31/08/2025
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH 2025
SESI PENYAMPAIAN HADIAH (Bahagian 1)
Warga SK Beradek mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semua murid yang telah melibatkan diri sepanjang Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Penglibatan aktif murid sangat membanggakan pihak sekolah dan kami berharap semoga murid akan terus mengekalkan semangat ini demi untuk kejayaan murid sendiri.
Tahniah juga kepada Ketua Penyelaras Program, Cikgu Mohamad Azrul bin Abdul Rahim dan Cikgu Garry ak Tomik yang telah merancang dan mengendalikan program ini dengan jayanya.
Terima kasih kepada warga pendidik SKB, guru-guru KAFA, PIBG, AKP sekolah, pekerja swasta, dan ibubapa yang telah membantu dan memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program ini dilaksanakan. Semoga semangat perpaduan di antara kita akan sentiasa berkekalan demi untuk anak bangsa kita. 👏👏❤️❤️❤️
TARIKH : 28.8.2025
HARI : KHAMIS