18/09/2026
Bual Bicara Pentadbir: Persediaan Sekolah Menghadapi Lawatan Kajian Impak Pelaksanaan TS25 dan Audit Persekitaran 360 darjah
🗓️18 September 2026
⏰8.30 -9.30 pagi
🛋️Bilik Guru Besar
👥Guru Besar dan semua Penolong Kanan SK Tabuan Hilir
SK@S:
📍Standard 1: Kepemimpinan
Aspek 1.1, 1.3 (PGB sebagai peneraju/pendorong)
📍Standard 3: Pengurusan Kurikulum,Kokurikulum dan HEM
📍Standard 4: PdPc/GPkhas
📍Standard 5: Kemenjadian murid,pencapaian guru dan pencapaian sekolah (Aspek 5.1-5.4)
🌷Objektif
1. Memberi kefahaman kepada warga sekolah tentang tujuan dan fokus Lawatan Kajian Impak Pelaksanaan TS25.
2. Menyelaraskan persediaan pentadbir, guru, murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia serta dapat menunjukkan amalan TS25 yang dilaksanakan secara konsisten.
3. Memastikan dokumentasi, evidens dan amalan terbaik sekolah dapat diketengahkan secara sistematik.
4. Memperkukuh pelaksanaan SK@S melalui budaya sekolah berkualiti, kepimpinan berkesan, PdP berkualiti dan kemenjadian murid.
🌷Rumusan
Bual Bicara Pentadbir menekankan bahawa persediaan lawatan bukan sekadar dari aspek dokumentasi, tetapi melibatkan amalan sebenar yang dilaksanakan secara berterusan. Semua warga sekolah perlu memahami peranan masing-masing serta dapat menjelaskan amalan TS25 yang dilaksanakan dalam konteks sekolah. Penekanan diberikan kepada budaya kerja berpasukan, persekitaran pembelajaran yang kondusif, PdP berkesan, pelibatan PIBG/komuniti serta usaha meningkatkan kemenjadian murid. Pentadbir turut membincangkan kepentingan Audit Persekitaran 360 darjah secara konsisten.
🌷Tindak Susul
* Menyemak dan mengemas kini evidens serta dokumentasi berkaitan TS25 dan SK@S.
* Mengenal pasti dan mendokumentasikan amalan terbaik sekolah yang mempunyai impak kepada murid.
* Memastikan guru dan warga sekolah memahami fokus, peranan serta amalan TS25 yang dilaksanakan.
* Membuat pemantauan dan penambahbaikan secara berterusan berdasarkan keperluan sekolah.
* Menyediakan murid agar dapat menunjukkan nilai, kompetensi, sahsiah dan hasil pembelajaran yang mencerminkan kemenjadian murid.
🌷Impak
* Warga sekolah lebih bersedia, yakin dan jelas terhadap pelaksanaan TS25.
* Terbentuk budaya kerja yang lebih sistematik, kolaboratif dan berorientasikan kualiti.
* Meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran dan kemenjadian murid secara holistik.
* Amalan terbaik sekolah dapat dikenal pasti, dikongsi dan ditambah baik secara berterusan.