Sekolah Tunku Abdul Rahman Kuching

Sekolah Tunku Abdul Rahman Kuching SMK TUNKU ABDUL RAHMAN KUCHING

https://www.facebook.com/share/p/19dQRaVThT/?mibextid=wwXIfrPejabat Pendidikan Daerah Kuching
13/09/2026

https://www.facebook.com/share/p/19dQRaVThT/?mibextid=wwXIfr
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

UCAPAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
(14-18 SEPTEMBER 2026)

Assalamualaikum wbt dan salam hormat ditujukan khas kepada seluruh warga pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Dengan penuh rasa syukur dan harapan yang tinggi, saya dan seluruh warga PPD Kuching mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Kembali Bertugas kepada semua barisan Pengurusan Sekolah, guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta anak-anak murid di seluruh sekolah di daerah Kuching.

Sesungguhnya, cabaran yang telah dilalui sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) pada minggu ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, kesungguhan, ketabahan dan komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan bahawa warga pendidikan Kuching sentiasa cekal dan berjiwa besar dalam memastikan pendidikan terus berjalan tanpa henti. Anda semua adalah nadi kekuatan sistem pendidikan kita.

Dalam kita melangkah kembali ke sekolah, marilah kita terus meningkatkan semangat kita dengan motivasi, disiplin dan iltizam untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.

Kepada anak-anak murid, jadikan setiap hari di sekolah sebagai peluang untuk belajar, berkembang dan membina masa depan yang gemilang.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga serta PIBG/PIBKS atas kerjasama yang erat, padu dan berterusan.

Sokongan anda semua amat besar maknanya dan menjadi tunjang penting dalam membantu melancarkan segala urusan serta kejayaan pendidikan di sekolah. Kalian adalah kekuatan semangat kami, kalian juga adalah nyala motivasi kami.

Dalam masa yang sama, seluruh warga sekolah dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri.

Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, membawa bekalan air kosong secukupnya, serta menjaga kesihatan diri setiap masa.

Kepada pihak Pengurusan Sekolah dan semua guru, teruskan peranan sebagai pemimpin dan pembimbing dengan memastikan SOP pengurusan jerebu dipatuhi sepenuhnya, demi kesejahteraan dan keselamatan semua warga sekolah.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama melangkah dengan penuh keyakinan, memperkukuh kerjasama dan terus menyemarakkan semangat pendidikan demi anak bangsa tercinta.

Kebersamaan kita semua adalah kekuatan kita. PPD ini adalah PPD kita bersama.

“PPD Kita, Tanggungjawab Kita”
PPD Kuching, BITARA Sentiasa

Ikhlas Daripada;
Dr. Majelan bin Sulong & seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
13 September 2026

PEMAKLUMAN RASMI DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK BERHUBUNG PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH. Selamat kembali ke sekol...
12/09/2026

PEMAKLUMAN RASMI DARIPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK BERHUBUNG PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH. Selamat kembali ke sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Terima Kasih hadir bertugas dengan jayanya serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh tanggungjawab.Pejabat Pendidika...
12/09/2026

Terima Kasih hadir bertugas dengan jayanya serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh tanggungjawab.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

✅ Standard 1:  Kepimpinan[Aspek 1.3: PGB sebagai Pendorong]➡Aspek 1.3.3 : PGB menggerakkan warga sekolah melaksanakan ta...
11/09/2026

✅ Standard 1: Kepimpinan

[Aspek 1.3: PGB sebagai Pendorong]
➡Aspek 1.3.3 : PGB menggerakkan warga sekolah melaksanakan tanggungjawab secara terancang bagi memastikan pelaksanaan Kurikulum Sains berjalan dengan berkesan.

✅ Standard 2: Pengurusan Organisasi

[Aspek 2.1: Pengurusan Sumber Manusia]
➡Aspek 2.1.1 : Sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang melalui agihan tugas, Buku Pengurusan Sekolah, takwim akademik serta jadual waktu bagi menyokong pelaksanaan Kurikulum Sains

[Aspek 2.5: Pengurusan Iklim]
➡Aspek 2.5.2 : Suasana pembelajaran yang kondusif, selesa dan harmoni diwujudkan secara sistematik dan terancang bagi meningkatkan keberkesanan proses bengkel berjalan dengan kondusif dan maklumat dapat disampaikan dengan jayanya.

