19/07/2026
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐)
Program Remote Outreach and Accessibility merupakan inisiatif kolaborasi strategik antara Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam usaha memperkukuh perkongsian ilmu, kepakaran serta pembangunan akademik selaras dengan aspirasi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Program ini bertujuan memperluas akses kepada pendidikan dan teknologi melalui pendekatan pembelajaran yang inklusif, interaktif serta mesra pengguna kepada pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan. Antara pengisian utama ialah sesi perkongsian kepakaran dan latihan amali (hands-on) yang memberi pendedahan kepada aplikasi ilmu dalam situasi sebenar, sekali gus meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar.
Program ini turut melibatkan delegasi daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Asnul Hadi bin Ahmad, bersama Ts. Dr. Azri bin Alias, Pensyarah Kanan merangkap Pengarah Kanan (Perkhidmatan dan Pembangunan Fasiliti), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif serta Encik Danial bin Mohamed, Pegawai Sains, Pusat Teknologi Industri Termaju. Kehadiran delegasi ini telah menyumbang kepada perkongsian kepakaran yang memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran para pelajar.
Dikendalikan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Kuching Sarawak, program ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi, di samping melahirkan pelajar yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi yang sentiasa berkembang.