24/03/2023
Assalamualaikum dan salam hormat,
DAFTAR T12425 #1 : PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/ 2025 (MAKLUMAN AWAL)
🔔 Makluman awal.
Dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/ 2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.
Mulai tahun 2023, pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my
1. Untuk kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.
2. Ibu bapa/ penjaga sah boleh melengkapkan Modul Pengurusan Awam dan mengisi peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.
Seperti mana dalam platform sebelum ini, ibu bapa perlu berdaftar dalam sistem tersebut terlebih dahulu.
3. Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengingatkan ibu bapa/ penjaga sah agar sentiasa membaca makluman terkini di laman utama IDMe.
4. Mohon maklumkan kepada ibu bapa/ penjaga sah yang pernah berdaftar menggunakan platform sebelum ini, bahawa data anak-anak mereka tidak hilang.
Setelah mendaftar di IDMe mereka perlu kemaskini data anak mereka di sistem baharu.
5. Setakat ini tiada arahan untuk membuat pendaftaran secara manual di peringkat sekolah.
6. Belum ada makluman untuk pendaftaran bagi kohort umur 2 Jan 2018 sehingga 1 Jan 2019.
Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Unit Prasekolah dan Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah
PPD Padawan
Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia