21/03/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan, kini tibalah Syawal yang mulia. Panitia Pendidikan Agama Islam dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan:
**Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin** 🌙💚
Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan kita semua dikurniakan keberkatan, kesihatan yang baik serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Di kesempatan ini, kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan sepanjang menjalankan amanah mendidik anak-anak kita.
Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kegembiraan, mempereratkan silaturahim, dan menanamkan nilai keimanan yang lebih kukuh dalam diri kita semua.
**Taqabbalallahu minna wa minkum.**
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
*Panitia Pendidikan Agama Islam*
Takbir Raya SK RPR Jalan Astana 2026 Takbir Raya SK RPR Jalan Astana 2026 dibawakan dengan pimpinan Ustaz Mohamad Othman bin Narudin bersama-sama para pentadbir, AKP dan guru-guru lelaki SK RPR ...
08/06/2025
28/02/2025
13/02/2025
06/07/2024
16/01/2024