MPP IKM Kuching

MPP IKM Kuching Majlis Perwakilan Pelajar
๐Ÿ“TVETMARA, Kuching

๐Ÿคฒ KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN MPP TVETMARA KUCHINGSebagai tanda kasih, keprihatinan dan solidariti seluruh warga ...
14/07/2026

๐Ÿคฒ KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN MPP TVETMARA KUCHING

Sebagai tanda kasih, keprihatinan dan solidariti seluruh warga TVETMARA Kuching, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan kutipan sumbangan khas bagi membantu keluarga Allahyarham Muhammad Haflan Marzuki Bin Hamzi, pelajar Semester 3, Diploma Teknologi Automotif 4WD (TAP) yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Julai 2026.

Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar bantuan, malah menjadi lambang kebersamaan, kasih sayang dan sokongan buat keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini. Hasil kutipan tersebut telah disampaikan oleh Penyelia MPP kepada Pengarah TVETMARA Kuching untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

Pihak TVETMARA Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah bersama-sama menyumbang serta tidak putus-putus mengirimkan doa. Semoga setiap amal kebajikan yang dilakukan diterima dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, meluaskan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

โ€œDaripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali.โ€




๐Ÿ“ข PROGRAM SELESAI DILAKSANAKAN๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 6 Julai โ€“ 7 Julai 2026Alhamdulillah, Program Enrolment of Membership for Pustak...
08/07/2026

๐Ÿ“ข PROGRAM SELESAI DILAKSANAKAN

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 6 Julai โ€“ 7 Julai 2026

Alhamdulillah, Program Enrolment of Membership for Pustaka Negeri Sarawak @ SRR (EMPUN) & Friends of Archive (FOA) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelajar TVET MARA Kuching.

Program ini turut diiringi oleh guru pengiring: โ€ข Pn. Nurul Hidayah binti Mohd Samsudin โ€ข En. Abg Mohd Sarafuddin bin Haji Abg Mohd Hashim โ€ข En. Clement Sigar Jerry Panai โ€ข En. Muhammad Asyraf bin Zakaria

Program ini bertujuan untuk: โœ… Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan rekod dan arkib sebagai khazanah warisan negara. โœ… Menggalakkan penyertaan pelajar sebagai ahli Pustaka Negeri Sarawak serta Friends of Archive (FOA). โœ… Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan arkib dalam memelihara sejarah, warisan dan sumber rujukan yang bernilai untuk generasi masa kini dan akan datang.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat kerjasama yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi inspirasi untuk terus menghargai kepentingan pemeliharaan rekod, sejarah dan warisan negara.

๐ŸŒŸ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pustaka Negeri Sarawak, khususnya kepada Madam Syamimi dan Miss Shila daripada Jabatan Repositori Rekod Negeri, atas kesudian berkongsi ilmu, membimbing serta menjayakan program ini. Segala usaha, komitmen dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian. Semoga jalinan kerjasama antara TVET MARA Kuching dan Pustaka Negeri Sarawak akan terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang berilmu, berbudaya ilmu serta menghargai warisan negara.

SALAM TAKZIAHMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepad...
06/07/2026

SALAM TAKZIAH

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Muhammad Haflan Marzuki Bin Hamzi, pelajar Semester 3, Diploma Teknologi Automotif 4WD (TAP) yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada 4 Julai 2026 jam 2 pagi (sabtu)

Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga TVETMARA Kuching. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham terus diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

โ€œInna lillahi wa inna ilaihi rajiโ€™un.โ€

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
TVETMARA Kuching

โœจ MINGGU SILATURRAHIM TVETMARA KUCHING๐Ÿ“… 22 Jun 2026 โ€“ 26 Jun 2026Alhamdulillah, Minggu Silaturrahim TVETMARA Kuching tel...
29/06/2026

โœจ MINGGU SILATURRAHIM TVETMARA KUCHING
๐Ÿ“… 22 Jun 2026 โ€“ 26 Jun 2026

Alhamdulillah, Minggu Silaturrahim TVETMARA Kuching telah berjaya berlangsung selama 5 hari dengan penuh semangat, kerjasama dan ukhwah.

