SPEC i-CATS University College

SPEC i-CATS University College Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SPEC i-CATS University College, College & University, Jalan Stampin Timur, Kuching.

Hari Malaysia mengingatkan kita tentang detik bersejarah penyatuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Perbezaan budaya da...
16/09/2026

Hari Malaysia mengingatkan kita tentang detik bersejarah penyatuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Perbezaan budaya dan bahasa adalah kekuatan kita untuk terus maju bersama. Selamat Hari Malaysia! ✨

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾Kebebasan bukan sekadar tarikh, tetapi tanggungjawab kita untuk menjaga keamanan negara. Jo...
30/08/2026

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Kebebasan bukan sekadar tarikh, tetapi tanggungjawab kita untuk menjaga keamanan negara.

Jom kekalkan semangat perpaduan dan nikmati kesejahteraan ini bersama-sama sebagai satu bangsa, Bangsa Malaysia! ❤️

Kerinduan yang tiada penghujung, buat kekasih agung, Nabi Muhammad SAW.❤️Baginda menangis merindui kita yang belum perna...
25/08/2026

Kerinduan yang tiada penghujung, buat kekasih agung, Nabi Muhammad SAW.❤️

Baginda menangis merindui kita yang belum pernah bersua muka. Baginda menyebut "Ummati, ummati" (umatku, umatku) sehingga ke akhir nafasnya. Apa bukti cinta kita pada baginda?

Jom amalkan sekurang-kurangnya satu sunnah ringkas hari ini dan perbanyakkan selawat. Saling mengingati, saling berkongsi kebaikan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selamat Menyambut Hari Sarawak! ❤️💛🖤Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah, meraikan kepelbagaian budaya, dan memp...
22/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak! ❤️💛🖤

Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah, meraikan kepelbagaian budaya, dan memperkukuhkan semangat perpaduan demi Sarawak yang terus maju, aman, dan sejahtera. Segulai Sejalai.

🌱 SEED OF HOPE 2026 💚Ada harapan yang lahir daripada sebuah senyuman, dan ada kebahagiaan yang tercipta melalui sebuah k...
20/07/2026

🌱 SEED OF HOPE 2026 💚

Ada harapan yang lahir daripada sebuah senyuman, dan ada kebahagiaan yang tercipta melalui sebuah kehadiran.

Pada 18 Julai 2026, Student Peer Empowerment Committee (SPEC) i-CATS bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) i-CATS dan SPARK i-CATS telah berjaya melaksanakan Program Komuniti "Seed of Hope" di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching.

Program ini bukan sekadar meraikan Hari Sarawak, malah menjadi ruang untuk menyemai kasih sayang, berkongsi kegembiraan, dan mengeratkan silaturahim bersama adik-adik di rumah kebajikan melalui pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, sukaneka, penghasilan kad ucapan kreatif serta persembahan khas.

Bagi SPEC, setiap interaksi yang terjalin merupakan satu langkah kecil dalam membina keyakinan, menyebarkan sokongan emosi, dan mengingatkan bahawa setiap individu berhak untuk merasa dihargai serta disayangi.

Kami percaya bahawa semangat kesukarelawanan bukan hanya tentang memberi, tetapi juga tentang belajar, memahami, dan membina hubungan yang bermakna bersama masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada MPP i-CATS, SPARK i-CATS, pihak pengurusan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, serta semua sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga benih harapan yang disemai hari ini akan terus mekar menjadi inspirasi dan membawa sinar kepada masa hadapan. 💚

SPEC i-CATS University College
ICATS University College
Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr Mohamad Kadim Suaidi
Irwandi Hipiny
ICATS SPARK / HEPA i-CATS UC
Majlis Perwakilan Pelajar i-Cats

14/07/2026

Bukan setiap perjalanan diukur melalui destinasi, tetapi melalui insan yang bersama kita sepanjang perjalanan. 💚

Daripada gelak tawa, cabaran, hingga perkongsian yang mengeratkan hubungan, SPECtacular Escape: Reconnect, Recharge, Rebond bukan sekadar sebuah program team building. Ia merupakan satu pengalaman yang mengingatkan kita bahawa komuniti yang kuat bermula dengan hubungan yang ikhlas, kepercayaan dan sokongan antara satu sama lain.

Bersama-sama, kita mengeratkan semula ukhuwah, menyegarkan kembali minda, dan membina semula semangat sebagai satu keluarga SPEC.

Semoga segala kenangan yang tercipta menjadi pemangkin untuk terus memperkukuhkan hubungan, menyemai semangat kebersamaan, dan meneruskan usaha memperkasakan kesejahteraan warga i-CATS. 🌿✨

Happy Father's Day to the best Dad! 💙💜Your strength, kindness, and unwavering support mean the world to me. Thank you fo...
21/06/2026

Happy Father's Day to the best Dad! 💙💜

Your strength, kindness, and unwavering support mean the world to me. Thank you for always being there through every step of my journey.



🌾✨ Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak ✨🌾Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua ❤️Semoga Hari Gawai ini memb...
31/05/2026

🌾✨ Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak ✨🌾

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua ❤️

Semoga Hari Gawai ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan semangat perpaduan yang terus mekar dalam kalangan kita semua.
Raikan bersama keluarga, sahabat, dan komuniti dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Ohhhhaaa! 🍃🎉

Ikhlas daripada,
Student Peer Empowerment Committee (SPEC) iCATS University College



Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat anda ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat anda sekeluarga. Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan doa yang dipanjatkan diterima serta dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran, kasih sayang dan kebersamaan bersama insan tersayang. Eid Mubarak 🤍



Happy Teacher’s Day 🌷✨Thank you for inspiring, guiding, and believing in us every step of the way.Your dedication and ki...
16/05/2026

Happy Teacher’s Day 🌷✨

Thank you for inspiring, guiding, and believing in us every step of the way.

Your dedication and kindness leave a lasting impact on every student’s life. We are truly grateful for all that you do. 📚💙



Address

Jalan Stampin Timur
Kuching
93250

Telephone

+601112642820

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPEC i-CATS University College posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share