SAR KAFA Integrasi As-Syakirin Kuching

SAR KAFA Integrasi As-Syakirin Kuching SAR KAFA Integrasi As-Syakirin Kuching
MIS-IPIP-002

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung pada Khamis, 12 Mac 2026.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:• K...
15/03/2026

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung pada Khamis, 12 Mac 2026.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
• Kuiz Ramadan yang dikendalikan oleh Mudir
• Aktiviti Tebuk Mengaji bersama Ustaz Sahir
• Tadarus Surah Lazim secara berjemaah
• Pengagihan pulut kuning kepada para peserta

Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat mencintai Al-Quran dalam kalangan murid serta menghidupkan keberkatan bulan Ramadan.



📸 𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐈𝐡𝐭𝐢𝐟𝐚𝐥 & 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟓Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihtifal &...
21/02/2026

📸 𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐈𝐡𝐭𝐢𝐟𝐚𝐥 & 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟓

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ihtifal & Anugerah Cemerlang 2025 SAR KAFA Integrasi As-Syakirin Kuching pada 14 Disember 2025 yang lalu bertempat di Dewan Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pencapaian dan kecemerlangan para murid sepanjang tahun 2025. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah serta penghargaan kepada warga sekolah dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu.

✨ Berikut dikongsikan sekitar gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.



🕌 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗠𝘂𝗯𝗮𝗿𝗮𝗸 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲M 🌙✨Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh kaum muslimin ...
19/02/2026

🕌 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗠𝘂𝗯𝗮𝗿𝗮𝗸 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟲M 🌙

✨Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh kaum muslimin & muslimat.

Sempena bulan Al-Quran ini, marilah kita mengajak ahli keluarga memperbanyakkan bacaan serta tadabbur ayat-ayatnya, dan menghidupkan suasana rumah dengan amal ibadah.

Rasulullah SAW mengingatkan bahawa Ramadan terbahagi kepada tiga fasa:
10 hari pertama – rahmat,
10 hari kedua — keampunan,
10 hari terakhir — pembebasan dari api neraka.

Moga-moga Madrasah Ramadan tahun ini dapat memperbaiki semula fokus dan kualiti ibadah kita, di samping menanamkan disiplin rohani yang terus berbekas walau selepas Ramadan berlalu.

Ramadan Kareem.🌙


18/02/2026
𝐊𝐞𝐦 𝐁𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟐 & 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝Khamis, 12 Februari 2026 yang lalu telah berlangsung Kem Bestari Sol...
15/02/2026

𝐊𝐞𝐦 𝐁𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟐 & 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝

Khamis, 12 Februari 2026 yang lalu telah berlangsung Kem Bestari Solat Siri 2 bertajuk Puasa dan Terawih sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan. Pengisian telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Rafiq dengan penyampaian yang jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.

Turut diadakan sambutan hari lahir bagi murid yang lahir bulan Januari dan Februari.

Sebagai penutup, murid-murid menerima agihan Pack Ramadan berupa sejadah, kurma dan buku ilmiah untuk kegunaan sepanjang Ramadan.

Semoga program ini memberi manfaat dan keberkatan buat semua.


10/11/2025

Majlis Khatam Al-Quran SIAS 2025

"Al-Quran Pemacu Akhlak Insani"

🕌 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐒-𝐒𝐘𝐀𝐊𝐈𝐑𝐈𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓✨Tarikh: 23 Oktober 2025 | Khamis (bersamaan 1 Jamadilawal 1...
10/11/2025

🕌 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐒-𝐒𝐘𝐀𝐊𝐈𝐑𝐈𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓✨

Tarikh: 23 Oktober 2025 | Khamis (bersamaan 1 Jamadilawal 1447H)

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah SAR KAFA Integrasi As-Syakirin Kuching telah berlangsung dengan penuh tertib dan keberkatan pada Khamis, 23 Oktober 2025 yang lalu.