Sepanjang program ini, para pelajar baharu telah didedahkan dengan pelbagai taklimat penting meliputi pengenalan Institusi, Hal Ehwal Pelajar (HEP), Akademik, Disiplin serta kehidupan di asrama sebagai persediaan untuk memasuki alam pembelajaran di TVETMARA Kuching.

Selain itu, pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, komunikasi dan jalinan persahabatan dalam kalangan pelajar. Aspek kerohanian dan pembentukan sahsiah turut diberi penekanan agar setiap pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berakhlak mulia dan berdisiplin tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan TVETMARA, Penyelaras MPP, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dan seluruh warga kerja TVETMARA Kuching yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan sepanjang Minggu Silaturrahim ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang cemerlang buat seluruh pelajar baharu.

Selamat datang ke keluarga besar TVETMARA Kuching! ๐Ÿ’™๐Ÿค

๐Ÿ“Œ PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TVETMARA KUCHINGSesi Julai โ€“ Disember 2026Alhamdulillah, pada 22 Jun 2026, TVETMARA Kuching...
29/06/2026

๐Ÿ“Œ PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TVETMARA KUCHING
Sesi Julai โ€“ Disember 2026
Alhamdulillah, pada 22 Jun 2026, TVETMARA Kuching telah menerima kehadiran para pelajar baharu bagi sesi Julai โ€“ Disember 2026. Proses pendaftaran telah berlangsung dengan lancar di Dewan Sri Merpati, disusuli dengan pendaftaran ke asrama.

Turut diadakan Taklimat Ibu Bapa dan Penjaga yang telah disampaikan oleh Pengarah TVETMARA Kuching. Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan mengenai perjalanan akademik, peraturan institusi, kemudahan yang disediakan serta peranan ibu bapa dalam menyokong kecemerlangan anak-anak sepanjang berada di TVETMARA Kuching.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. Semoga perjalanan anda di sini dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna, ilmu yang bermanfaat serta kejayaan yang cemerlang.

โœจ "Langkah pertama menuju masa depan yang gemilang bermula di sini."

24/05/2026
โœจ SELAMAT CUTI SEMESTER โœจMajlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh pel...
22/05/2026

โœจ SELAMAT CUTI SEMESTER โœจ

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh pelajar sesi Janโ€“Jun 2026.

Gunakan masa cuti ini dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, meningkatkan kemahiran diri serta menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang berada di kediaman.

Semoga anda kembali semula ke kampus dengan semangat, disiplin dan motivasi yang lebih tinggi!

(PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ARWAH)Pengarah TVETMARA Kuching telah menyampaikan hasil kutipan derma warga kampu...
22/05/2026

(PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ARWAH)

Pengarah TVETMARA Kuching telah menyampaikan hasil kutipan derma warga kampus kepada keluarga Allahyarham Putera Iman Zulhakim Bin Abdullah sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan warga TVETMARA Kuching.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga serta roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. ๐Ÿค



(KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG DERMA MPP TVETMARA KUCHING)Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching telah mengadakan k...
22/05/2026

(KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG DERMA MPP TVETMARA KUCHING)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching telah mengadakan kutipan derma khas sebagai tanda solidariti dan keprihatinan warga kampus buat keluarga Allahyarham Putera Iman Zulhakim Bin Abdullah.

Hasil kutipan derma yang telah berjaya dikumpulkan kemudiannya diserahkan oleh penyelaras mpp kepada Pengarah TVETMARA Kuching untuk disampaikan kepada keluarga arwah. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu serta meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Pihak TVETMARA Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah bersama-sama menyumbang dan mendoakan arwah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.




๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽSeluruh warga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching ...
18/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Seluruh warga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuching merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Putera Iman Zulhakim Bin Abdullah, pelajar Program Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mei 2026 bersamaan 01 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
TVETMARA Kuching, Sarawak.

Address

Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP IKM Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share