23/09/2026
MAJLIS APRESIASI PELAJAR CEMERLANG 2026 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEJINGKAT 🏆✨
Awan berarak berlagu tenang,
Jatuh gerimis di hujung taman;
Langkah diatur jemputan dijulang,
Hadirnya Tuan membawa keberkatan.
Dengan penuh rasa bangga dan sukacitanya, Sekolah Menengah Teknik Sejingkat menjemput seluruh warga sekolah, ibu bapa, serta jemputan khas untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Tahun 2026 bagi meraikan pencapaian dan usaha gigih anak-anak didik Tingkatan 5 yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
Majlis ini akan diadakan seperti butiran berikut:
📅 Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 Pagi
📍 Tempat: Dewan Integrasi SMTS
Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen P193 Santubong, Sarawak.
Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam menyemarakkan lagi semangat kesungguhan serta kejayaan para pelajar. Jumpa nanti! 🌟🎓
—
Sekolah Menengah Teknik Sejingkat | Bersama Membina Masa Depan