12/07/2024
*Program Latihan Dakwah (PLD) HIKMAH* menawarkan program khusus pembelajaran dalam bidang keagamaan dan dakwah. Kurikulum dan subjek yang diajar adalah relevan untuk mendalami ilmu pengetahuan agama masa kini.
Pelajar lepasan SPM/Maahad/STAM/STPM yang minat untuk menceburi bidang keagamaan dialu-alukan untuk mendaftar pengambilan Baharu yang akan bermula pada Julai 2024.
Anda bukan sahaja dapat belajar tentang Bahasa Arab, tajwid, Fiqh, Aklak, malah anda juga akan didedahkan dengan subjek asas dakwah dan metodologi serta menafsir terjemahan Al-Quran.
Di *PLD HIKMAH* juga anda akan dilatih untuk meningkatkan ketrampilan diri sesuai dengan penyediaan seorang pendakwah yang berdisiplin dan berpengetahuan.
*Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu saja!*
Ambil langkah pertama untuk menuju perubahan positif dalam diri anda dan menyumbang dalam memperkuatkan pengetahuan agama dalam ummah masa kini di Sarawak.
Daftarlah sekarang untuk *Program Latihan Dakwah (PLD) HIKMAH* bersama kami!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PLD HIKMAH:
Puan Rahani bt Sapiee:
http://www.wasap.my/60198164374/KamekBerminatDaftarPLD
Pejabat: 082 – 445 884
Untuk pelajar yang berminat untuk mendaftar pengambilan pelajar baharu, sila layari *Google Form* dibawah: -
https://forms.gle/L4XEkvoXeKCiGiDy6
Mari mengorak langkah dakwah anda bersama *Program Latihan Dakwah (PLD) HIKMAH.*
Jadikan PLD HIKMAH sebagai landasan bagi merealisasikan cita-cita dakwah anda!
12/12/2022
📆Tarikh : 12 Disember 2022(isnin)
💡Program : Ujian Semester 1
📄Subjek : Bahasa Arab dan Imla'
Semoga dipermudahkan dan diberikan kelancaran dalam menjawab soalan peperiksaan.
بالتوفيق والنجاح
05/11/2022
Hari : Sabtu , 5-11-2022
Program : Kafa Usbu'i
Kafa Usbu'i merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan pada setiap tahun selain daripada amali dakwah. Program ini dibuat adalah bertujuan untuk memberi pendedahan sekaligus mempraktikkan ilmu yang dipelajari selama di Pusat Latihan Dakwah Hikmah. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari sabtu pada pukul 8 pagi-10:30 pagi. Selain mengaji, adik-adik juga diajarkan beberapa ilmu asas seperti:
1.Cara-cara solat
2.Cara berwudhu dengan betul
3. Pengenalan nombor 1-10 dalam bahasa arab
4. Kisah-kisah Nabi
Bagi yang berminat adalah amat-amat digalakkan untuk mendaftar.Pendaftaran masih lagi dibuka.
⚫Ikuti perkembangan kami di Facebook :
https://www.facebook.com/PLDMHIKMAH/
Sumbangan kepada institusi PLD sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalur di :
⚫ BANK ISLAM : 11013010089873 [Jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH]
05/11/2022
Hari : Jumaat,4-11-2022
Nama Program : Malam Kerohanian
Malam kerohanian dilakukan adalah untuk menguatkan dan mengukuhkan ilmu keagamaan pelatih selain daripada mengikuti kelas setiap hari. Ini juga dilakukan bagi melatih pelatih untuk berbicara dihadapan dengan konfiden. Topik-topik pembahasan adalah mengikut kehendak pelatih masing-masing dimana topik tersebut akan dibahas dan dkuatkan dengan ayat Alquran dan juga hadis yang berkaitan dengan topik pembahasan.
⚫Ikuti perkembangan kami di Facebook :
https://www.facebook.com/PLDMHIKMAH/
Sumbangan kepada institusi PLD sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalur di :
⚫ BANK ISLAM : 11013010089873 [Jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH]
06/09/2022
Temuduga kemasukan pelajar Pusat Latihan Dakwah HIKMAH telah dibuka kembali untuk sesi yang kedua bagi memberi peluang kepada sesiapa yang tidak berpeluang menghadiri temuduga pada sesi yang lepas.
Pusat Latihan Dakwah HIKMAH masih lagi membuka dan memberi peluang kepada anak-anak muda lepasan SPM,STPM yang berminat bagi mempelajari ilmu asas agama Islam dan Bahasa Arab selama setahun di Pusat Latihan Dakwah HIKMAH.
Pendaftaran kemasukan ke Pusat Latihan Dakwah telah dibuka!
Kami membuka peluang bagi yg berminat menyertai program kami di PLD Muslimin/Muslimah.
