18/09/2026
Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah
Aspek:
3.2 Pengurusan Kokurikulum
Standard:
3.2.6 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
๐Perincian :
Tarikh: 18 September 2026 (Jumaat)
Masa: 7.15 pagi โ 9.15 pagi
Tempat: Anjung Akasia, SK Tan Sri Dr Sulaiman Hj Daud
๐Penglibatan:
Barisan Pentadbir, AJK terlibat, kakitangan dan pemenang-pemenang pertandingan Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 serta murid PPKI.
๐Objektif:
1. Memupuk dan menzahirkan semangat patriotisme serta rasa cinta akan negara dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti.
2. Memupuk nilai perpaduan, kerjasama dan persaingan sihat dalam kalangan murid tanpa mengira latar belakang.
3. Mengukuhkan jati diri dan sahsiah murid selaras dengan aspirasi pendidikan serta nilai Malaysia MADANI.
๐Impak:
1. Program berjaya memberi ruang kepada murid untuk menghayati semangat patriotisme melalui persembahan, pertandingan dan aktiviti bertemakan kemerdekaan.
2. Penglibatan murid daripada pelbagai peringkat termasuk Prasekolah dan PPKI turut menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan.
3. Penyampaian hadiah dan persembahan pemenang juga menjadi penghargaan terhadap usaha, bakat dan kreativiti murid sepanjang Program Bulan Kebangsaan.
๐Rumusan:
Secara keseluruhannya, Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2026 dapat dilaksanakan sebagai kemuncak kepada aktiviti Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. Program ini menjadi medium untuk menyemai rasa cinta dan kasih sayang terhadap negeri dan negara serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Kertas Kerja Hari Malaysia.pdf
๐Tindak Susul:
Program seumpama ini dicadangkan untuk diteruskan pada tahun akan datang dengan mempelbagaikan aktiviti yang lebih interaktif, kreatif dan berpusatkan murid. Penglibatan murid daripada semua tahap termasuk PPKI dan Prasekolah akan terus diperkasakan bagi memastikan penghayatan nilai patriotisme, perpaduan dan jati diri dapat diterapkan secara berterusan.
"Berilmu Berwawasan"