✅ Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan HEM

[Aspek 3.1: Pengurusan Kurikulum ]
➡Aspek 3.1.1 : Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum Pelaksanaan mata pelajaran Sains dilaksanakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), dengan objektif yang jelas, perancangan yang sistematik serta pengurusan masa yang berkesan.

➡ Aspek 3.1.2 : Pengurusan Mata Pelajaran Panitia Sains yang mengurus pelaksanaan kurikulum secara sistematik dan terancang melalui penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Harian (RPH), penyelarasan PdP serta perkongsian amalan terbaik.

➡Aspek 3.1.7 : Pengurusan Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan berdasarkan Standard Prestasi DSKP melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal jawab, latihan, tugasan, projek dan pembentangan bagi menilai penguasaan murid.

✅ Standard 5: Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

[Aspek 5.2: Kemenjadian Murid]
➡Aspek 5.2.1 : Pelaksanaan Kurikulum Sains yang berkesan dapat meningkatkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kalangan guru, seterusnya menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik murid serta kualiti PdP guru.

🖍️ Nama Program/ Aktiviti:
➢BENGKEL PEMANTAPAN KEMAHIRAN PROSES SAINS MENENGAH RENDAH

🖍️ Perincian:
Tarikh perlaksanaan : 13 Ogos 2026 - 11 September 2026
Tempat : Bilik Akses / Makmal / Kelas masing - masing
Masa : Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ( Waktu PdP Sains )

🖍️ Penglibatan:
1. Guru Menengah Rendah matapelajaran Sains: - Dyg Norasyikin binti Awg Chee
- Roha binti Lit
- Lau Shiau Yen
- Suriah binti Madli
- Hanifah binti Mustapha
- Zakaria bin Bujang Sum
2. Semua murid Menengah Rendah

♦️Objektif:
➢Meningkatkan kemahiran teknik penulisan pemerhatian, inferens dan definisi secara operasi di kalangan murid menengah rendah.
➢Memastikan semua murid menengah rendah mengaplikasikan pengetahuan yang telah mereka dapat semasa menjawab latihan / ujian / peperiksaan.

♦️Rumusan:
1. Guru mata pelajaran mengadakan bengkel bersama murid masing - masing setelah menghadiri sesi perkongsian daripada rakan sejawat yang telah menghadiri bengkel anjuran SISC+ Sains, Sektor Pembelajaran, PPD.
2. Pelaksanaan bengkel dalam skala yang kecil di kalangan murid diharapkan dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik murid serta memastikan perancangan akademik sekolah dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.

♦️Impak:
1. Murid - murid Sains Menengah Rendah mendapat maklumat dan penerangan berkaitan bengkel daripada guru mata pelajaran masing - masing.
2. Guru mata pelajaran Sains Menengah Rendah dapat menyampaikan maklumat yang mereka perolehi semasa bengkel kepada murid mereka.

♦️Tindak Susul:
1.Memberikan bimbingan dan latihan pengukuhan yang konsisten serta maklum balas terhadap kesilapan murid bagi memperkukuh kemahiran menjawab soalan yang melibatkan Kemahiran Proses Sains.
2. Guru sains Menengah Rendah yang telah melaksanakan bengkel untuk murid masing-masing diminta menyiapkan OPR sebaik sahaja selesai melaksanakan bengkel kepada murid mereka.

Laporan disediakan oleh:
Cikgu Dayang Norasyikin binti Awang Chee
Guru Mata pelajaran Sains Menengah Rendah







Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

✅ Standard 1: Kepimpinan​[Aspek 1.1 : PGB  Sebagai Peneraju]➡️ Aspek 1.1.1 : Pegawai PPD Kuching bertindak sebagai pener...
11/09/2026

✅ Standard 1: Kepimpinan

​[Aspek 1.1 : PGB Sebagai Peneraju]

➡️ Aspek 1.1.1 : Pegawai PPD Kuching bertindak sebagai peneraju yang menyemak, memberi ulasan, memimpin perbincangan, dan menyelaraskan agenda Sesi Libat Urus bersama Guru Sumber.

