13/09/2026
LAPORAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) SK SANTUBONG
Tempoh: 7 β 11 September 2026 (Isnin β Jumaat)
β
Standard 1: Kepimpinan
Aspek 1.1: PGB sebagai Peneraju
Aspek 1.1.1:
Guru Besar bertindak sebagai peneraju jawatankuasa pengurusan keselamatan dengan mengarahkan pelaksanaan taklimat pengurusan PdPR, menetapkan dasar sekolah yang selamat serta mengambil tindakan segera untuk menutup sekolah berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sekiranya bacaan mencapai 200.
β
Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek 2.1: Pengurusan Sumber Manusia dan Aspek 2.4: Pengurusan Sumber Pendidikan
Aspek 2.1.1:
PKP menyelaras jadual pelaksanaan PdPR bagi setiap kelas dan seterusnya berkongsi jadual tersebut kepada semua guru kelas untuk dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp.
Guru mata pelajaran menggunakan pelantar DELIMa dalam melaksanakan PdPR, antaranya melalui kelas dalam talian menggunakan Google Meet (GM) serta membina kuiz menggunakan aplikasi dalam talian seperti Kahoot, Quizizz dan Google Forms.
β
Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM)
Aspek 3.1: Pengurusan Kurikulum
Aspek 3.1.2:
Guru mata pelajaran merancang penyediaan RPH dan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan pelaksanaan PdPR. Pelaksanaan kelas dalam talian menggunakan Google Meet (GM).
β
Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Aspek 4.1, 4.2, 4.3, 4.4, 4.5 dan 4.6:
Guru sebagai Perancang, Pendorong, Pembimbing, Pengawal dan Penilai serta Murid sebagai Pembelajar Aktif.
Aspek 4.1.1, 4.2.1, 4.3.1, 4.4.1 dan 4.5.1:
Guru mengingatkan semua murid untuk menyertai Google Meet (GM), sekiranya ada, mengikut jadual PdPR yang telah ditetapkan. Guru turut memastikan murid menghantar tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, guru memantau dan membimbing murid dalam melaksanakan latihan, mendorong murid supaya berani menjawab soalan serta memberikan pujian dan penghargaan kepada murid yang komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
β
Standard 5: Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah
Aspek 5.1.3: Pencapaian Murid dalam Akademik
Memastikan murid kekal berdisiplin dan mengikuti pembelajaran walaupun berada di rumah, di samping memastikan kelangsungan akademik murid tidak terjejas atau berlaku keciciran sepanjang tempoh krisis jerebu.
π Nama Program / Aktiviti:
Laporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semua guru SK Santubong sepanjang minggu PdPR.
π Perincian Program
Tarikh: 7 β 11 September 2026
Hari: Isnin β Jumaat
Masa: Mengikut agihan masa dalam jadual PdPR bagi setiap tahun
Tempat: Rumah murid masing-masing
Penglibatan
1. Semua guru mata pelajaran
2. Semua murid
π Objektif
β’ Memastikan murid terus mendapat akses kepada bahan pembelajaran yang bersesuaian sepanjang tempoh PdPR.
β’ Menyediakan kaedah pembelajaran yang fleksibel berdasarkan keupayaan dan kemudahan yang dimiliki oleh murid.
β’ Memastikan guru dapat memantau perkembangan pembelajaran murid serta mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi.
β’ Mewujudkan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa bagi memastikan pembelajaran dari rumah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
π Rumusan
1. Guru menyediakan bahan pembelajaran dalam pelbagai bentuk seperti nota, video, lembaran kerja dan aktiviti pengukuhan mengikut kesesuaian mata pelajaran.
2. Arahan tugasan diberikan secara terancang dengan mengambil kira tempoh masa dan keupayaan murid untuk menyiapkan aktiviti dari rumah.
3. Komunikasi antara guru, murid dan ibu bapa dilaksanakan secara berkala bagi menyampaikan maklumat berkaitan pembelajaran dan tugasan.
4. Guru membuat semakan terhadap hasil kerja murid untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan keperluan bimbingan lanjut.
5. Murid digalakkan mengurus masa pembelajaran sendiri serta menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
π Impak
1. Pembelajaran murid dapat diteruskan walaupun terdapat perubahan terhadap rutin persekolahan akibat keadaan jerebu.
2. Guru dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaran berdasarkan keperluan dan tahap penguasaan murid.
3. Hubungan dan komunikasi antara guru, murid serta ibu bapa dapat diperkukuh melalui pemantauan pembelajaran dari rumah.
4. Murid berpeluang membina sikap bertanggungjawab dan berdikari dalam mengurus tugasan pembelajaran.
5. Guru dapat mengenal pasti tahap penglibatan dan penguasaan murid berdasarkan hasil tugasan yang dihantar.
π Tindak Susul
1. Guru menyediakan bahan pembelajaran alternatif bagi murid yang mempunyai kekangan peranti atau capaian internet.
2. Guru melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pemulihan berdasarkan kelemahan yang dikenal pasti melalui hasil tugasan murid.
3. Guru membuat pemantauan berterusan terhadap murid yang kurang memberikan respons atau tidak menghantar tugasan.
4. Ibu bapa diberikan makluman secara berkala berkaitan perkembangan dan penglibatan anak dalam PdPR.
5. Guru menambah baik perancangan PdPR berdasarkan maklum balas dan pengalaman pelaksanaan sepanjang tempoh krisis jerebu.
Laporan disediakan oleh:
Nur Fatini Binti Ahmad Shukri
Setiausaha Kurikulum SK Santubong
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching