22/12/2025
Alhamdullilah,Tamatlah sudah hari kita meraikan kejayaan dan pencapaian pelajar Let'z Play Therapy untuk cawangan Samarahan dan Kuching bagi tahun 2025.
Terima kasih di ucapkan kepada Wisma Sabati yang telah menyediakan tempat untuk majlis kami pada hari ini.
Ribuan terima kasih buat ibu bapa dan Ahli keluarga yang sudi datang.Seramai 169 orang yang telah hadir memeriahkan majlis kami pada Kali ini.
Tahniah kami ucapkan kepada semua pelajar dan ibu-bapa atas pencapaian ini.Kita perlu menghargai sekecil-kecil pencapaian kerana dari pencapaian itu akan hadir lagi pencapaian yang lebih besar.
Tahniah semua!!!
31/05/2023
Selamat menyambut Hari Gawai semua
17/05/2023
Kelas Sensori
Dalam kelas hari ini para pelajar belajar tentang pelbagai jenis tekstur sentuhan bagi meransang kematangan Sensori sentuhan mereka.
Sentuhan ini penting sebagai Salah satu persediaan untuk pelajar melakukan aktiviti akedemik, regulasi emosi Dan hubungan social dengan persekirltaran mereka.
15/05/2023
Selamat hari guru buat guru yang sentiasa tanpa jemu membimbing anak-anak mencapai matlamat hidup mereka.
14/05/2023
Dear Autism Mom,
On this Mother's Day, we want to recognize and celebrate your strength, resilience, and unwavering dedication to your child. You have faced unique challenges and obstacles with grace, and your love for your child is truly inspiring.
We admire your tireless efforts to provide the best possible support and care for your child, and the endless hours you have spent advocating for their needs. Your selflessness and commitment to your family are an inspiration to all of us.
Today, we want to say thank you for all that you do. Your love and devotion as an Autism Mom is truly remarkable. May your Mother's Day be filled with joy, love, and appreciation for the incredible person you are.
Happy Mother's Day!
21/04/2023
Selamat Hari Raya to all our clients and followers! May Allah bless you with happiness, success, and prosperity on this festive occasion. As we unite with our loved ones to celebrate this auspicious day, let us remember to spread love and kindness to those around us. May this Ramadan bring you and your family joy, peace, and harmony. We are grateful for your support and trust. Wishing you a blessed and memorable Hari Raya Aidilfitri!
22/03/2023
Selamat menunaikan ibadah puasa semua
27/02/2023
Adakah anak saya bersedia untuk bersekolah?
Apakah kemahiran asas yang perlu ada sebelum mengikuti sesi persekolahan?
Bersama dengan En Erdy Izwan yang akan berkongsikan kepada anda kemahiran dan tips yang akan membantu anak anda untuk memulakan sesi persekolahan terutamanya untuk anak-anak berkeperluan khas.
Webinar adalah PERCUMA daftar sekarang kerana slot adalah terhad.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfo_jN5hG34Z9ReB30DHUvjUFvCwcYpj8vCw4DvI2c1ifU9Rw/viewform
21/01/2023
Selamat Tahun Baru Cina diucapkan buat keluarga dan kawan-kawan yang meraikannya.
Semoga tahun ini kita dilimpahkan dengan kesihatan dan rezeki yang baik
19/01/2023
Saya takut la nak mendapatkan diagnosis untuk anak saya, takut dia tak boleh bersekolah aliran perdana..
Ini merupakan antara situasi yang biasa berlaku apabila saya menyarankan ibu-bapa mendapatkan diagnosis yang betul untuk anak.
Dan saya pernah berjumpa dengan beberapa kes anak dah berumur 9-10 tahun belum mendapatkan diagnosis yang betul dan masih dipaksa mengikuti aliran perdana.Kesian anak dipaksa melakukan sesuatu yang tidak mampu dia lakukan.pada akhirnya anak berasa kecewa dan tak nak pergi ke sekolah
Bila guru menyatakan yang mereka tidak dapat mengajar anak ini.Guru p**a disalahkan tidak pandai mengajar.Sedangkan guru ini memang tidak dilatih untuk mengendalikan anak-anak yang perlukan perhatian khusus.Manakala anak-anak ini memerlukan kemahiran pengajaran daripada guru-guru PPKI
Disinilah penting nya kita mendapatkan diagnosis pada peringkat awal, dan bagi kami sebagai terapis perkara ini sangat membantu di dalam membuat program perkembangan dan pembelajaran yang betul untuk kanak-kanak.
Soalan ibu-bapa,
Adakah bila didiagnos atau apabila telah mendapat kad OKU anak wajib mengikuti kelas PPKI?
TIDAK.
Anak-anak yang telah didiagnos boleh mengikuti kelas perdana sekiranya :
- Boleh melakukan pengurusan diri yang baik seperti ke tandas sendiri.
- Boleh melakukan mobiliti sendiri
- Boleh fokus dan memberikan perhatian semasa sesi pembelajaran.
- Boleh duduk kekal di kerusi sekurang-kurangnya 30 minit.
- Boleh mengingati apa yang telah dipelajari.
- Boleh memahami arahan mudah.
- Boleh mengikuti proses pembelajaran.
- Boleh menyalin semua setiap huruf, numbor, bentuk dengan betul.
- Boleh berkomunikasi secara dua hala dengan baik.
- Boleh meregulasikan emosi dengan baik, tidak menjerit, mengamuk dan boleh menenangkan diri sendiri.
Sekiranya anak anda mempunyai kemahiran seperti di atas, mereka tetap boleh bersekolah di aliran perdana walaupun telah didiagnos dan mempunyai kad OKU
Uncle D