21/04/2026
21 April 2026 I Selasa
Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mutiara Hati Gita Matang telah dilaksanakan oleh Unit Pemakanan bersama Pasukan Fisioterapi dari Klinik Kesihatan Jalan Masjid bagi menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada warga pelatih PDK.
Aktiviti yang dijalankan termasuklah pengenalan kepada Makanan Berkhasiat dan Tidak Berkhasiat melalui pendekatan interaktif yang mesra kanak-kanak. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal tentang amalan pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak dan penjaga.