27/08/2026
π MINI PSKPP SK MUARA TEBAS 2026 π
β¨ RIADAH β’ KEKITAAN β’ KECERGASAN β’ KESEJAHTERAAN β¨
Sekitar Mini PSKPP 2026 SK Muara Tebas yang telah dilaksanakan pada 24 Ogos 2026 bertempat di Riverside Superbowl dengan penglibatan semua guru SK Muara Tebas. π³
Aktiviti bowling ini bukan sekadar menguji kemahiran dan ketepatan, malah menjadi platform untuk warga sekolah meluangkan masa bersama dalam suasana santai dan menyeronokkan. Aktiviti seperti ini turut memberi peluang kepada guru untuk beriadah, berinteraksi serta mengeratkan hubungan silaturahim di luar suasana tugas harian.
π Semoga pelaksanaan Mini PSKPP 2026 ini terus menyemarakkan semangat kekitaan, kerjasama dan kesejahteraan dalam kalangan warga SK Muara Tebas serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif, mesra dan harmoni.
Terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah mengambil bahagian! π³π