22/09/2026
Sambutan Hari Malaysia di TADIKA SeDidik Jepak II (Zon Bintulu) disajikan dengan pelbagai pengisian acara menarik antaranya Nyanyian Lagu Kebesaran Sarawak dan Malaysia, Pertandingan bertemakan Hari Malaysia iaitu membuat dan memperagakan Topi Kreatif dan Membuat Capan secara kreatif menggunakan jari tangan dan bahan terpakai.
Majlis yang berlangsung pada Jumaat melibatkan seramai 50 orang warga TADIKA tersebut.
Sementara itu, bertempat di Dewan Pusat Komuniti Assyakirin Fasa 3 Bintulu, berjaya menghimpunkan seramai 73 orang warga TASKA SeDidik Kidurong (Zon Bintulu) Sempena Sukaneka dan Hari Keluarga.
Pelbagai pengisian acara menarik antaranya Zumba yang dipimpin oleh Team Egret Aerodance Club, Pertandingan Pilih Aku atau Dia, Bola Berjalan, Pom Pom Mania, Boom Race Stick, Open and Close, Basket Boom, Ayu tapi Laju, Lari Setempat, Belon Kasih Sayang dan Debu Debu Cinta.
Puan Azila binti Kamis - Penyelia SeDidik Zon Bintulu hadir sama menyerikan majlis yang berlangsung pada Sabtu.
Teruskan Menyokong SeDidik Sarawak.
Admin: Rajesh Basri
Sumber: Cikgu Roselind dan Cikgu Odilia