Majlis ini diadakan khusus bagi meraikan anak-anak murid Tahun 5 yang bakal menamatkan pengajian mereka di KAFA. Ia juga menjadi simbol penghargaan atas usaha gigih mereka dalam mempelajari, memahami dan mengamalkan kalamullah sepanjang tempoh pembelajaran.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa serta warga sekolah yang bersama-sama menjayakan majlis penuh bermakna ini. Semoga anak-anak ini terus menjadi generasi pencinta Al-Quran dan pewaris ilmu yang berakhlak mulia.

Moga amalan membaca dan menghayati Al-Quran terus subur dalam diri anak-anak kita.

"AL-QURAN PEMACU AKHLAK INSANI"



✨𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐀!✨📍 SAR KAFA INTEGRASI AS-SYAKIRIN KUCHING adalah sebuah Institusi pendidikan I...
26/10/2025

✨𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐀!✨

📍 SAR KAFA INTEGRASI AS-SYAKIRIN KUCHING adalah sebuah Institusi pendidikan Islam swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kini membuka peluang kemasukan bagi murid-murid Islam sekolah rendah sekitar Bandar Kuching.

🎯 Kemahiran Asas Fardhu Ain Tahun 1 – 5
🕌 Dengan bimbingan guru berpengalaman dalam suasana pembelajaran Islamik & menyeronokkan!

📚 Tawaran Pengajian Berasaskan Silibus JAKIM:
📖 Jawi
📖 Bahasa Arab
📖 Talaqi Al-Quran
📖 Hafazan Surah Lazim
📖 Amali Ibadah
📖 Sirah & Aqidah
📖 UPKK Tahun 5

💫 Turut disertakan dengan pengajian Iqra’ & Al-Quran, serta Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 5 bagi memastikan anak-anak mendapat asas agama dan akhlak yang kukuh.

👧🧒 Kenapa Pilih KAFA As-Syakirin?
✅ Guru berpengalaman & berdedikasi
✅ Persekitaran Islamik & kondusif
✅ Aktiviti menarik & membina akhlak
✅ Seimbang antara ilmu & rohani

📍 Pendaftaran dibuka sekarang hingga tempat penuh!

🕐 Sesi Pengajian:
Isnin – Khamis | 1.30 – 5.00 petang

📍 Alamat:
Lot 78, No. 18, Jalan Hj Bolhassan, Kuching

📞 Hubungi kami untuk pendaftaran & pertanyaan:
📱 013-8069469 (Puan Sha)
📱 014-8921674 (Puan Sue)

🌸 Daftarkan anak anda hari ini untuk membina generasi berilmu, berakhlak dan beriman! 💖


26/09/2025
📸✨𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗶𝗻𝗶 𝗘𝘅𝗽𝗹𝗼𝗿𝗮𝗰𝗲 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 & 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 🇲🇾Alhamdulillah, pada 9 September 2025 (Selasa) yang l...
26/09/2025

📸✨𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗶𝗻𝗶 𝗘𝘅𝗽𝗹𝗼𝗿𝗮𝗰𝗲 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 & 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 🇲🇾

Alhamdulillah, pada 9 September 2025 (Selasa) yang lalu, telah berlangsung Program Mini Explorace di SAR KAFA Integrasi As-Syakirin dengan penglibatan semua murid.

Program ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme, kerjasama berpasukan serta nilai kekitaan dalam kalangan murid-murid. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan di setiap checkpoint secara berkumpulan yang penuh dengan semangat dan kegembiraan.

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat! 🌟 Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa kita semua ❤️🤍💙💛

Address

No 18 Lot 78 Jalan Haji Bolhassan
Kuching
93400

Opening Hours

Monday 10:30 - 17:00
Tuesday 10:30 - 17:00
Wednesday 10:30 - 17:00
Thursday 10:30 - 17:00

Telephone

+60138069469

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAR KAFA Integrasi As-Syakirin Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SAR KAFA Integrasi As-Syakirin Kuching:

Shortcuts

Share

Category