18/02/2026
Marhaban Ya Ramadhan 🌙✨
Pucuk selasih mula bertunas,
Angin petang membawa ketenangan,
Ramadhan hadir membawa keberkatan,
Moga hati terus dalam rahmat dan keampunan.
Selamat menunaikan ibadah puasa 1447H / 2026
Semoga setiap amalan diterima dan dilipatgandakan ganjaran.
Salah dan silap, zahir dan batin,
kami mohon maaf setulus hati.
Ikhlas daripada,
Commerce Club
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kuching Sarawak 🤍
09/02/2026
🔥 PESTA NIAGA COMMERCE WEEK 2026: WALL STREET & JP STYLE KEMBALI LAGI! 🔥
Warga POLIKU, adakah anda bersedia untuk minggu yang paling meriah tahun ini?
Jom penuhkan kalendar anda dan hadirkan diri ke Pesta Niaga 2026! 🚀
📅 Tarikh: 10 - 13 Februari 2026
⏰ Masa: 7.30 Pagi - 4.00 Petang
📍 Lokasi: Dataran Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak
Apa yang MENARIK menanti anda? 🍔
Pesta Niaga: Nikmati pelbagai juadah makanan dan minuman pada harga paling berbaloi!
🏥 Kesihatan: Saringan & Ceramah Kesihatan khas daripada KKM.
💰 Kaunter ASNB: Urusan pelaburan dan konsultasi kewangan di depan mata anda.
🎓 IEEP & PSH: Perkongsian ilmu daripada pakar industri.
Saksikan Pertandingan Hebat!
🏆 Gerai Terindah: Transformasi gerai mengikut tema “Wall Street Style”!
🎤 Product Pitching: Bakat usahawan muda meyakinkan juri.
🥊 Biz-Battle: Persaingan sengit pengurusan perniagaan terbaik!
Mari kita bersama-sama menyokong usahawan muda kita. Berbelanjalah sambil memeriahkan suasana Commerce Week 2026.
Memang rugi kalau tak datang! 🤩
”Pesta Luar Biasa, JP Style!!” ✨
05/02/2026
PESTA NIAGA 2026
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Commerce Club dengan kerjasama Jabatan Perdagangan akan menganjurkan Pesta Niaga (Commerce Week) 2026 yang merangkumi tiga 3 pertandingan utama iaitu Stall Deco Battle, Business Pitch Competition dan Business Battle Competition. Program ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, pemikiran kritikal serta kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar.
📌 Maklumat Program:
🗓 Tarikh: Februari 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dataran Jubli Perak
📢 Maklumat Penyertaan Pertandingan :
🔹 Stall Deco Battle
➡️ Terbuka kepada pelajar Semester 2 hingga Semester 4
🔹 Business Pitch Competition
➡️ Terbuka kepada pelajar semester 2 hingga Semester 4
🔹Business Battle Competition
➡️ Terbuka kepada pelajar semester 2 hingga Semester 4
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan idea perniagaan, strategi serta kebolehan berfikir secara kompetitif dalam suasana yang profesional dan mencabar.
Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan program ini serta memberi sokongan kepada para peserta yang bertanding.
See you all there! 💚
|Like|Follow|Repost|
Instagram:
Facebook: Commerce Club JP
TikTok:
CommerceClub
PoliteknikKuchingSarawak
27/01/2026
**🔥 PANGGILAN KERAMAT PESTANIAGA USAHAWAN JABATAN PERDAGANGAN! 🚀**
Pesta Niaga 2026 kembali lagi! Inilah masanya untuk setiap kelas membuktikan taring dalam dunia perniagaan, kreativiti, dan pengurusan kewangan.
📍 **TEMPAT:**
Dataran Jubli Perak, PKS
📅 **TARIKH PESTA:**
9 - 13 Februari 2026
⏰ **MASA:**
7.30 Pagi – 4.00 Petang
**⚠️ WAJIB UNTUK SETIAP KELAS! ⚠️**
Setiap kelas **DIWAJIBKAN** menghantar **SATU (1)** permohonan sahaja setelah berbincang dengan Penasihat Akademik (PA) masing-masing. Penyertaan hanya terbuka kepada semester 2,3 dan 4 sahaja (++ CC & CCC)
**📅 TARIKH PENTING:**
* **27 Jan - 4 Feb 2026:** Permohonan Gerai Dibuka.
* **6 Feb 2026:** Link Pendaftaran DITUTUP.
* **9 Feb 2026 (2.00 Petang):** Persediaan, Taklimat & Kutipan Deposit Kebersihan (RM20).
**🏆 3 PERTANDINGAN LUMAYAN MENANTI:**
1. **Gerai Tercantik** (Hias gerai anda sepadu mungkin!)