​✅ Standard 2: Pengurusan Organisasi

​[Aspek 2.1 : Pengurusan Sumber Manusia]

➡️ Aspek 2.1.1 : Pengagihan dan penyelarasan skop tugas yang jelas kepada semua Guru Sumber Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam Bahagian Kuching bagi menyokong pelaksanaan program intervensi dan bimbingan akademik.

​[Aspek 2.3 : Pengurusan Kewangan]

➡️ Aspek 2.3.1 : Perancangan implikasi kewangan melibatkan pengurusan peruntukan dana sebanyak RM250.00 yang telah diturunkan ke sekolah-sekolah untuk pelaksanaan Bengkel Teknik Menjawab (Pendidikan Islam / Tasawwur / PSI / PQS).

​✅ Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

​[Aspek 3.1 : Pengurusan Kurikulum]

➡️ Aspek 3.1.2 (Pengurusan Mata Pelajaran): Melibatkan perancangan program peningkatan prestasi akademik bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam, serta pelaksanaan Program Literasi Al-Quran Sekolah Menengah (Fokus Tingkatan 1) bagi sekolah sasaran (SMK Semerah Padi & SMK Bandar Samariang).

​✅ Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)

​[Aspek 4.1 – 4.6 : Guru Sebagai Perancang, Pengawal, Pembimbing, Pendorong & Penilai dan Murid Sebagai Pembelajar Aktif]

➡️ Guru Sumber berperanan sebagai penceramah dan pembimbing dalam Bengkel Teknik Menjawab, Masteri Class Pendidikan Islam, serta merancang penyediaan bahan intervensi bagi meningkatkan penguasaan subjek Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam.

​✅ Standard 5: Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

​[Aspek 5.1 : Kemenjadian Murid dalam Akademik]

➡️ Aspek 5.1.3 : Sasaran program untuk meningkatkan penguasaan pengajian Al-Quran murid Tingkatan 1 serta memastikan peningkatan gred dan pencapaian cemerlang murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, PSI, dan PQS.

​🖍️ NAMA PROGRAM:
Sesi Libat Urus & Perbincangan Ilmiah Pengurusan Guru Sumber Pendidikan Islam & Tasawwur Islam Bahagian Kuching Bil. 2 Tahun 2026

​🖍️ PERINCIAN:
✓ ​Tarikh : 11 September 2026
✓ ​Hari : Jumaat
✓ ​Masa : 3.00 Petang
✓ ​Tempat : Dalam Talian (Google Meet)

​🖍️ PENGLIBATAN:
1) ​Encik Mohammad Iskandar Bin Mohamad Medihi (PPD Kuching - Pembentang)
2) ​Semua Guru Sumber Pendidikan Islam & Tasawwur Islam Bahagian Kuching (19 orang peserta)

​♦️ OBJEKTIF:
1) ​Menyampaikan perancangan dan penyelarasan tindak susul pengurusan Guru Sumber Pendidikan Islam & Tasawwur Islam Bahagian Kuching Bil. 2/2026.
2) ​Memastikan pelaksanaan Bengkel Teknik Menjawab di sekolah masing-masing berjalan lancar menggunakan peruntukan RM250.00 yang telah diturunkan.
3) ​Menyusun dan menyelaras Program Literasi Al-Quran Sekolah Menengah (Fokus Tingkatan 1) khusus bagi SMK Semerah Padi dan SMK Bandar Samariang.
4) ​Merancang takwim pelaksanaan Bengkel "One Off" bersama Guru Sumber merangkumi penyediaan bahan intervensi, penyemakan guru, dan Masteri Class.

​♦️ RUMUSAN:
✓ Sesi Libat Urus & Perbincangan Ilmiah Pengurusan Guru Sumber Pendidikan Islam & Tasawwur Islam Bahagian Kuching Bil. 2 Tahun 2026 telah dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet pada 11 September 2026 (Jumaat) jam 3.00 petang.

✓ Sesi ini dipimpin oleh PPD Kuching dan dianggotai oleh Guru-Guru Sumber daerah Kuching.

