SMK Sri Matang

SMK Sri Matang Sebuah sekolah di kaki gunung serapi.untuk makluman buat masa ini talian telefon kami rosak dan tidak dapat dihubungi sehingga makluman lanjut.

🌟 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KEPADA MURID BAGI PROGRAM GEMPUR HADIR DAN KEHADIRAN 100% MURID KE SEKOLAH“Hadir S...
22/09/2026

🌟 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KEPADA MURID BAGI PROGRAM GEMPUR HADIR DAN KEHADIRAN 100% MURID KE SEKOLAH

“Hadir Setiap Hari, Cemerlang Prestasi”

Tarikh : 22 September 2026
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SMK Sri Matang
Masa : 7.10 am

Objektif:
⏩Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan hadir ke sekolah setiap hari.
⏭Menggalakkan kehadiran murid secara konsisten dan berterusan.
⏩Mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah.
⏭Memberi penghargaan kepada murid yang mencapai kehadiran 100%.
⏩Mewujudkan budaya sekolah yang mengutamakan disiplin, tanggungjawab dan kecemerlangan.

Impak:
⏭Peningkatan peratus kehadiran murid.
⏩Pengurangan kes ponteng dan ketidakhadiran tanpa sebab.
⏭Murid lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran.
⏩Motivasi murid untuk hadir ke sekolah secara konsisten meningkat.

Tahniah kepada semua penerima sijil dan hadiah🌟🌟🌟

😷AGIHAN PELITUP MUKA (FACE MASK) SEMASA BENCANA JEREBU🗓️Tarikh: 18.09.2026 (Jumaat)⏰Masa: 7.00 pagi📍Tempat: Kelas masing...
19/09/2026

😷AGIHAN PELITUP MUKA (FACE MASK) SEMASA BENCANA JEREBU

🗓️Tarikh: 18.09.2026 (Jumaat)
⏰Masa: 7.00 pagi
📍Tempat: Kelas masing-masing
👥Sasaran: Semua murid, guru dan AKP

[S3: Aspek 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid]
[S3: Aspek 3.3.4: Pengurusan Kesihatan Murid]

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padawan atas agihan pelitup muka kepada pihak sekolah bagi kegunaan warga sekolah sepanjang tempoh bencana jerebu. Pelitup muka tersebut telah diagihkan kepada semua murid, guru dan AKP.

OBJEKTIF
🎯Membekalkan pelitup muka kepada warga sekolah sebagai langkah perlindungan semasa jerebu.
🎯Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan semasa jerebu.

RUMUSAN
📝Pelitup muka telah diagihkan kepada semua murid, guru dan AKP. Setiap orang menerima 5 keping pelitup muka.
📝Guru mengingatkan murid supaya memakai pelitup muka apabila berada di luar dan menjaga kesihatan sepanjang tempoh jerebu.

IMPAK
🌟Warga sekolah mempunyai bekalan pelitup muka untuk kegunaan semasa jerebu.
🌟Meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang penjagaan kesihatan semasa jerebu.

TINDAK SUSUL
🔄Menggalakkan warga sekolah memakai pelitup muka mengikut keadaan dan keperluan.
🔄Memantau keadaan kesihatan dan kehadiran warga sekolah sepanjang tempoh jerebu.

📢 MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 🏫✨Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat kembali ke sekolah buat semua murid SM...
13/09/2026

📢 MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 🏫✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid SMK Sri Matang! 💙💛

🌟Dimaklumkan bahawa sekolah akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin, 14 September 2026.🌟

📍Jaga kesihatan, utamakan keselamatan dan hadir ke sekolah dengan penuh semangat! ❤️

Selamat kembali ke sekolah!
🌷 Berakhlak • Berilmu • Berjaya 🌷

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS! 🎉🥇🥈​Pasukan inovasi SMK Sri Matang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Johor Susta...
29/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS! 🎉🥇🥈

​Pasukan inovasi SMK Sri Matang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Johor Sustainable Innovation and Technology Competition (JSIT) 2026 Peringkat Kebangsaan.

​🥇 PINGAT EMAS (KUMPULAN)

​Projek: Eco Shell Bioplastic
​Guru Pembimbing: Cg. Lim Leh Hong

​Ahli Kumpulan:
​Afrina Humaira binti Arifin (4A)
​Melinda anak Abang (4A)
​Muhammad Khaleeff Ikhwan bin Khamarul (4A)
​Nur Arifa Mardiyya binti Ahmad Zatul Asha (4B)

​🥈 PINGAT PERAK (KUMPULAN)

​Projek: Aplikasi SWIMS Interact (Untuk Mengesan Pencemaran Air)
​Guru Pembimbing: Cg. Fifi Nurhaffiah binti Jemat

