SMK SERI SETIA KUCHING

SMK SERI SETIA KUCHING SMK SERI SETIA yang dahulunya dikenali SMK Bandar Kuching No. 2.

15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾🇲🇾

Ikhlas daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, kami mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua.

Semoga semangat perpaduan yang kita bina terus diperkukuh dengan nilai persefahaman, saling menghormati dan kebersamaan yang utuh, agar kepelbagaian yang kita miliki menjadi kekuatan dalam memacu kemajuan negara.

Semoga juga semangat cintakan tanah air sentiasa subur, menyatukan hati dan tekad kita ke arah Malaysia yang lebih gemilang.

Marilah kita bersama-sama memperkasa pendidikan sebagai asas kecemerlangan, menyemai inspirasi dalam setiap generasi, serta berganding bahu membina masyarakat berilmu, berdaya saing dan bersatu padu demi masa depan negara yang lebih cemerlang dan sejahtera.

“PPD Kita, Tanggungjawab Kita”

Ikhlas Daripada;
Dr. Majelan bin Sulong
dan seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama mensyukuri keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang kita nikmati sebagai rakyat Malaysia.

Kepelbagaian bangsa, budaya, agama dan latar belakang merupakan kekuatan yang menyatukan kita. Dengan semangat Segulai Sejalai, marilah kita terus memupuk rasa hormat, kebersamaan dan tanggungjawab dalam membina negara yang aman, inklusif dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Semoga semangat perpaduan terus subur dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada
Pengetua dan seluruh warga
SMK Seri Setia, Kuching, Sarawak

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Segulai Sejalai



13/09/2026

UCAPAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
(14-18 SEPTEMBER 2026)

Assalamualaikum wbt dan salam hormat ditujukan khas kepada seluruh warga pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Dengan penuh rasa syukur dan harapan yang tinggi, saya dan seluruh warga PPD Kuching mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Kembali Bertugas kepada semua barisan Pengurusan Sekolah, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta anak-anak murid di seluruh sekolah di daerah Kuching.

Sesungguhnya, cabaran yang telah dilalui sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) pada minggu ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, kesungguhan, ketabahan dan komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan bahawa warga pendidikan Kuching sentiasa cekal dan berjiwa besar dalam memastikan pendidikan terus berjalan tanpa henti. Anda semua adalah nadi kekuatan sistem pendidikan kita.

Dalam kita melangkah kembali ke sekolah, marilah kita terus meningkatkan semangat kita dengan motivasi, disiplin dan iltizam untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.

Kepada anak-anak murid, jadikan setiap hari di sekolah sebagai peluang untuk belajar, berkembang dan membina masa depan yang gemilang.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga serta PIBG/PIBKS atas kerjasama yang erat, padu dan berterusan.

Sokongan anda semua amat besar maknanya dan menjadi tunjang penting dalam membantu melancarkan segala urusan serta kejayaan pendidikan di sekolah. Kalian adalah kekuatan semangat kami, kalian juga adalah nyala motivasi kami.

Dalam masa yang sama, seluruh warga sekolah dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri.

Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, membawa bekalan air kosong secukupnya, serta menjaga kesihatan diri setiap masa.

Kepada pihak Pengurusan Sekolah dan semua guru, teruskan peranan sebagai pemimpin dan pembimbing dengan memastikan SOP pengurusan jerebu dipatuhi sepenuhnya, demi kesejahteraan dan keselamatan semua warga sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama melangkah dengan penuh keyakinan, memperkukuh kerjasama dan terus menyemarakkan semangat pendidikan demi anak bangsa tercinta.

Kebersamaan kita semua adalah kekuatan kita. PPD ini adalah PPD kita bersama.

“PPD Kita, Tanggungjawab Kita”
PPD Kuching, BITARA Sentiasa

Ikhlas Daripada;
Dr. Majelan bin Sulong & seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
13 September 2026

Address

Jalan Setia Raja
Kuching
93350

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6082362325

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SERI SETIA KUCHING posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK SERI SETIA KUCHING:

Shortcuts

Share

Category