2. **Biz-Battle** (Pembentangan rekod kewangan & promosi)
3. **Business Pitching** (Asah bakat 'marketing' anda!)
**🔗 DAFTAR SEGERA DI SINI:**
[https://forms.gle/6kJKuct6orbKiGjo7 ]
**"Bukan Sekadar Jual, PESTA LUAR BIASA! JP STYLE!!"**
*Rujuk peraturan penuh yang telah disediakan sebelum mengisi borang. Pastikan menu anda unik untuk elakkan pertindihan!*
**ANJURAN:**
Commerce Club, Jabatan Perdagangan, PKS
27/01/2026
"Tahniah atas pelantikan sebagai pimpinan Commerce Club (CC) JP PKS 2026. Semoga amanah ini dijunjung dengan integriti demi memacu kecemerlangan profesional dan sahsiah holistik pelajar Jabatan Perdagangan "
Sama-sama kita, Strive to Excel, Lead the way
26/01/2026
Kenali Penasihat Commerce Club Sesi II 2025/2026......
semua segak belaka....
Ayuh...bersatu kita semua....
Strive to Excel, Lead the Way...
26/01/2026
MEMO 2026: COMMERCE CLUB PKS PERKUKUH BARISAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERSATUAN KUCHING, 17 Januari 2026 – Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) melalui Commerce Club (CC) telah berjaya menganjurkan Bengkel Mastery in Event Management & Organization (MEMO) bertempat di Dataran Jubli Perak PKS hari ini. Bengkel yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini dihadiri oleh 65 orang wakil pelajar dari setiap kelas di bawah Jabatan Perdagangan. Program ini bertujuan melahirkan modal insan yang holistik, selaras dengan misi Politeknik Malaysia untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan seimbang dari segi pembangunan kendiri. Menurut Ketua Penasihat Commerce Club, Puan Noor Afida, bengkel ini merupakan platform penting bagi mempersiapkan pelajar dengan kemahiran insaniah (soft skills) seperti kepimpinan, komunikasi, dan pengurusan acara profesional. Slot Ice Breaking yang dikendalikan oleh En. Kaswadi dan Cik Dasreena berjaya memupuk kreativiti serta semangat kerjasama kumpulan di kalangan peserta. Antara pengisian utama bengkel adalah sesi penyediaan draf kertas kerja aktiviti bagi tahun 2026. Sebanyak 12 kumpulan telah dibentuk untuk merancang program di bawah pelbagai kluster termasuk kepimpinan, multimedia, kerohanian, dan patriotisme. Sesi ini dikendalikan oleh En. Jayha, En. Nazri, Pn. Izzah dan Cik Fazlyn, di mana setiap kumpulan telah membentangkan idea bernas masing-masing di hadapan barisan penasihat. Kemuncak program adalah sesi pemilihan Jawatankuasa (JK) Commerce Club bagi tahun 2026 yang dijalankan secara demokrasi. Pemilihan ini melibatkan pelantikan bagi jawatan Top Management CC (ToMaCC), serta Semester Leader (SeLeCC) bagi semester 1 hingga 5. Sepanjang program berlangsung, para peserta turut menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dengan mematuhi disiplin Pelajar PKS. Bengkel berakhir pada jam 2.00 petang dengan rumusan keseluruhan oleh Puan Noor Afida yang mengharapkan agar barisan kepimpinan baharu ini dapat mengurus kelab dengan cekap, profesional, dan sentiasa memelihara nama baik Politeknik Kuching Sarawak.
05/08/2025
Hello Warga PolikuSayang!! Jom sertai pertandingan pertandingan yang dianjurkan diatas dan daftar cepat cepat sebelum tutup tarikh daftar. Mari kita menyertai dan memeriahkan lagi suasana❤️🔥
16/04/2025
Saksikan kemeriahan Majlis Perasmian Penutupan Commerce Week & Ramah Tamah Raya JP!
Tarikh: 17 April 2025
Masa: 2.00 petang
Lokasi: Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak
Tema: Klasik
Semua warga JP dijemput hadir untuk meraikan bersama!
Jangan lupa pakaian bertema dan semangat raya!
16/04/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan *Majlis Perasmian Penutupan Commerce Week Sesi II 2024/2025* akan diadakan pada ketetapan berikut:
*Tarikh : 17 April 2025 (Khamis)*
*Masa : 2.00 petang - 5.00 petang*
*Tempat : Dewan Jubli Perak, PKS*
Sehubungan dengan itu, semua warga JP PKS dijemput bagi memeriahkan majlis
Sambutan Ramah Tamah Raya JP turut diadakan pada majlis tersebut dengan berkonsepkan ‘potluck’ oleh semua pelajar setiap kelas.
Sekian, terima kasih.
Penyelaras CC