01/05/2026
Selamat Hari Buruh!
Ini adalah halaman rasmi untuk Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak (PSSBS)
01/05/2026
Selamat Hari Buruh!
29/04/2026
"Kalau kita tidak bersilat takut nanti silat akan hapus..."
Begitulah antara ungkapan Allahyarham Tuan Imam Haji Zainudin bin Haji Adenan, Guru Utama Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak ketika beliau ditemuramah majalah Pendekar (Bil:72 / September 1994).
Tuan Imam Haji Zainudin yang turut dikenali dengan panggilan Pak Jambak dilahirkan pada 25 Disember 1930 di Kampung Masjid, Kuching Sarawak. Ayah beliau, Haji Adenan bin Abok merupakan seorang guru sekolah dan juga guru agama di sekolah Madrasah, Jalan Jawa (sekarang Jalan P.Ramlee). Ibu beliau bernama Hajah Rokayah binti Sabuk.
Anak kedua dari tujuh orang adik-beradik ini mula bersekolah di Sambir (1935) sebelum mengikuti bapanya berpindah ke Saratok (1936). Sejarah persilatan beliau bermula ketika beliau berumur 13 tahun di mana beliau telah mempelajari silat Betawi dari seorang guru yang bernama En. Mahli. Di samping itu, beliau sempat mempelajari beberapa jenis bunga dan permainan Helang Menyambar.
Aktiviti persekolahan dan persilatan beliau terhenti seketika semasa kedatangan tentera Jepun. Situasi tersebut berlarutan sehinggalah British berkuasa semula pada tahun 1945, namun aktiviti persilatan bergerak secara terhad. Pada tahun yang sama, beliau bersama keluarganya kembali berpindah ke Kuching.
Sejarah persilatan Tuan Imam Haji Zainudin berkembang semula pada tahun 1960an ketika keluarga beliau berserta 70 keluarga yang lain berpindah ke Kampung Siol Kandis. Sebelum berpindah, beliau sempat menuntut ilmu silat Hailam Betawi dengan seorang guru yang bernama Munir bin Abu @ Abok, adik kepada bapa beliau sendiri.
Selain itu, beliau turut belajar permainan Cekak Betawi dari seorang guru silat berbangsa Melanau (Islam) yang bernama Mohd. Noor bin Totok. Beliau diberi kepercayaan untuk mengajar ketika beliau berusia lingkungan 30an dan rata-rata anak murid beliau berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.
Selain guru silat, Tuan Imam Haji Zainudin turut mengajar agama dan merupakan bekas Imam 1, Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya dari tahun 1990 sehingga Mac 2002. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden 1, Rumpun Silat Sarawak, merangkap Pengerusi Jemaah Pendekar & Guru-guru Tua Peringkat Negeri Sarawak. Di antara pingat-pingat kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada beliau ialah:
1. Darjah Kebesaran Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) : 13 September 1997
2. Darjah Kebesaran Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) : 9 September 2000
Legasi Perguruan Seni Silat Betawi Sarawak kini diteruskan anak-anak beliau, Tuan Haji Mohamed Alli bin Haji Zainudin selaku guru utama (pewaris) dan En. Abu Bakar bin Haji Zainudin selaku guru muda.
Perguruan Seni Silat Betawi merupakan satu pertubuhan yang berdaftar di bawah Rumpun Silat Sarawak (RSS) dan merupakan salah satu daripada 13 perguruan yang menubuhkan Pertubuhan Seni Silat Bumiputera Sarawak (PSSBS) pada tahun 1976.
Tuan Imam Haji Zainudin telah kembali ke rahmatullah pada 15 Mei 2013. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.
02/04/2026
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dengan sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Faridzuandy bin Adam (Andy) telah kembali kerahmatullah pada jam 12:50 am malam tadi (2 April 2026 bersamaan 13 Syawal 1447H)
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
18/02/2026
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi medan mendidik jiwa untuk lebih bertaqwa. Selamat menyambut bulan penuh barakah dari PSSBS.
14/02/2026
Alhamdulillah malam tadi telah berlangsung sesi penyampaian insentif perguruan bagi betawira cilik dan remaja yang telah memperoleh pingat semasa kejuaraan silat Jabat Sejagat pada bulan Disember yang lalu. Moga menjadi pembakar semangat buat rakan-rakan betawira lain. Teruskan usaha untuk mempertingkat kemahiran dan pemahaman dalam silat tradisi serta silat sukan.
Di kesempatan ini juga PSSBS ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.
02/02/2026
19/01/2026
12/01/2026
Selamat Ulangtahun ke 66 Tahun buat Ayahanda Tuan Guru Haji Mohamed Alli bin Haji Zainudin selaku Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak dan Guru Utama Perguruan Seni Silat Betawi .
Semoga Ayahanda terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan, serta keberkatan dalam setiap urusan.
Semoga kehidupan Ayahanda Tuan Guru Haji Mohamed Alli bin Haji Zainudin sentiasa dilimpahi rahmat dan kesejahteraan.
Aaaminn Yarabal A'laamin.
🙏🏻
27/12/2025
Memastikan warisan persilatan Melayu di Sarawak terus diperturunkan kepada generasi muda.
Baca artikel penuh: https://www.tvsarawak.my/2025/12/26/festival-jabat-sejagat-satukan-aliran-silat-perkukuh-warisan-melayu-sarawak/