17/09/2026
๐ฌ๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ ๐จ๐ก๐๐ ๐๐ฆ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก
KUCHING, 16 September 2026 โ Keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa terus menjadi antara agenda utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) apabila YB Datoโ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, turun padang menyantuni mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Program Ziarah Prihatin yang diadakan di sekitar kawasan Bako, Kuching.
Program tersebut memberi ruang kepada pihak KPT dan UNIMAS untuk mendekati mahasiswa serta keluarga mereka secara lebih dekat, di samping memahami latar belakang, aspirasi dan cabaran yang dihadapi dalam meneruskan pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa terus diberi perhatian.
Turut hadir mengiringi lawatan ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS; Datoโ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, Naib Canselor UNIMAS; Professor Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Haji Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Professor Ir. Dr. Siti Noor Linda binti Taib, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); YBrs. En. Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), serta barisan kepimpinan fakulti, pegawai-pegawai KPT dan pegawai-pegawai UNIMAS.
Antara mahasiswa yang disantuni ialah Aina Natasya binti Sapawi, mahasiswa Program Pengurusan Seni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), serta Muhammad Amsyar bin Sepawi, mahasiswa Program Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan. Sesi ziarah berlangsung dalam suasana mesra dan penuh bermakna menerusi perkongsian pengalaman, aspirasi serta harapan mahasiswa dalam menempuh perjalanan sebagai warga universiti.
Dalam lawatan tersebut, YB Datoโ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut menyampaikan Bantuan Awal Pendidikan Yayasan Perkasa Siswa (YPS) kepada mahasiswa yang disantuni. Bantuan tersebut merupakan antara inisiatif yang disediakan bagi membantu meringankan keperluan perbelanjaan awal pengajian, sekali gus memberi sokongan kepada mahasiswa dalam meneruskan pengajian dengan lebih baik.
Program Ziarah Prihatin ini mencerminkan kerjasama erat antara KPT, YPS dan UNIMAS dalam memperkukuh agenda kebajikan mahasiswa serta memastikan sokongan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada mereka. Lawatan turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama keluarga mahasiswa, sekali gus mengeratkan hubungan antara kementerian, universiti dan masyarakat dalam usaha menyokong pembangunan mahasiswa yang berilmu, berdaya saing dan berbakti kepada negara.
TNC HEPA, Universiti Malaysia Sarawak
Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS