21/04/2026
Berita Baik ‼️‼️
Program Training On Demand (TOD) Kembali lagi Di Giatmara Kota Samarahan di Hujung Minggu Anda 🤗🌹
Berminat Boleh Hubungi No Telefon Yang Tertera Atau Boleh Daftar Di Link :
https://forms.gle/YyEKNrUZaX5fRzbE6
Tempat Adalah Terhad !!
14/04/2026
🚨 PELUANG KERJAYA MENANTI ANDA! 🚨
🔥 JADI TENAGA PENGAJAR GIATMARA NEGERI SARAWAK 🔥
Anda ada kemahiran? Pengalaman? Minat mengajar?
💥 Inilah peluang anda untuk melangkah lebih jauh dalam dunia TVET!
📢 Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:
🎯 KUMPULAN PERKHIDMATAN: Pengajar
📌 GRED: GP29
📄 STATUS: Kontrak
🔧 BIDANG KURSUS:
🚗 Teknologi Automotif
🏍️ Teknologi Motosikal
⚡ Pendawai Elektrik
❄️ Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
💻 Teknologi Sistem Komputer
✨ SYARAT KELAYAKAN:
✔ Warganegara Malaysia
✔ Berumur 23 tahun ke atas & sihat tubuh badan
✔ Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
✔ Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia & Sijil VTO/TVET
✔ Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan
✔ Mempunyai pengetahuan IT & mahir Microsoft Office
✔ Komited, bertanggungjawab & mampu bekerja dengan pengawasan minima
📩 CARA MEMOHON:
Hantar permohonan lengkap bersama resume & salinan sijil ke:
📧 [email protected]
atau pos ke:
📍 Pengarah
GIATMARA Negeri Sarawak
No. 15C, Tingkat 2
Kompleks MARA Satok Parade
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
📅 Tarikh Tutup: 24 April 2026
⚡ Jangan tunggu peluang datang… ANDA yang kena rebut peluang ini!
💪 Jom jadi sebahagian daripada tenaga pengajar yang membentuk masa depan generasi mahir negara!
13/04/2026
🔥 5 HARI LAGI! 🔥
Debaran makin terasa!
Karnival Pendidikan MARA 2026 kini semakin hampir dan bakal membuka peluang masa depan anda! 🚀
📍 Siri 3
🗓 18 – 19 April 2026
Jangan lepaskan peluang untuk hadir di lokasi berikut:
📌 Sarawak – CityOne Megamall, Kuching
✨ Pelbagai institusi pendidikan MARA menanti anda!
✨ Info pengajian, peluang kerjaya & masa depan lebih cerah!
🎯 GIATMARA juga akan berada di lokasi tersebut!
Datanglah berjumpa kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus kemahiran yang ditawarkan 💪
🤝 Kami tunggu anda di sana! Jangan lepaskan peluang ini!
💡 Jom jadi sebahagian daripada Destinasi Ilmu, Inspirasi Global!
20/03/2026
✨ Salam Aidilfitri 1447H / 2026M ✨
Daripada seluruh Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga kerja, pelatih, rakan strategik serta masyarakat.
Kalau ada tersilap kata, terlebih gurau, atau WhatsApp lambat reply 😄, harap dimaafkan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat jangan lupa beraya!
Semoga Syawal ini penuh kegembiraan, rezeki melimpah dan hubungan kita makin erat 🤝
**Ikhlas daripada,
Seluruh Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak** 🌙✨
18/03/2026
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙
Syawal menjelma, hati kembali bersih, ukhuwah dieratkan, kasih disemai.
Di hari yang penuh keberkatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan atas segala kekhilafan.
Raikan kemenangan dengan senyuman,
Hiasi pertemuan dengan kemaafan,
Indahkan Syawal dengan penuh kesyukuran.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna, sejuta kenangan dan keberkatan yang berpanjangan buat kita semua. ❤️
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
17/03/2026
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
17/03/2026
Majlis Khatamal Al-Quran yang telah dijalankan di GIATMARA Saratok pada 12 Mac melibatkan seluruh Pusat GIATMARA Sarawak secara bersemuka dan atas talian.
Syukur alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih tuan rumah yang dah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Saratok
Sebelum pelaksanaan majlis ini, atas inisiatif tuan Pengarah sendiri semua pusat telah melaksanakan tadarus al-quran secara beramai-ramai dan berkumpulan sepanjang bulan Ramadan ini.
InsyaAllah, program ini akan diteruskan di masa akan datang. Semoga dengan adanya program tadarus ini, anggota kerja dan pelatih berpeluang untuk memperbaiki/menambahbaik tahap bacaan Al-Quran masing-masing.
17/03/2026
Juh OOTD ktk orang di GIATMARA Stampin raya tok.. Book slot whatsapp nombor di iklan k..
Confirm puas hati 😍
11/03/2026
Program Semarak Kasih Ramadan 1447 Hijrah GIATMARA Negeri Sarawak bertempat di GIATMARA Saratok pada 11 Mac 2026. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berkongsi rezeki bersama komuniti setempat.
Antara pengisian program adalah agihan bubur lambuk dan serahan sumbangan bakul makanan kepada pelatih transit GIATMARA Saratok.