pengajian, membina keyakinan diri serta mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan sebagai graduan TVET yang berkemahiran, kompeten dan berdaya saing.

Setiap bentuk sokongan terhadap pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan. Lebih bermakna apabila sumbangan tersebut hadir daripada seorang alumni sendiri. Apa yang diberikan pada hari ini bukan sekadar bantuan kepada seorang pelajar, tetapi berpotensi membuka jalan kepada sebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Semoga jalinan kerjasama dan hubungan baik antara pihak penaja dengan Politeknik Kuching Sarawak akan terus berkembang serta membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar pada masa akan datang.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak; Encik Mohd Saiful Fadli bin Maidin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik); Puan Nurazura binti Rali, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam merangkap Pengerusi Alumni Politeknik Kuching; Encik Rexca anak Jamit, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal; Ts. Wong Sie Woo, Penaung Persatuan Alumni Politeknik Kuching bersama para pensyarah serta penerima tajaan biasiswa.

Sumber: JKA
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)

๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐‚๐Ž๐€๐’๐“๐€๐‹ ๐‚๐‹๐„๐€๐๐”๐ ๐ƒ๐€๐˜ (๐ˆ๐‚๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Demi kelestarian alam sekitar,  program pembersihan pantai berskala besar, I...
22/09/2026

๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐‚๐Ž๐€๐’๐“๐€๐‹ ๐‚๐‹๐„๐€๐๐”๐ ๐ƒ๐€๐˜ (๐ˆ๐‚๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Demi kelestarian alam sekitar, program pembersihan pantai berskala besar, International Coastal Cleanup Day (ICC) 2026 akan dianjurkan olehJabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak.

Program sukarelawan ini bertujuan untuk melindungi ekosistem lautan kita daripada ancaman sampah sarap, di samping memupuk rasa tanggungjawab sosial dalam diri masyarakat.

Penganjuran kali ini juga adalah selaras dengan objektif akademik bagi memenuhi keperluan penilaian dua kursus iaitu DCC50262 Environmental Pollution & Control dan DCB50462 Environmental Science in Building.Program akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 5.00 Petang
๐Ÿ“Tempat: Pantai Damai, Santubong

Program bermakna ini bakal mengumpulkan seramai 176 orang pelajar, berganding bahu bersama 40 orang wakil yang terdiri daripada barisan pensyarah serta pakar industri dari Association of Professional Technicians and Technologists (APTT) bagi melengkapkan misi pembersihan ini.

Usaha murni ini turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Reef Check Malaysia, Sarawak Cultural Village (SCV) dan International Coastal Cleanup.

Pihak kami juga merakamkan penghargaan kepada Miracle Spectrum atas tajaan beg plastik mesra alam (oxo-biodegradable) untuk kegunaan program ini.

Sampah sarap yang dikumpul akan direkodkan menggunakan aplikasi Clean Swellยฎ yang akan turut menyumbangkan data statistik untuk kegunaan pihak Reef Check Malaysia sebagai rujukan pemuliharaan.

Jom, sama-sama kita sokong usaha kelestarian ini. Pantai kita, tanggungjawab kita! ๐ŸŒ๐Ÿ’™

Sumber: JKA



PERMOHONAN KE SESI II:2026/2027 MASIH DIBUKA๐ŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2...
22/09/2026

PERMOHONAN KE SESI II:2026/2027 MASIH DIBUKA

๐ŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUKA! ๐Ÿš€

Nak sambung pengajian dalam bidang TVET? Inilah peluang untuk anda melangkah lebih jauh dan membina masa depan bersama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)! ๐Ÿ’™

โœจ Permohonan terbuka kepada:๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lulusan Sijil Politeknik๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lulusan Sijil Kolej Komuniti๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia๏ฟฝ
๐Ÿ”น Lepasan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), KPM

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Permohonan:๏ฟฝ28 September 2026 (Jumaat)๏ฟฝ
๐ŸŒ Makluman lanjut dan syarat kelayakan berkenaan program sila layari: ๐Ÿ‘‰ https://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
๐ŸŒMohon secara dalam talian melalui (permohonan adalah percuma):๏ฟฝ๐Ÿ‘‰ https://ambilan.mypolycc.edu.my

โœจBagi pertanyaan dan sesi konsultansi permohonan pengambilan kemasukan program sila hubungi: En. Nazrie Baini, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan) - 01116259060 (Whatsapp)

๐Ÿ“Œ Jangan tunggu lagi! Kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian.
๐Ÿ”ฅ Pilih laluan TVET. Pilih POLYCC. Bina masa depan anda!

MECHANICAL PROJECT EXHIBITION (MPEx) POLIKU 2026 Saksikan 45 Projek Akhir Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal beraksi...
21/09/2026

MECHANICAL PROJECT EXHIBITION (MPEx) POLIKU 2026

Saksikan 45 Projek Akhir Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal beraksi dalam MPEx Poliku 2026. Program ini dihangatkan juga oleh penaja Gerak Usahawan Muda PKS

โ€‹๐Ÿ“… Tarikh: 22 September 2026 (Selasa)
โฐ8.00 pagi - 3.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak

Masa depan inovasi kejuruteraan bermula di sini! Jumpa anda di Program Perasmian & Penutupan Mechanical Project Exhibition (MPEx) POLIKU 2026 Sesi 1 2026/2027.











๐ŸชTAK PAYAH BELI LAGI, JOM BUAT SOFT COOKIES ALA BAKERI SENDIRI! UNTUK JUALAN PUN BOLEH ๐ŸชTeringin nak belajar buat Soft C...
20/09/2026

๐ŸชTAK PAYAH BELI LAGI, JOM BUAT SOFT COOKIES ALA BAKERI SENDIRI! UNTUK JUALAN PUN BOLEH ๐Ÿช

Teringin nak belajar buat Soft Cookies yang gebu, chewy dan sedap macam kat bakeri terkenal? Jom sertai Kursus Teknik Pembuatan Soft Cookies Ala Bakeri anjuran Jabatan Kejuruteraan Petrokimia. Politeknik Kuching Sarawak!

Maklumat Kursus:
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 1.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Petrochem JKPK
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ Penceramah: Puan Hidayah Binti Julaihi
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM 20.00 / pax sahaja!

Apa Yang Korang Akan Dapat & Pelajari?
โœ… Belajar 2 Resepi Soft Cookies Popular: Coklat & Red Velvet
โœ… Sesi Teori, Pengenalan Bahan Berkualiti & Praktikal (Hands-On)
โœ… Pengiraan Kos Asas & Kos Jualan (sesuai nak mula bisnes!)
โœ… Bawa balik hasil air tangan sendiri! ๐ŸŽ

Tempat adalah terhad! Imbas kod QR pada poster atau klik link untuk pendaftaran. https://forms.gle/zjdzLUAb6yscdaCP8

๐Ÿ“ž Ts. Nor Hakimah: 019-554 5077
๐Ÿ“ž Pn. Nurwirani: 014-897 3572

Jom daftar sekarang sebelum tempat penuh!








Address

KM 22, Jalan Matang
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082845596

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Kuching Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share