01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada seluruh warga Kolej Komuniti Santubong
31/05/2026
🌾 Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 🌾
Selamat menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak.
Semoga Hari Gawai membawa kegembiraan, kesihatan yang baik, keberkatan dan kemakmuran kepada semua.
Raikan perayaan ini dengan penuh kesyukuran, semangat perpaduan dan kebersamaan bersama keluarga serta insan tersayang.
Gayu Guru Gerai Nyamai
Ikhlas daripada:
Encik Abdullah Latep bin Mustapha
Pengarah
dan Seluruh Warga Kerja Kolej Komuniti Santubong
27/05/2026
🌙✨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨🌙
Semoga Aidiladha kali ini menghidupkan kembali makna pengorbanan, keikhlasan, kasih sayang dan ketakwaan dalam diri kita semua.
Buat para jemaah haji, semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Ikhlas daripada:
Encik Abdullah Latep bin Mustapha
Pengarah
dan Seluruh Warga Kerja Kolej Komuniti Santubong
22/05/2026
21 Mei 2026 | Dewan Besar SMK Sungai Tapang
Kolej Komuniti Santubong telah dijemput menyertai pameran sempena Program Karnival Pendidikan, TVET dan Kerjaya Peringkat Samarahan 2026 yang berlangsung di Dewan Besar SMK Sungai Tapang. Encik Khalid bin Sepawi, Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Santubong, telah mewakili kolej dalam program tersebut.
Penyertaan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan, laluan TVET serta prospek kerjaya yang ditawarkan, di samping berkongsi maklumat berkaitan program pengajian di Kolej Komuniti Santubong.
Semoga program seperti ini dapat membantu para pelajar membuat pilihan pendidikan dan kerjaya yang lebih tepat demi masa depan yang cemerlang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas jemputan.
21/05/2026
Jom Masuk ke Kolej Komuniti Santubong! 🎉
📣 SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) SESI I 2026/2027 TELAH DIBUKA! 🎓✨
Tahniah kepada semua calon yang telah memohon melalui UPUOnline! Kini tiba masa untuk menyemak keputusan kemasukan anda ke Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC) bagi Sesi I 2026/2027.
✅ Calon berjaya
Sila buat Pengesahan Setuju Terima Tawaran mengikut tempoh yang ditetapkan.
❗ Calon tidak berjaya
Jangan putus asa! Anda masih berpeluang membuat Permohonan Rayuan bermula 25 Mei 2026 di portal https://ambilan.mypolycc.edu.my
🗓️ Tarikh semakan keputusan:
22 Mei 2026 (Jumaat)
🕛 Mulai jam 12.00 tengah hari
🔗 Semakan keputusan boleh dibuat melalui:
• http://upu.mohe.gov.my
• Portal IPT berkaitan
💡 Masa depan bermula dengan pilihan yang tepat. Jadikan POLYCC sebagai langkah pertama menuju kemahiran, ilmu dan kerjaya impian anda.
21/05/2026
NANTIKAN ❗️
❗️ESOK❗️
NANTIKAN ❗️
❗️ESOK❗️
📣 Perhatian adik-adik lepasan SPM!
Debaran penantian bakal berakhir apabila keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi bagi Sesi Akademik 2026/2027 mula diumumkan ESOK❗️🥰
🗓️ 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Bermula jam 12.00 tengah hari
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang diimpikan buat semua calon ✨
Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
BKPA UPU
18/05/2026
Kursus Asas Keusahawanan & Inovasi TVET bersempena Karnival PSH, TVET & Keusahawanan KK Santubong 2026
Tenaga pengajar: Encik Wan Hazel
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan sokongan kepada kolej. Semoga semua beroleh ilmu & kemahiran yang bermanfaat.
18/05/2026
Kursus Asas Strategi Pemasaran Digital bersempena Karnival PSH, TVET & Keusahawanan KK Santubong 2026
Tenaga pengajar: Puan Azreen binti Ayub (Politeknik Kuching Sarawak)
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan sokongan kepada kolej. Semoga semua beroleh ilmu & kemahiran yang bermanfaat.