Kolej Komuniti Kuching

Kolej Komuniti Kuching Laman Facebook Rasmi Kolej Komuniti Kuching, Kementerian Pendidikan Tinggi Menawarkan kursus Sijil Teknologi Senibina dan Sijil Fesyen dan Pakaian.

Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Penafian:
KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman facebook Kolej Komuniti Kuching ini. Instagram : https://www.instagram.com/kolejkomunitikuching

Twitter : https://twitter.com/kkkuching

Tiktok : tiktok.com/

πŸŽ“ ANAK ISTIMEWA, MASA DEPAN LUAR BIASA! πŸŽ“πŸ“’ Pengambilan Pelajar Baharu Sesi II 2026/2027 Kini Dibuka!πŸ—“ Kemasukan: 23 Nove...
23/09/2026

πŸŽ“ ANAK ISTIMEWA, MASA DEPAN LUAR BIASA! πŸŽ“

πŸ“’ Pengambilan Pelajar Baharu Sesi II 2026/2027 Kini Dibuka!

πŸ—“ Kemasukan: 23 November 2026

Adakah anak anda seorang OKU (Masalah Pembelajaran) yang mempunyai minat dalam bidang jahitan, kraftangan dan kemahiran kreatif?
✨ Sijil Khas Jahitan Kreatif di Kolej Komuniti Kuching menawarkan peluang pembelajaran berasaskan kemahiran dalam suasana yang mesra, praktikal dan sesuai dengan keupayaan pelajar.
🌟 Mengapa memilih Sijil Khas Jahitan Kreatif?
βœ… Latihan kemahiran secara hands-on
βœ… Pembelajaran dalam kumpulan kecil dan kondusif
βœ… Membina keyakinan diri dan kemahiran hidup
βœ… Peluang menjana pendapatan melalui kemahiran jahitan dan kraftangan
βœ… Pensyarah berpengalaman dan prihatin

πŸ† Kebanggaan Kolej Komuniti Kuching!
Pelajar Sijil Khas Jahitan Kreatif telah mengharumkan nama kolej dengan memenangi Pingat Emas menerusi inovasi Greenova Tote Bag di International Agrifood and Biotechnology Festival @ Special Education Needs (iFAMB@SEN2026).

πŸ“š Antara kemahiran yang dipelajari:
🧡 Asas Pengendalian Mesin Jahit
🧡 Jahitan Kreatif & Kraftangan
🧡 Sulaman Benang & Manik
🧡 Hiasan Dalaman
🧡 Langsir Standard & Eyelet
🧡 Set Cadar
🧡 Penggunaan Bahan Kitar Semula Tekstil

πŸ“Œ Syarat Kemasukan
βœ”οΈ Menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
βœ”οΈ Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
βœ”οΈ Tamat Sekolah Menengah
πŸ’¬ "Tidak kira di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir."

πŸ“² Mohon sekarang:
Portal Ambilan POLYCC
☎️ Untuk pertanyaan lanjut:
Kolej Komuniti Kuching
πŸ“ž 082-313321







JELAJAH BULAN LITERASI KEWANGAN 2026@KKKGJom warga dan  para pelajar Kolej Komuniti Kuching, dijemput hadir ke program J...
23/09/2026

JELAJAH BULAN LITERASI KEWANGAN 2026@KKKG

Jom warga dan para pelajar Kolej Komuniti Kuching, dijemput hadir ke program Jelajah Bulan Literasi Kewangan, anjuran Bank Negara Malaysia di Dewan Serbaguna, KKKG pada pukul 2.00 hingga 5.00 petang ini.

Sama-sama kita manfaatkan program ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan kita berkaitan pengurusan kewangan yang baik.





LensaKSU KPT santuni warga KKKGKuching, 17 September 2026- Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk ...
17/09/2026

Lensa
KSU KPT santuni warga KKKG

Kuching, 17 September 2026- Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim menyantuni warga Kolej Komuniti Kuching sempena lawatan kerja beliau di sini pagi tadi.

