Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Sarawak

Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Sarawak

Share

The sole technical secondary school in East Malaysia offering diverse engineering programs.

14/06/2026

Transformasi pendidikan teknikal negara terus diperkukuh apabila 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini dinaik taraf sebagai SBP-Teknikal (SBP-T).

Langkah ini bukan sekadar pertukaran nama, tetapi usaha strategik untuk meningkatkan mutu pendidikan, kecemerlangan akademik, kemahiran teknikal serta daya saing pelajar dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

SMT sememangnya mempunyai sejarah panjang melahirkan pelajar yang cemerlang dalam gabungan pendidikan akademik dan teknikal. Dengan pengurusan di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), sekolah-sekolah ini berpeluang menikmati ekosistem kecemerlangan yang lebih tersusun, setanding dengan institusi pendidikan terbaik negara.

Semoga langkah ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai tenaga mahir, jurutera, saintis dan pemimpin masa depan yang akan memacu pembangunan Malaysia.

πŸ“š 9 SBP-Teknikal:
β€’ Teknik Alor Setar
β€’ Teknik Tunku Abdul Rahman Putra
β€’ Teknik Cheras
β€’ Teknik Tunku Jaafar
β€’ Teknik Bukit Piatu
β€’ Teknik Kuala Terengganu
β€’ Teknik Kuantan
β€’ Teknik Johor Bahru
β€’ Teknik Sejingkat







12/06/2026

πŸ«βš™οΈ SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KINI DIBAWAH SBP. DIKENALI SEBAGAI SBP-T.

Ramai yang masih menyamakan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dengan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sepenuhnya.

Hakikatnya, SMT mempunyai identiti yang tersendiri.

Sejak dahulu lagi, SMT menawarkan gabungan pendidikan akademik dan teknikal. Pelajar bukan sahaja mempelajari subjek-subjek teknikal seperti kejuruteraan, lukisan teknikal dan teknologi, malah turut mengikuti mata pelajaran sains tulen serta akademik seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan lain-lain.

Atas sebab itu, langkah meletakkan SMT di bawah pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dilihat lebih sejajar dengan falsafah dan hala tuju sekolah-sekolah ini.

βœ… Mengekalkan kecemerlangan akademik.
βœ… Memperkukuh bidang sains dan teknologi.
βœ… Meningkatkan pembangunan sahsiah serta kepimpinan pelajar.
βœ… Memperluaskan budaya kecemerlangan ala SBP.
βœ… Mengangkat imej dan reputasi SMT ke tahap yang lebih tinggi.

Fokus utama bukan sekadar pertukaran pentadbiran, tetapi usaha meningkatkan mutu dan kualiti lapan buah Sekolah Menengah Teknik di Malaysia agar terus menjadi pilihan pelajar cemerlang yang berminat dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

SMT bukan sekadar sekolah teknik.

Ia adalah platform melahirkan generasi saintis, jurutera, teknologis dan pemimpin masa depan negara.





Photos from Kementerian Pendidikan Malaysia's post 11/06/2026

SMT SEJINGKAT kini secara rasminya bergelar Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T), seiring dengan penjenamaan semula 9 buah Sekolah Menengah Teknik asal di Malaysia.

TAHNIAH untuk SMT Sejingkat dan Semua Sekolah Menengah Teknik yang telah diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh.

Terus melakar kecemerlangan akademik, sahsiah dan teknikal ke arah melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing.

Photos from Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Sarawak's post 07/06/2026

πŸ“Œ PERHIMPUNAN PERTAMA PENGGAL KEDUA SESI PERSEKOLAHAN

Perhimpunan pertama bagi Penggal Kedua Sesi Persekolahan telah berlangsung dengan jayanya dan disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), SMT Sejingkat.

Dalam ucapan beliau, para pelajar telah diberikan kata-kata semangat serta peringatan penting bagi memastikan kecemerlangan sahsiah dan akademik sepanjang penggal ini.
Antara perkara yang ditekankan ialah ucapan selamat datang kepada semua pelajar setelah kembali meneruskan sesi persekolahan.

Beliau turut mengingatkan para pelajar agar :
1. sentiasa mematuhi peraturan sekolah demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan kondusif.

2. pelajar diseru untuk memperbaharui azam dan tekad dalam menuntut ilmu serta menetapkan semula matlamat kehadiran ke sekolah agar sentiasa fokus terhadap kejayaan akademik dan pembangunan diri.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan calon-calon SPM bahawa peperiksaan percubaan semakin hampir dan mereka perlu membuat persediaan yang rapi serta memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.

