20/11/2025
18 November 2025 :
Meals Ready to Eat (MRE) telah diagihkan ke semua kolej pada bulan ini untuk dimanfaatkan oleh para pelajar yang memerlukan.
1. Kolej Raflesia - 200 kotak
2. Kolej Kenanga - 200 kotak
3. Kolej Seroja - 200 kotak
4. Kolej Tun Ahmad Zaidi -200 kotak
5. Kolej Cempaka - 200 kotak
6. Kolej Bunga Raya - 200 kotak
7. Kolej Allamanda - 200 kotak
8. Kolej Sakura - 200 kotak
9. Pusat Khidmat Pelajar - 400 kotak .
Jumlah : 2000 kotak
MRE ini adalah agihan secara bulanan sejak tahun 2023 bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang memerlukan, dalam mendapatkan bekalan makanan pada waktu-waktu yang mendesak. MRE ini adalah sumbangan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) melalui kerjasama dengan Bahagian Endowmen dan Wakaf. Rekod agihan akan dilaporkan kepada TBS untuk agihan berterusan pada bulan yang berikutnya, mengikut keperluan/permintaan.
28/02/2025
Rebut Peluang Bersedekah.
Program Kasih Insani kali yang ke-7 UNIMAS akan mengagihkan bantuan kewangan kepada lebih 1000 pelajar B40 UNIMAS yang memerlukan, dalam pelbagai bentuk bantuan termasuk biasiswa, wang saku, yuran pengajian, dan makanan. Bantuan ini adalah hasil daripada sumbangan pelbagai pihak melalui Tabung Derma / Endowmen UNIMAS. Salah satu pengisian dalam Program Kasih Insani 7 kali ini ialah Majlis Ramah Tamah khusus untuk pelajar B40 yang terlibat daripada semua fakulti di UNIMAS.
Sehubungan itu, peluang untuk beramal dan berkongsi kegembiraan kali ini, turut dibuka kapada anda semua untuk menderma bagi menyediakan pelbagai menu tambahan yang jarang dihidangkan kepada pelajar dalam kampus dengan suasana penuh kemeriahan. Momen ini pasti tidak akan dapat dilupakan oleh mereka.
Derma samada secara individu atau secara terkumpul di setiap F/I/P/B boleh disalurkan melalui FPX yang disediakan di eDonation pada link ini : https://edonation.ia.unimas.my/ #/form/5896/prev?entryId=65103436 atau imbas kod QR pada poster yang disertakan.
Sama-sama kita menggembirakan pelajar yang memerlukan. Rezeki yang dikongsi pasti membawa keberkatan dan limpahan rezeki kebaikan.
Salam Jumaat dan Salam Ramadan.
28/11/2024
28 November 2024
Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengarah, Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS Puan Hajah Dayang Nor Hajijah binti Haji Awang Daud atas pengurniaan Pingat Perkhidmatan Bakti (PERAK)(PPB) daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Selamat maju jaya dan semoga terus berkhidmat dengan cemerlang.
Ikhlas Daripada,
Warga Unimas Endowment & Waqf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)