Turut hadir YBhg Datin Hajah Murni Muda; Ketua Penolong Setiausaha Unit Politeknik dan Kolej Komuniti, Bahagian Pembangunan KPT, Noraini Ahmad; Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Amirrudin Samsudin; Pengarah Kolej Komuniti Sarikei, Norasmah Jaafar; Pengarah Kolej Komuniti Santubong, Abdullah Latep Mustapha; Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, Esstree Ishak; Pengarah Kolej Komuniti Betong, Andrew Douglas Gudam; Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Mohamad Sobri Suhaili, Timbalan Pengarah Pengurusan KKKG Elfy Fariza Sharkawi; Timbalan Pengarah Akademik KKKG Nurul Hidayah Yussof dan rombongan Kolej Komuniti Temerloh, Pahang.






Kuching, 16 September 2026- Pelajar Kolej Komuniti Kuching (KKKG) memanfaatkan Program Bicara Bakti Negara: Teladan Perj...
17/09/2026

Kuching, 16 September 2026- Pelajar Kolej Komuniti Kuching (KKKG) memanfaatkan Program Bicara Bakti Negara: Teladan Perjuangan, Inspirasi Generasi dengab menzahirkan rasa cinta kepada negara dan menyemai semangat patriotisme dalam diri. Selepas selesai Bicara Bakti Negara, para pelajar turut berkunjung ke Pameran Sempena Hari Malaysia 2026.

Selepas mendengar perkongsian maklumat daripada mantan prajurit negara di harap para pelajar akan lebih kental, berani dan dapat menjaga benteng negara dripada dicerobohi anasir-anasir jahat.





# Dewan pkj. di atas

Kuching, 16 September 2026- Pengarah Kolej Komuniti Kuching hadir ke Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di...
17/09/2026

Kuching, 16 September 2026- Pengarah Kolej Komuniti Kuching hadir ke Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Borneo Convention Centre Kuching.

Tetamu kehormat majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"





15/09/2026

Dari Bumi Kenyalang, kita raikan bersama Sambutan Hari Malaysia yang dibina atas kepelbagaian, persaudaraan dan semangat kebersamaan. Berbeza budaya, kaum, bahasa, agama dan latar belakang, namun kita tetap berdiri di bawah satu nama β€” Malaysia.

Menjelang Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) esok, 16 September 2026, ayuh sama-sama kita hayati video terbitan Jabatan Penerangan Malaysia ini. Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita, kerana Malaysia bukan sekadar sebuah negara, tetapi rumah yang kita kongsi bersama. Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmat.






15/09/2026
SIARAN LANGSUNG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SARAWAK 2026πŸ“… 13 September 2026πŸ•£ 1.30 petangπŸŽ“ Sidang ...
13/09/2026

SIARAN LANGSUNG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SARAWAK 2026

πŸ“… 13 September 2026
πŸ•£ 1.30 petang
πŸŽ“ Sidang 4

Saksikan siaran langsung melalui pautan di bawah:

https://youtube.com/live/pyAVOxQO45s?feature=share

Jom bersama-sama meraikan semua graduan POLYCC Zon Sarawak dengan menyaksikan detik istimewa ini! πŸŽ“βœ¨





SIDANG 4πŸŽ“ Majlis Konvekesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sar...

SIARAN LANGSUNG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SARAWAK 2026πŸ“… 13 September 2026πŸ•£ 2.00 petangπŸŽ“ Sidang ...
13/09/2026

SIARAN LANGSUNG MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SARAWAK 2026

πŸ“… 13 September 2026
πŸ•£ 2.00 petang
πŸŽ“ Sidang 4

Saksikan siaran langsung melalui pautan di bawah:
https://youtube.com/live/pyAVOxQO45s?feature=share

Jom bersama-sama meraikan semua graduan POLYCC Zon Sarawak dengan menyaksikan detik istimewa ini! πŸŽ“βœ¨





SIDANG 4πŸŽ“ Majlis Konvekesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sar...

Address

Jalan Sultan Tengah
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Kuching:

Shortcuts

Share