Fundamental class sesh with Coach for
School of Skateboarding Sarawak
�Conduct Skateboard Lessons to private, group & school�Manage Extreme Sport Event�Supply Extreme Sport Gear� Conduct Skateboard Workshop �Homer skateshop &
05/02/2026
Class of 2026 🛹 Enjoy ur skateboard class sesh with us Eve 💯🤙🏽
27/01/2026
From Skateboarder to Skateboarder “Eastside SkateJam 2026” Giving back to community 💯🛹
29/11/2025
Day 1 DBKU X-GAMES 2025 X .international 💥✨ See ya’ll final section tomorro 🤙🏽
19/11/2025
Get ya Board & Be there 🛹
23/08/2025
Welcome to School of Skateboarding Sarawak Zack & Nic 💯⚡️🤙🏽 Enjoy skateboard class with Coach
13/07/2025
Welcome to School Of Skateboarding Swk Aqil 💯🛹 He is 7yo kid on board 🤙🏽
02/07/2025
Di luar arena latihan, Denny turut dijemput untuk memberikan ceramah motivasi di politeknik,IPTS IPTS & sekolah, dan program pembangunan belia.
Beliau menekankan bahawa niat ialah asas paling penting. Jika seseorang memulakan sesuatu kerana minat yang tulus dan mahu memberi manfaat kepada orang lain, usaha itu pasti membuahkan hasil.
Dalam kerjayanya sekarang, Denny turut menjadi wakil kepada jenama-jenama papan selaju tempatan dan antarabangsa, selain mempromosikan aktiviti komuniti melalui kolaborasi bersama pelbagai agensi dan pihak swasta.
Antara impian besarnya ialah membangunkan sebuah pusat latihan komprehensif yang menggabungkan taman papan selaju, kedai peralatan, bilik pameran dan ruang komuniti.
Beliau mahu mewujudkan sebuah lokasi sehenti yang membolehkan pelatih berlatih dengan selamat, manakala ibu bapa p**a selesa menunggu dan memerhati perkembangan anak mereka.
Bagi Denny, pendidikan dan perkembangan bakat harus berjalan seiring, bukan sekadar membina kemahiran fi zikal, tetapi juga menanam nilai hidup dan matlamat masa depan.
Nasihat beliau kepada anak muda cukup jelas dan ringkas, iaitu agar mereka tidak takut mencuba, tidak malu bertanya, dan tidak melakukan sesuatu hanya kerana ingin menjadi pop**ar.
Sebaliknya, lakukan kerana minat yang ikhlas dan kesungguhan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Dengan kemunculan papan selaju sebagai sukan rasmi dalam temasya Sukan SEA dan juga Sukan Olimpik, Denny melihat masa depan yang lebih cerah untuk generasi baharu.
Beliau berharap lebih ramai bakat muda Sarawak diberi perhatian dan sokongan agar mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus menjadikan papan selaju bukan sekadar hobi, tetapi juga kerjaya dan gaya hidup yang bermanfaat.
02/07/2025
Minat Denny terhadap papan selaju bermula pada 1992 setelah menonton sebuah fi lem televisyen bertajuk Skateboard Kid.
Filem itu menjadi pencetus rasa ingin tahu Denny terhadap dunia papan selaju.
Tidak lama kemudian, kakak sepupu yang menuntut di Kanada p**ang bercuti dan membeli sebuah papan selaju yang dikongsinya bersama adik sepupunya.
Dari situlah minat berubah menjadi kesungguhan. Denny mula aktif sekitar 1994, menyertai pelbagai pertandingan di Sibu, Sarikei dan Kuching.
Pada 1999, beliau berjaya menjuarai Kejohanan Terbuka Sarawak, salah satu pencapaian tertingginya ketika itu.
Pelibatannya dalam sukan ini terus berkembang apabila beliau dilantik sebagai jurulatih rasmi pertama papan selaju Sarawak apabila sukan tersebut dimasukkan ke dalam program pembangunan negeri.
Denny turut memiliki lesen rasmi daripada Akreditasi Papan Selaju Kebangsaan (NSA) dan Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MySKATE) yang membolehkan beliau menjalankan tugas secara profesional.Sarawak cultural experiences
Menariknya, lebih 60 peratus pelajarnya terdiri daripada peserta wanita, manakala selebihnya ialah lelaki.
Menurut Denny, ini membuktikan bahawa gadisgadis muda kini lebih berani mencabar diri dan aktif dalam bidang yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai sukan maskulin.
Denny turut menekankan bahawa papan selaju bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga medium pendidikan dan pembentukan jati diri.
Melalui latihan dan matlamat yang jelas, papan selaju mampu menjauhkan remaja daripada pengaruh negatif serta membentuk disiplin yang tinggi.
Menurut Denny, jika beliau tidak mendalami dunia papan selaju, mungkin kehidupannya tersasar.
Beliau menetapkan matlamat secara berperingkat, contohnya, ingin menjuarai kejohanan tertentu dalam tempoh masa tertentu. Inilah yang mendorongnya terus fokus dan berusaha... -Sambungan artikal-
02/07/2025
DALAM arena sukan ekstrem Sarawak, nama Denny Zulfikar, atau nama pentasnya , bukanlah asing lagi dalam kalangan komuniti papan selaju tempatan.
Berusia 44 tahun, beliau kini berkhidmat secara sepenuh masa di Kolej Universiti i-CATS, dan turut bertugas sambilan dengan Perbadanan Sukan Sarawak melalui Program Pembangunan Papan Selaju Sarawak.
Dalam masa yang sama, beliau menguruskan akademi yang dikendalikan sendiri olehnya, iaitu ,Sekolah Papan Selaju Sarawak, yang menjadi platform utama latihan pelajar pelbagai peringkat.
Selain itu, Denny juga merupakan pemilik bersama rakan kongsi sebuah kedai peralatan papan selaju yang diusahakan secara kolaborasi bersama dua rakan kongsi.
Kedai tersebut diuruskan oleh rakan-rakannya secara harian, manakala Denny sendiri memberi fokus kepada aspek kejurulatihan, promosi, dan mewakili jenama dalam pelbagai acara dan komuniti… -Sambungan artikal-
28/06/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Le Park Skate Park, Civic Centre
Kuching
93050