25/07/2026
π TAHNIAH & SYABAS! π
UNIMAS terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa!
Setinggi-tinggi tahniah kepada wakil Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang telah berjaya meraih *Naib Johan (Tempat Ke-2) dalam UK-MUC UM Sustainable Entrepreneurship Summer Programme 2026*, sebuah pertandingan dan program keusahawanan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan peserta dari United Kingdom, Malaysia dan China.
π Pemenang Tempat Ke-2:
*Clara anak Patrick*
Tahun 3, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM)
*Mohd Hazroy bin Ruding*
Tahun 3, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Kejayaan ini membuktikan keupayaan mahasiswa UNIMAS untuk bersaing di peringkat global melalui inovasi, kreativiti, penyelesaian masalah serta semangat keusahawanan lestari.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UNIMAS untuk terus mengorak langkah dan mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
Entrepreneurship Centre (UEC)
.ReImagine.Beyond