✓ ​Perbincangan berfokus kepada 3 agenda Tindak Susul utama:
1) ​Bengkel Teknik Menjawab: Pemanfaatan dana RM250.00 yang telah diturunkan ke sekolah di mana Guru Sumber bersedia bertindak sebagai penceramah bagi subjek Tasawwur / PSI / PQS.
2) Program Literasi Al-Quran Sekolah Menengah: Pelaksanaan program berfokus bagi murid Tingkatan 1 di SMK Semerah Padi dan SMK Bandar Samariang berdasarkan data yang telah dikutip.
3) Bengkel "One Off" Bersama Guru Sumber:
1) ​Penyediaan Bahan Intervensi: 17 & 18 September 2026
2) ​Bengkel Penyemakan Guru: 26 September 2026
3) ​Masteri Class Pendidikan Islam (Online): September – Oktober 2026

​♦️ IMPAK:
✓ ​Memastikan dana bantuan RM250.00 dimanfaatkan secara berkesan bagi penganjuran Bengkel Teknik Menjawab di peringkat sekolah.

✓ ​Memperkukuh peranan Guru Sumber sebagai penceramah pakar dan pembimbing rakan sejawat.

✓ ​Membantu meningkatkan penguasaan Al-Quran murid Tingkatan 1 di sekolah sasaran.

✓ ​Menyediakan modul dan bahan intervensi akademik yang komprehensif untuk persediaan peperiksaan murid.

​♦️ TINDAK SUSUL:
✓ ​Guru Sumber bersedia memenuhi jemputan sebagai penceramah Bengkel Teknik Menjawab di sekolah-sekolah.

✓​Pelaksanaan Bengkel Penyediaan Bahan Intervensi pada 17 & 18 September 2026.
​Pelaksanaan Bengkel Penyemakan Guru pada 26 September 2026.

✓​Pelaksanaan siri Masteri Class Pendidikan Islam (Online) sepanjang bulan September hingga Oktober 2026.

​Laporan disediakan oleh:
JUWITA BINTI KANA
(Guru Sumber Pendidikan Islam)
PPD KUCHING

SITI MUTHI'AH BINTI HASSAN
(Guru Sumber Tasawwur Islam )
PPD KUCHING

​





​
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

🖥️📱Sebahagian OPR PdPR yang telah dijalankan oleh semua guru STAR sepanjang minggu PdPR (7-11 September 2026 : Isnin - J...
11/09/2026

🖥️📱Sebahagian OPR PdPR yang telah dijalankan oleh semua guru STAR sepanjang minggu PdPR (7-11 September 2026 : Isnin - Jumaat)

✅ Standard 1: Kepimpinan :

[Aspek 1.1 PGB Sebagai Peneraju]
➡️ Aspek 1.1.1 : Pengetua bertindak menerajui jawatankuasa pengurusan keselamatan dengan mengarahkan pelaksanaan taklimat pengurusan PdPR, menetapkan dasar sekolah selamat, serta mengambil tindakan segera penutupan sekolah berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jika bacaan mencapai 200.

✅ Standard 2: Pengurusan Organisasi :

[Aspek 2.1 Pengurusan Sumber Manusia dan Aspek 2.4 : Pengurusan Sumber Pendidikan]
➡️ Aspek 2.1.1 : PKP menyelaras jadual pelaksanaan PdPR setiap kelas, seterusnya dikongsi kepada semua guru kelas untuk dimaklumkan kepada semua murid dan ibu bapa melalui aplikasi Whatapps.

Guru mata pelajaran menggunakan pelantar DELIMA seperti melaksanakan kelas dalam talian Google Meet (GM) dan membina kuiz menggunakan aplikasi dalam talian seperti Kahoot, Quizizz dan Google Form.

✅ Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM)

✒️ Standard 3.1 : Pengurusan Kurikulum :
➡️Aspek 3.1.2 : Guru mata pelajaran merancang penyediaan RPH dan bahan pengajaran yang sesuai. Pelaksanaan kelas dalam talian (GM) dan OPR PdPR dimuat naik dalam pautan One Stop Center (OSC) dibuat sebagai bukti pelaksanaan PdPR.

✅ Standard 4: Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc) :

Aspek 4.1, 4.2, 4.3, 4.4, 4.5 dan 4.6: Guru Sebagai Perancang, Pendorong, Pembimbing, Pengawal dan Penilai, Murid Sebagai Pembelajar Altif]

➡️ Aspek 4.1.1, 4.2..1,4.3.1,4.4.1,4.5.1 : Guru mengingatkan semua murid menyertai GM (jika ada) mengikut jadual PdPr yang ditetapkan dan memastikan murid menghantar tugasan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Guru juga memantau, membimbing murid dalam menjawab latihan, mendorong murid untuk berani menjawab soalan, memberi pujian murid yang komited dalam membuat tugasan yang telah diberi.

✅ Standard 5: Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

[Aspek 5.1.3 : Pencapaian Murid dalam Akademik]
➡️ Memastikan murid kekal berdisiplin mengikuti pembelajaran walaupun dari rumah dan kelangsungan akademik murid tidak terjejas atau keciciran sepanjang musim krisis jerebu.

🖍️ Nama Program/ Aktiviti:
OPR Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semua guru STAR sepanjang minggu PdPR.

🖍️ Perincian:
Tarikh : 7 - 11 September 2026
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : Mengikut agihan masa dalam jadual PdPR mengikut setiap tingkatan
Tempat : Rumah murid masing-masing

🖍️Penglibatan:
1. Semua guru matapelajaran
2. Semua murid

♦️ Objektif:
Memastikan murid kekal berdisiplin mengikuti pembelajaran walaupun dari rumah dan kelangsungan akademik murid tidak terjejas atau keciciran sepanjang musim krisis jerebu.

♦️Rumusan:
Semua guru matapelajaran telah mengadakan kelas secara dalam talian menggunakan medium Google Meet(GM) bersama murid mengikut jadual PdPR yang telah disediakan oleh PKP.

Makluman awal berkaitan kelas dalam talian telah dimaklumkan terlebih awal kepada ibu dan murid melalui medium WhatApps guru kelas bersama ibu bapa atau guru matapelajaran sendiri bersama murid.

Tugasan dan latihan juga diberikan dalam bentuk kuiz secara dalam talian untuk menilai pemahaman murid berkaitan topik yang telah diajar dalam GM.

Kehadiran murid juga diambil sama ada melalui kehadiran murid dalam GM atau murid yang menghantar latihan/tugasan yang diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh guru matapelajaran.

♦️Impak:
1. Guru dan pelajar boleh mengakses sesi pembelajaran dari mana-mana lokasi tanpa keperluan fizikal melalui GM.
2. Murid menjadi lebih mahir menggunakan aplikasi penstriman, perkongsian skrin, dan alatan digital lain.
3. Ketiadaan komunikasi bersemuka secara fizikal boleh mengurangkan fokus dan kemahiran sosial murid.
4. Gangguan talian internet, peranti yang terhad, dan masalah audio/video menjejaskan kelancaran kelas bagi sesetengah murid.

♦️Tindak Susul:
1. Guru perlu menggunakan alatan sokongan seperti Kahoot, Padlet, atau Jamboard untuk menarik minat dan mengekalkan tumpuan pelajar.
2. Menyediakan rakaman kelas Google Meet bagi membantu pelajar yang mengalami gangguan internet untuk mengulang kaji pelajaran.
3. Mewujudkan peraturan jelas (cth: membuka kamera pada waktu tertentu, menutup mikrofon apabila tidak bercakap) bagi memastikan kelas lebih berdisiplin.
4. Mengumpul pandangan daripada murid untuk mengenal pasti kelemahan dan menambah baik sesi kelas yang akan datang.

Laporan disediakan oleh:
Cikgu Dayang Hajar Binti Awang Dahlan
Penyelaras Pengurusan Media Sosial STAR







Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

✅ Standard 1: Kepimpinan [Aspek 1.1  PGB Sebagai Peneraju]➡️ Aspek 1.1.1 : Pengetua menentukan dengan jelas sasaran subj...
11/09/2026

✅ Standard 1: Kepimpinan

[Aspek 1.1 PGB Sebagai Peneraju]
➡️ Aspek 1.1.1 : Pengetua menentukan dengan jelas sasaran subjek Sains dan Kimia SPM 2026.

✅ Standard 2: Pengurusan Organisasi

[Aspek 2.1 Pengurusan Sumber Manusia]
➡️ Aspek 2.1.1 : Pengetua bersama PKP, KP dan guru mp Sains dan Kimia merancang program intervensi untuk meningkatkan prestasi Sains dan Kimia dalam SPM 2026.

