04/10/2024
“ Ibu bapa hendaklah berhati-hati ketika mengatakan sesuatu kepada anak² . Dikhuatiri ketika kita bercakap perkara yang tidak baik kepada anak kita, malaikat mengambil perkataan itu sebagai doa dan di makbulkan oleh Allah ﷻ. Kerana doa ibu bapa mustajab di sisi Allah ﷻ “
"Antara wasilah untuk kita menjadikan anak-anak kita baik ialah dengan kita menjadi orang yang baik."
"Ajarilah anak-anak dengan bahasa perbuatan sebelum bahasa perkataan."
"Kanak-kanak di masa kecil itu hidupnya mencontohi siapa yang ada di hadapannya dan akan meniru baik pada perbuatannya atau pada kata-katanya."
"Memberi ruang kepada mereka bermain atau berhibur dengan permainan atau hiburan yang bermanfaat dan bukannya yang mendatangkan mudarat."
"Anak itu adalah satu anugerah yang besar dari Allah ﷻ .
[Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid]