Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Darul Ikhwan Muara Tebas

Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Darul Ikhwan Muara Tebas

Share

Gelanggang P12SSH Cawangan Darul Ikhwan Muara Tebas, di bawah pimpinan Ayahanda Guru Haini Hamlin.

20/03/2026
18/02/2026

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan Al-Mubarrak kali ini membawa sejuta erti dan keberkatan.
Bulan pengampunan dan dibukakan pintu Rahmat Ilahi. Semoga Allah melipatgandakan Rahmat dan pahala di dalam segala amal ibadah kita.

Selamat menyambut dan meraikan Ramadhan Al Mubarrak

Ikhlas daripada Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Muara Tebas

Photos from Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Darul Ikhwan Muara Tebas's post 14/02/2026

Ayahanda Guru Haini Hamlin, berkesempatan memimpin bacaan doa pada Majlis Persandingan Hafiz Suip dan isterinya Fiona semalam.
Semoga kedua mempelai dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hingga ke Jannah Ilahi.
Tahniah Hafiz Suip dan Isteri

02/02/2026

Imam al Syafi’i berkata:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

Salam Nisfu Syaaban 1447H, Ikhlas daripada Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Muara Tebas

Photos from Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Darul Ikhwan Muara Tebas's post 30/01/2026

Alhamdulillah 30 Januari 2025/11 Syaaban 1447H

Kelas berlangsung seperti biasa. Tahniah atas kesungguhan dan komitmen pesilat di dalam melestarikan mainan Buah Pukul Sarawak hingga ke hari ini.
Semoga segala yang dipelajari dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT



Photos from Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Darul Ikhwan Muara Tebas's post 24/01/2026

Alhamdulillah 23 Januari 2026/ 4 Syaban 1447H

Kelas berlangsung seperti biasa.
Semoga anak-anak istiqomah di dalam menuntut ilmu persilatan ini.



01/12/2025

JABAT SEJAGAT 2025 : Semarak Jiwa Jagoan!

Tahun ini Festival Jabat Sejagat Siri 2 bakal membuka kembali gelanggang beladiri tradisi, seni silat! Festival ini bakal berlangsung di Sarawak Sports Village (SSV) Kuching bermula 25-28 Disember 2025. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti:

- Pertandingan memanah tradisional
- Pertandingan melastik
- Pameran / booth jualan
- Foodtruck

Festival kali ini cuba menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 500 orang pesilat dari pelbagai perguruan RSS serta pasukan-pasukan jemputan seluruh Sarawak.

Marilah sama-sama hadir memeriahkan lagi Festival Jabat Sejagat 2025 ini nanti!





Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Masjid Darul Ikhwan Muara Tebas
Kuching
93050

Opening Hours

20:30 - 23:00