_____________________________
⚫Ikuti perkembangan kami di Facebook :
https://www.facebook.com/PLDMHIKMAH/
Sumbangan kepada institusi PLD sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalur di :
⚫ BANK ISLAM : 11013010089873 [Jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH]
27/07/2022
Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Dakwah HIKMAH 2021/2022
Bertempat : Dewan HIKMAH
Tarikh : 3 Ogos 2022 Bersamaan 4 Muharram 1444H
Setelah 2 tahun dilanda covid 19, Pusat Latihan Dakwah Hikmah akhirnya berpeluang mengadakan Majlis Konvokesyen terhadap pelatih yang berjaya menamatkan pelajaran mereka di Pusat Latihan Dakwah Hikmah.
Pusat Latihan Dakwah (PLD) HIKMAH merupakan pusat pengajian yang dibangunkan untuk melahirkan tenaga-tenaga daie/pendakwah muda bagi membantu perkembangan dakwah di bumi Darul Hana.
Objektif :
Mewujudkan satu sistem pendidikan yang mampu menggembeling sekumpulan manusia yang berpengetahuan mendalam tentang agama atau bertafaqquh fid-dien.
Melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani,emosi, jasmani dan intelektual yang menempatkan segala aspek kehidupannya sebagai manefestasi.
Melahirkan daie-daie HIKMAH yang berkemampuan menjalankan program-program dakwahnya dan bersedia menyumbangkan khidmat mereka tanpa mengira tempat dan masa.
⚫Ikuti perkembangan kami di Facebook :
https://www.facebook.com/PLDMHIKMAH/
Sumbangan kepada institusi PLD sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalur di :
⚫ BANK ISLAM : 11013010089873 [Jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH]
15/07/2022
🗓15 July 2022 ( Jumaat )
📝Peperiksaan Akhir Tahun
📚Subjek: Al-quran dan Akhlak
Peperiksaan Akhir Tahun akan berlangsung bermula dari 15 hingga 21 Julai 2022. Diharapkan semua pelatih Pusat Latihan Dakwah Hikmah (Muslimah) dapat menjawab soalan dengan lancar dan dilapangkan dada. Aamin
بالتوفيق والنجاح
⚫Ikuti perkembangan kami di Facebook :
https://www.facebook.com/PLDMHIKMAH/
Sumbangan kepada institusi PLD sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalur di :
⚫ BANK ISLAM : 11013010089873 [Jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH]
12/07/2022
Nama Program : Majlis Perasmian dan Penyerahan Daging Ibadah Qurban
Anjuran : Hikmah Sarawak
Tarikh : 11 Julai 2022 ( Sabtu ) / 11 Zulhijjah 1443 M
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri dan mengikuti majlis perasmian dan penyerahan daging qurban bersama anjuran Hikmah.
Semoga dengan pelaksanaan program tersebut, kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari peristiwa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi ismail dalam menuruti perintah Allah SWT.
⚫Ikuti perkembangan kami di Facebook :
https://www.facebook.com/PLDMHIKMAH/
Sumbangan kepada institusi PLD sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalur di :
⚫ BANK ISLAM : 11013010089873 [Jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH]
10/07/2022
Alhamdulillah..berkesempatan untuk mengikuti solat sunat hari raya idul adha bersamaan 10zulhijjah yang bertempat di Masjid Al-Hakim.
Dengan kesempatan kali ini, kami dari PLDM ingin mengucapkan selamat hari raya idul Adha kepada seluruh umat Islam.
⚫Ikuti perkembangan kami di Facebook :
https://www.facebook.com/PLDMHIKMAH/
Sumbangan kepada institusi PLD sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalur di :
⚫ BANK ISLAM : 11013010089873 [Jawatankuasa Pengurusan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH]
07/07/2022
Pendaftaran kemasukan ke Pusat Latihan Dakwah telah dibuka!
Kami membuka peluang bagi yg berminat menyertai program kami di PLD Muslimin/Muslimah. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
1. Berumur di antara 18-21 tahun.
2. Kredit 5 subjek SPM (BM, Pendidikan Islam dan 3 subjek lain).
3. Lepasan SPM/STAM sangat di alu-alukan.
4. Fasih bacaan Al-Quran.
5. Sihat tubuh badan.
6. Minat dengan bidang dakwah.
7. Bersedia mengikut segala arahan yg ditetapkan.
Cara memohon :
1. Isi borang permohonan di link berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfDTd35vBbhUJ7nChTmEna-bECl2oO748MEcQjQb4inkpjczQ/viewform
2. Muat turun borang di FB HIKMAH Sarawak.
3. Lengkapkan borang permohonan.
4. Sertakan borang bersama dokumen berikut :
2 keping gambar berukuran passport.
Salinan kad pengenalan.
Salinan sijil lahir.
Salinan sijil SPM/STAM
5. Hantarkan borang ke :
Unit Sumber Manusia,
Ibu Pejabat HIKMAH, Jalan Tun Abdul Rahman, Petrajaya, 93050, Kuching, Sarawak.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Ustaz Mustajab Sobari :- 013 8959961
Puan Rahani :- 019 8164374
Cik Fazilla :- 016 7716316