✅ Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM)

[Standard 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran]
➡️ Aspek 3.1.2.1 : Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara professional dan terancang dengan merancang dan mengurus program akademik berasaskan isu penguasaan murid dalam Sains dan Kimia.

✅ Standard 4: Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc)

[ Aspek 4.1, 4.2, 4.3, 4.4, 4.5 dan 4.6 : Guru Sebagai Perancang, Pendorong, Pembimbing, Pengawal, Penilai dan Murid Sebagai Pembelajar Aktif]
➡️ Aspek 4.1.1, 4.2..1,4.3.1,4.4.1,4.5.1 : Guru menyesuaikan teknik pengajaran dan pentaksiran berterusan hasil daripada dapatan bengkel intervensi.

✅ Standard 5: Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Pencapaian Sekolah

➡️ Aspek 5.1.3 : Menjalankan intervensi untuk mencapai sasaran GPMP panitia Sains dan Kimia dalam SPM 2026 dan seterusnya meningkatkan GPS SPM 2026.

🖍️ Nama Program/ Aktiviti:
Bengkel Intervensi Subjek Sains dan Kimia.

🖍️ Perincian:
Tarikh : 11.09.2026
Hari : Jumaat
Masa : 0830 - 0930
Tempat : Bilik mesyuarat SMK Tunku Abdul Rahman

🖍️Penglibatan:
1. Faridah Bt Abg Wahab (Pengetua)
2. Dayang Zuraini Bt Abg Abdillah (PKP)
3. Patricia Ak Ruwen (KB Sains & Mate / Guru mp Sains)
4. Roha Bt Lit (Guru mp Sains)
5. Siti Noraida Bt Joh Zakaria (Guru mp Sains)
6. Norhani Bt Othman (Guru mp Kimia)

♦️Objektif:
Meningkatkan bilangan murid yang lulus dan melonjakkan pencapaian kualiti bagi mata pelajaran Sains dan Kimia dalam SPM 2026.

♦️Rumusan:
Bengkel membincangkan sasaran dan langkah untuk mencapai sasaran panitia untuk mata pelajaran Sains dan Kimia.

♦️Impak:
Meningkatkan kerjasama antara guru mata pelajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian prestasi panitia dalam SPM 2026.

♦️Tindak Susul:
1. Latih Tubi: Dijalankan mengikut aras (Modul Lulus & Modul Cemerlang) bagi memperkukuh pemahaman topik secara berterusan.
2. Program Bimbingan Berfokus (Mentoring): Melaksanakan program "Buddy System" (murid cemerlang membimbing murid lemah) untuk mengekalkan momentum pembelajaran.

Laporan disediakan oleh:
Cikgu Patricia Ak Ruwen
Ketua Bidang Sains dan Matematik





Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Terima Kasih Timbalan PPD Kuching Sektor Pengurusan Sekolah  Puan Malisa Binti Edham untuk pemantuan PdPR di SMK Tunku A...
10/09/2026

Terima Kasih Timbalan PPD Kuching Sektor Pengurusan Sekolah Puan Malisa Binti Edham untuk pemantuan PdPR di SMK Tunku Abdul Rahman
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

🚨 PERINGATAN MESRA: ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL 🚨Adakah anda tahu bahawa tindakan kita di media sosial sentiasa diperh...
09/09/2026

🚨 PERINGATAN MESRA: ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL 🚨

Adakah anda tahu bahawa tindakan kita di media sosial sentiasa diperhatikan dan tertakluk kepada peraturan perkhidmatan awam?

Penjawat awam dilarang membuat sebarang pernyataan awam yang memburukkan nama Kerajaan, menyebarkan dokumen sulit, memuat naik gambar warga sekolah tanpa kebenaran, atau leka bersosial media untuk hal peribadi pada waktu bekerja.

Kecuaian di media sosial boleh membawa padah dan mengakibatkan tindakan tatatertib. Jadilah warga netizen yang bijak dan penjawat awam yang berintegriti. Teliti infografik di bawah untuk panduan bersama. 👇

Ingatlah bahawa kata-kata yang kita ungkapkan mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya. TAK PASTI, JANGAN KONGSI!

PROAKTIF | PERSUASIF | PRODUKTIF

Disediakan oleh:
Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
(Keluaran September 2026)


Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Address

Batu 2 1/2, Jalan Matang
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tunku Abdul Rahman Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share