Beliau juga menegaskan kepentingan menjaga adab dan akhlak sepanjang berada di sekolah, sama ada terhadap guru, rakan-rakan mahupun warga sekolah yang lain.

Semoga semua pelajar SMT Sejingkat terus bersemangat, berdisiplin dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

05/06/2026

πŸ“±βš οΈ KECANDUAN GAJET: ANCAMAN SENYAP KEPADA REMAJA SEKOLAH

Gajet dicipta untuk memudahkan kehidupan, bukan untuk menguasai kehidupan.

Hari ini, semakin ramai remaja menghabiskan berjam-jam setiap hari di hadapan skrin. Tanpa disedari, ketagihan gajet boleh menjejaskan prestasi akademik, mengganggu tidur, mengurangkan aktiviti fizikal, melemahkan kemahiran sosial dan memberi kesan kepada kesihatan mental.

Tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:
πŸ“± Sukar berpisah dengan telefon pintar
πŸ˜” Mudah marah apabila tidak dapat menggunakan gajet
πŸ“š Mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab
😴 Tidur lewat kerana melayari media sosial atau bermain permainan video
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Kurang berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan

Teknologi bukan musuh, tetapi penggunaannya perlu dikawal dengan bijak.

Mari bantu anak-anak dan remaja membina keseimbangan antara dunia digital dan dunia sebenar. Luangkan masa bersama keluarga, sertai aktiviti fizikal, membaca buku dan berinteraksi secara bersemuka.

πŸ“Œ Remaja bijak bukan yang paling lama menghadap skrin, tetapi yang paling bijak menguruskan masa dan teknologi.



05/06/2026

πŸ“±πŸŽ’ PERBEZAAN MURID YANG KECANDUAN HANDPHONE DAN MURID YANG TIDAK KECANDUAN HANDPHONE

Handphone bukanlah musuh. Namun, cara kita menggunakannya akan menentukan kesannya terhadap kehidupan.

Murid yang terlalu bergantung kepada handphone sering berdepan masalah seperti kurang fokus dalam pembelajaran, gangguan tidur, emosi yang tidak stabil dan hubungan sosial yang semakin renggang.

Sebaliknya, murid yang menggunakan teknologi secara terkawal dan berhemah biasanya lebih fokus dalam pelajaran, mempunyai pengurusan masa yang baik, emosi yang lebih stabil serta kehidupan yang lebih seimbang.

πŸ“Œ Teknologi adalah alat.
πŸ“Œ Jangan biarkan alat mengawal diri kita.
πŸ“Œ Gunakan handphone untuk belajar, bukan sekadar berhibur.

Pilihan yang dibuat hari ini akan membentuk masa depan pada hari esok.

🌟 Jadilah murid yang bijak menggunakan teknologi.
🌟 Jadilah murid yang mengawal handphone, bukan dikawal oleh handphone.



01/06/2026

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK: GAYU GURU GERAI NYAMAI! πŸŒΎπŸ“βœ¨

Pihak Sekolah Menengah Teknik Sejingkat ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak buat seluruh masyarakat Dayak, khususnya kepada seluruh warga SMTS yang menyambutnya.

Semoga sambutan pesta menuai pada tahun ini membawa limpahan rezeki, keharmonian, kedamaian, dan kesihatan yang berpanjangan buat kita semua. Bagi anak-anak pelajar, jadikan semangat kebersamaan ini sebagai inspirasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Jangan lupa untuk jaga keselamatan diri dan kesihatan sepanjang musim perayaan ini.

Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa. Oohaa! 🌾

---
Sekolah Menengah Teknik Sejingkat | Bersama Membina Masa Depan









27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H/2026M: MENGHAYATI ERTI PENGORBANAN, MENZAHIRKAN KETAKWAAN πŸŒ™βœ¨

27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H

Sempena ketibaan hari raya korban yang penuh barakah, pihak pentadbiran dan seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Sejingkat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam, khususnya kepada seluruh warga sekolah.

Hari Raya Aidiladha mendidik kita tentang erti keikhlasan, ketaatan, dan pengorbanan yang sebenar. Semoga penghayatan ibadah korban ini menyuntik semangat kesungguhan yang tinggi dalam diri kita semua, terutamanya buat anak-anak pelajar dalam menuntut ilmu demi masa depan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta. Harapan pihak sekolah agar semua sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh cuti perayaan dan Cuti Pertengahan Tahun ini. πŸ•‹πŸ‘

Fly Kenyalang Fly, Fly High! πŸ¦…βœ¨

---

Sekolah Menengah Teknik Sejingkat | Bersama Membina Masa Depan








Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Lorong Demak Indah 5A1
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00