09/08/2025
/
MEMARTABATKAN WARISAN ANAK BANGSA DEMI KELESTARIAN SILAT MALAYSIA
09/08/2025
/
Kuching martial arts festival 2025 ❗
Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah di Kuching Festival Martial Art Display 2025 anjuran MBKS
Syabas dan tahniah kepada para pesilat Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah yang telah mempersembahkan aksi silat yang bertenaga dan bersemangat dalam acara Martial Art Display sempena Kuching Festival 2025 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Persembahan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan seni bela diri warisan Melayu, tetapi turut memupuk semangat disiplin, kerjasama dan cinta terhadap budaya.
Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan menjayakan penyertaan kami.
17/06/2025
13/10/2024
KEJOHANAN SUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT NEGERI SARAWAK TANG SOO DO & SILAT OLAHRAGA SEMPENA HARI SUKAN MALAYSIA 2024 bertempat di Aeon Mall Kuching Central Pada 13 Oktober 2024
Tahniah kepada pesilat Gerak Hikmah yang bertanding kerana berjaya meraih pingat kemenangan
🥇4 Emas
🥈1 Perak
🥉4 Gangsa
1. MUHAMMAD ZIKRY -Emas
2. SABREY MUSTAQEEN - Emas
3. AINOLLUFTI MUHAMMAD NURZID -Emas
4. AINUL MAGHFIRAH - Emas
5. DAMIA TRISYA - PERAK
6. AQIL RIFQI - GANGSA
7. MUHAMMAD SAH SHAHRIZAN - GANGSA
8. NURHALIZA - GANGSA
9. NUR MALISSA DANIA - GANGSA
03/07/2024
PENGAMBILAN AHLI BARU Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah
Bukan sekadar mengikuti latihan sahaja.. anda juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.. Jom sertai kami !!!
BERMINAT UTK MENYERTAI
WWW.WASAP.MY/60189843943/SILAT
12/03/2024
05/03/2024
🌙🌙BERILMU, BERAMAL & BERIMAN🌙🌙
Alhamdulillah🤲🏻🤲🏻
Majlis Ujian Kenaikan Bengkung bagi Kelab Silat Olahraga Gerak Hikmah siri 1/2024 selesai dijayakan pada 2 Mac 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Baru Kota Samarahan .
2 Pusat Latihan daripada cawangan Kuching & Samarahan menyertai majlis ini . Ketua Jurulatih Encik Ismawi ( Is Ismail ) & Encik Awang Junaidi (Awang Junior ) selaku penilai sudi hadir menguji kesemua peserta ujian. Majlis penyerahan tali pinggang telah pun disempurnakan oleh Guru Utama Encik Sariee Jimi dan Guru Muda Encik Abdul Healee Bin Bujang Seran ( Riyan Adiputra ).
Syabas dan Tahniah kepada semua peserta ujian kali ini. Ketabahan dan kesungguhan dalam menempuhi perjalanan sebagai pesilat sangat dituntut. Dengan semangat tidak menyerah kalah dalam mengharungi segala kepayahan latihan juga pastinya menjadi suatu pengalaman manis dalam kehidupan. Berazamlah untuk menjadi versi TERBAIK diri masing-masing💪💪💪
Pengurus Program
✅Hendrawan Abdullah
✅Aezsya Annis
_______________________________________
Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.
05/02/2024
KEJOHANAN SILAT TEMPUR OLAHRAGA PERINGKAT NEGERI SARAWAK SEMPENA HARI REGATTA SARAWAK 2023 bertempat di Waterfront Kuching Pada 27/28&29 Oktober 2023
Tahniah kepada pesilat Gerak Hikmah yang bertanding kerana berjaya meraih pungutan pingat tertinggi
🥇5 Emas
🥈4 Perak
🥉3 Gangsa
1. MUHD AIMAN MANSOR -Emas
2. NORSYAZZWAN AIMAN - Emas
3. SABREY MUSTAQEEM -Emas
4. NURHALIZA - Emas
5. NUR SYAHIRAH - Emas
6. HARITH HAZIQ - Perak
7. LUTFIR RAHMAN - Perak
8. NUR DAMIA TRISYA -Perak
9. NURUL NADIA - Perak
10. NAZFIZZY AFFIQ -GANGSA
11. AZAAIMAN JAMIL - GANGSA
12. NUR QYASIDAH - GANGSA
05/02/2024
Martial Art Display sempena Kuching Festival Fair 2023 pada Sabtu 12 Ogos 2023 yang lalu bertempat di Stadium Hoki Sarawak, MBKS
18/09/2023