​Ahli Kumpulan:
​Awang Naufal Huzaife bin Awang Saini (2 Arif)
​Muhammad Hasif bin Awang Shahrin (2 Arif)
​Ivanry Son anak Mike Douglas (4 Arif)
​Muhammad Shafizul Danish bin Zuljizam (4 Bijak)

​🥈 PINGAT PERAK (INDIVIDU)

​Projek: Aplikasi SWIMS Interact (Untuk Mengesan Pencemaran Air)
​Guru Pembimbing: Cg. Fifi Nurhaffiah binti Jemat
​Penerima: Muhammad Hasif bin Awang Shahrin (2 Arif)

​Ikhlas daripada Warga SMK Sri Matang. 👏✨


📢 MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SELEPAS JEREBUAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kepada ibu bapa/penjaga mur...
23/08/2026

📢 MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SELEPAS JEREBU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada ibu bapa/penjaga murid SMK SRI MATANG

Merujuk kepada kenyataan rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), dimaklumkan bahawa SMK SRI MATANG akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin, 24 Ogos 2026.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

1. BALIK SEMULA KE ASRAMA

Murid-murid dikehendaki kembali ke asrama pada petang ini, Ahad, 23 Ogos 2026, sebelum jam 5.00 petang.

2. PEMAKAIAN

Ibu bapa/penjaga diminta memastikan anak-anak memakai pakaian batik sekolah semasa kembali ke asrama pada petang ini.

😷 Pemakaian pelitup muka amat digalakkan sebagai langkah menjaga kesihatan.

3. BARANG LARANGAN

Pastikan anak-anak tidak membawa sebarang barang larangan, khususnya telefon bimbit, ke asrama.

4. KEPERLUAN KESIHATAN

Ibu bapa/penjaga digalakkan membekalkan anak-anak dengan:
😷 Pelitup muka yang mencukupi
💧 Air mineral/air minuman
Ini bagi membantu anak-anak menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang berada di sekolah dan asrama.

5. PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa mempunyai kuasa autonomi untuk tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang tentang kesihatan akibat jerebu. Makluman perlu diberikan kepada guru kelas untuk rekod. Rujukan rasmi dan poster berkaitan kesihatan ketika jerebu boleh diakses melalui Info Sihat KKM dan portal NADMA.

Marilah kita bersama-sama mendidik dan membentuk disiplin anak-anak. Pematuhan terhadap peraturan bermula daripada didikan dan teladan kita sebagai ibu bapa di rumah.

6. MAKLUMAT TERKINI

Sebarang perubahan, arahan atau maklumat terkini berkaitan pengoperasian sekolah akan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa/penjaga amat dihargai demi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak-anak kita sentiasa terpelihara.

Sekian, terima kasih.

BARISAN PENGURUSAN
SMK SRI MATANG
23 Ogos 2026 | 12.00 tengah hari

Makluman untuk semua, notis penutupan sekolah.  Jadual PdPr boleh dirujuk melalui guru kelas masing-masing dalam kumpula...
20/08/2026

Makluman untuk semua, notis penutupan sekolah. Jadual PdPr boleh dirujuk melalui guru kelas masing-masing dalam kumpulan kelas.

📍HEBAHAN SEGERA📍PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DAN PELAKSANAAN PdPR AKIBAT JEREBUDimaklumkan bahawa semua sekolah di Daera...
20/08/2026

📍HEBAHAN SEGERA📍

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DAN PELAKSANAAN PdPR AKIBAT JEREBU

Dimaklumkan bahawa semua sekolah di Daerah Padawan diarahkan tutup mulai petang ini.

Sehubungan itu:

Semua murid akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Semua guru hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa untuk melaksanakan PdPR dari sekolah.

Maklumat lanjut berkaitan tempoh penutupan dan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Pengetua
SMK Sri Matang

📸 SOROTAN SUKANTARA SMK SRI MATANG 2026 🏃‍♀️🏃‍♂️TARIKH: 15 JULAI 2026HARI : RABUMASA : 2.00 - 430 PETANGTEMPAT: PADANG, ...
11/08/2026

📸 SOROTAN SUKANTARA SMK SRI MATANG 2026 🏃‍♀️🏃‍♂️

TARIKH: 15 JULAI 2026
HARI : RABU
MASA : 2.00 - 430 PETANG
TEMPAT: PADANG, SMK SRI MATANG

📸 Berikut dikongsikan sebahagian daripada aksi dan momen menarik sepanjang Sukantara 2026.

Tahniah dan syabas kepada semua murid serta warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan program ini! 👏🏅

Credit to : Cikgu Hazman bin Majri

   -11
11/08/2026


-11

Address

KM13 Jalan Matang
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sri Matang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Sri Matang:

Shortcuts

Share

Category