Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Kuching.

28/09/2026
28/09/2026

𝐈𝐬𝐭𝐒π₯𝐚𝐑 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒

Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.



28/09/2026

Bahasa akan terus hidup kerana kita memilih untuk peduli.


Pengarah dan seluruh karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli ke...
28/09/2026

Pengarah dan seluruh karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham YBrs. Dr. Safian bin Hussain, mantan karyawan DBP.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi saat duka.

Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun...
28/09/2026

Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali, isteri kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

KUCHING, 28 September 2026 (Isnin) – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah mengadakan Sesi Amanat Mantan...
28/09/2026

KUCHING, 28 September 2026 (Isnin) – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah mengadakan Sesi Amanat Mantan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Tuan Haji Khalid bin Ahmad, bersama Ahli Pengurusan DBP Cawangan Sarawak di Bilik Mesyuarat DBP Cawangan Sarawak.

Tuan Haji Khalid bin Ahmad merupakan Pengarah DBP Cawangan Sarawak yang kelima dan pernah menerajui DBP Cawangan Sarawak mulai 1 Oktober 1995 hingga 29 Januari 2000.

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi nasihat, pandangan dan pengalaman berkaitan pelaksanaan tugas, selain menyentuh perkara yang perlu diberikan perhatian dan dipertingkatkan dalam usaha memperkukuh pengurusan serta perkhidmatan DBP Cawangan Sarawak.

Semoga segala amanat dan perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebagai panduan serta dorongan kepada Ahli Pengurusan DBP Cawangan Sarawak dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Tahniah diucapkan kepada Encik Jaya anak Ramba, penerima Anugerah Penulis Buku Terbaik (Kategori Borneo) dalam Majlis Pe...
28/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Encik Jaya anak Ramba, penerima Anugerah Penulis Buku Terbaik (Kategori Borneo) dalam Majlis Penyampaian Anugerah Buku Borneo pada 27 September 2026 di Kota Kinabalu, Sabah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Terbaik Buku Premier Sarawak 2024/2025 bagi kategori Ter...
28/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Terbaik Buku Premier Sarawak 2024/2025 bagi kategori Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan kategori Terbitan Luar atas pengiktirafan yang diterima.

Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada para penulis, pengkaji dan penerbit untuk terus menghasilkan karya bermutu serta memperkaya khazanah perbukuan di Sarawak.

Tahniah dan syabas!



PUISI | Tidak Terkekang, karya Kho Thong EngPuisi ini disiarkan dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa 28 September 2026 de...
28/09/2026

PUISI | Tidak Terkekang, karya Kho Thong Eng

Puisi ini disiarkan dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa 28 September 2026 dengan kerjasama Utusan Borneo.

RENCANA | Jais Sahok menghayati pementasan Peta 63 dengan menyoroti konflik gagasan pembentukan Malaysia serta kekuatan ...
28/09/2026

RENCANA | Jais Sahok menghayati pementasan Peta 63 dengan menyoroti konflik gagasan pembentukan Malaysia serta kekuatan unsur dramatik yang membentuk keseluruhan persembahan, termasuk skrip, dialog, prop, muzik dan penghayatan watak.

β€”-
Rencana ini disiarkan dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa 28 September 2026 dengan kerjasama Utusan Borneo.

2026-09-28T08:25:05+08:00 September 28, 2026, Isnin - 8:25am Oleh: Jais Sahok Pengenalan TEATER PETA 63 dipertontonkan kepada khalayak pada 21, 22 dan 23 September 2026 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Teater ini dipersembahkan untuk tontonan sebagai Teater Perdana, sempen...

Address

Jalan Tun Abdul Rahman Yakub
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak:

Shortcuts

Share