06/06/2023
Apakah itu gangguan seksual ??
Kita perlu tahu dan sedar bahawa gangguan ini boleh hadir bukan sahaja melibatkan sentuhan fizikal, malahan dalam pelbagai cara dan bentuk yang berbeza. Sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, visual, psikologi atau fizikal yang akan menyebabkan seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut adalah merupakan jenis gangguan seksual.
Tidak dapat dinafikan masih ramai yang belum peka berkenaan gangguan seksual yang berlaku dan menganggap situasi tersebut sebagai sebuah perkara biasa. Masyarakat haruslah membuka mata apabila isu ini dibangkitan bagi mengelakkan masalah ini daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.
Gangguan seksual juga boleh membawa kesan kepada emosi, psikologi atau fizikal individu. Jadi, kenali jenis-jenis gangguan seksual agar kita sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa.
Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja baik lelaki mahupun wanita, dewasa atau kanak-kanak dengan pelbagai jenis gangguan seperti:
1. Gangguan secara fizikal - segala bentuk perbuatan fizikal dlm jarak yg terlalu rapat sehingga menjurus kpd rasa kurang selesa.
2. Gangguan secara visual - menghantar mesej berunsur seksual menerusi media elektronik @ atas talian.
3. Gangguan secara lisan - segala jenis pertuturan yg berunsur seksual spt perbualan, jenaka @ usikan bunyi.
4. Gangguan secara psikologi - segala bentuk perbuatan yg cuba mempengaruhi, mendorong, mendesak, mengugut @ memujuk bg memenuhi keinginan seksual.
Oleh: Joshua Amir Sibat (290743)