KDPAH Abdillah

KDPAH Abdillah Sharing of school's events, achievements and announcements.

18/09/2026

-SEGERA & PENTING-

PELAN PENGURUSAN RISIKO/BENCANA & PENGURUSAN KOMUNIKASI BERIKUTAN IPU MENUNJUKKAN PENINGKATAN TREND TIDAK SIHAT @ 18 SEPTEMBER 2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua sahabat Pengetua/Guru Besar, didoakan sihat hendaknya sentiasa.

Memandangkan IPU pada hari ini menunjukkan trend makin meningkat, maka tuan/puan gunakanlah punca kuasa yang telah ditetapkan.

Sila patuhi segala perkara yang telah ditetapkan dalam SOP. Langkah penyuraian murid laksanakanlah secara baik dan dikomunikasikan secara baik dengan ibu bapa/penjaga.

Berikut di bawah saya sediakan sedikit panduan pengurusan risiko dan pelan komunikasi yang tuan/puan boleh gunakan.

LANGKAH PENGURUSAN IPU (TIDAK SIHAT) DI SEKOLAH @ 18.09.2026

KAWALAN SEGERA DI SEKOLAH
* Hentikan semua aktiviti luar serta-merta
* Murid kekal di dalam kelas masing-masing
* Semua aktiviti terbuka seperti perhimpunan dan PJ dibatalkan

PERLINDUNGAN KESIHATAN MURID
* Galakkan pemakaian pelitup muka
* Kenal pasti murid berisiko (asma, masalah pernafasan)
* Sediakan ruang rawatan sementara bagi murid yang tidak sihat

JADUAL WAKTU FLEKSIBEL (GURU & MURID)
* Guru kekal bersama murid di dalam kelas untuk pengawasan berterusan
* Kurangkan pergerakan guru antara blok/bangunan bagi mengurangkan pendedahan
* Gantikan aktiviti luar dengan PdP dalam kelas yang lebih santai dan fleksibel (contoh: kerja kump**an kecil, pembelajaran kendiri berpandu, penggunaan bahan digital)
* Susun semula jadual jika perlu (contoh: tukar waktu PJ kepada subjek teori atau ulang kaji)
* Hadkan aktiviti yang memerlukan pergerakan atau pendedahan udara luar

PEMANTAUAN KESIHATAN MURID
* Guru kelas/subjek memantau keadaan murid secara berkala
* Rekod murid yang menunjukkan simptom seperti batuk, pening atau sesak nafas
* Rujuk segera kepada tindakan kesihatan jika perlu

TINDAKAN PELEPASAN AWAL
* Sekolah boleh melaksanakan early dismissal secara berperingkat jika IPU kekal atau meningkat
* Hubungi ibu bapa/penjaga untuk mengambil anak di sekolah
* Murid hanya dibenarkan p**ang dengan ibu bapa/penjaga atau wakil yang sah

PENGURUSAN KOMUNIKASI
* Pastikan maklumat disampaikan dengan cepat, jelas dan konsisten
* Gunakan saluran rasmi sekolah (WhatsApp/Telegram/SMS)
* Beri kemas kini berkala kepada semua guru dan ibu bapa untuk mengelakkan kekeliruan

Saya dan pasukan di PPD akan sedia membantu.

Hubungi saya dan team, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kita.

Majelan Sulong
Pegawai Pendidikan Daerah Kuching
18.9.2026 @ 0655 pagi

STANDARD 1: ASPEK 1.3 [1.3.3] PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.STANDARD ...
16/09/2026

STANDARD 1: ASPEK 1.3 [1.3.3] PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.

STANDARD 2: ASPEK 2.5 [2.5.2] Suasana yang selesa dan harmoni diwujudkan secara sistematik dan terancang.

STANDARD 2: ASPEK 2.6 : Pengurusan perpaduan

Aktiviti Asrama: Majlis Sambutan Hari Jadi SISKA dan Hari Malaysia Bersama Mantan Pengetua serta Pengurusan Asrama.

TARIKH: 16 September 2026
MASA: 4.00 - 6.00 Petang
TEMPAT: Dewan Makan, Kolej DPAH Abdillah

PENGLIBATAN:

1. Tn.Hj Adzuddin bin Mantrang - MantanPengetua Kolej DPAH Abdillah
2. Dato Rozalix bin Edi Wahab - Yang di pertua PIBG Kolej DPAH Abdillah
3. Pn. Hasmah binti Abg Omar- Penolong Kanan pentadbiran Kolej DPAH Abdillah
4. Pn. Kartini binti Mohamad Safiee - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kolej DPAH Abdillah
5. Tn. Hj Zamzy bin Abdul Rahman - Penolong Kanan Ko-Kurikulum Kolej DPAH Abdillah
6. Warden Kolej DPAH Abdillah
7. Guru SisKA
8. Pelajar Asrama Kolej DPAH Abdillah

Majlis Sambutan Hari Jadi SisKA dan Hari Malaysia telah diadakan bagi meraikan pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Julai, Ogos dan September serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga asrama. Program ini turut diserikan dengan kehadiran mantan Pengetua, Pengurusan Asrama, Yang Dipertua PIBG dan guru-guru SisKA yang bersama-sama meluangkan masa berinteraksi dengan para pelajar dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan.

Objektif

1. Meraikan pelajar SISKA yang menyambut hari lahir bagi meningkatkan motivasi dan kesejahteraan emosi mereka.
2. Memupuk semangat cintakan negara dan menghayati erti Hari Malaysia.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pengurusan asrama, guru-guru, PIBG dan Mantan pengetua.
4. Membentuk suasana asrama yang harmoni, ceria dan kondusif.
5. Menghargai sumbangan dan jasa Pengetua yang telah bersara kepada warga sekolah dan asrama.

Rumusan Program

Program telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar serta tetamu yang hadir. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk sambutan hari jadi, perkongsian pengalaman oleh mantan Pengetua serta menyanyikan lagu patriotik bersama-sama. Program ini berjaya mewujudkan suasana mesra dan memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan warga asrama.

Impak Program

• Meningkatkan rasa dihargai dan disayangi dalam kalangan pelajar asrama.
• Mengukuhkan hubungan antara pelajar dengan guru, pengurusan asrama dan PIBG.
• Menyemai semangat patriotisme dan perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia.
• Memberi inspirasi kepada pelajar melalui perkongsian pengalaman dan nasihat daripada mantan Pengetua.
• Mewujudkan persekitaran asrama yang lebih positif dan berdaya saing.

Tindak Susul

• Meneruskan program sambutan hari jadi pelajar secara berkala di asrama.
• Mengadakan lebih banyak program pengukuhan sahsiah dan patriotisme.
• Melibatkan lebih ramai ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti asrama.
• Menjemput tokoh-tokoh pendidikan dan alumni untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar.
• Memperkasa aktiviti yang menggalakkan perpaduan dan kesejahteraan warga asrama.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

STANDARD 1: ASPEK 1.1 [1.1.3] PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik.TAJUK: PEMA...
14/09/2026

STANDARD 1: ASPEK 1.1 [1.1.3] PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik.

TAJUK: PEMANTAUAN MALAM TERAKHIR PENGETUA BERSAMA ANAK-ANAK PENGHUNI ASRAMA DAN PEMANTAUAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN SEBELUM BERSARA

TARIKH: 14 September 2026
MASA: 08.30 Malam
TEMPAT: Kolej DPAH Abdillah

PENGLIBATAN:

1. Tn.Hj Adzuddin bin Mantrang - Pengetua Kolej DPAH Abdillah.
2. Sharifah Mordiah Hayanie Sobhan binti Wan Ibrahim- Warden
3. Pengawal Keselamatan Sekolah

OBJEKTIF:
Pelaksanaan pemantauan ini bertujuan untuk:
1. Memastikan aspek kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan penghuni asrama sentiasa berada pada tahap yang baik.
2. Menilai keadaan persekitaran, kemudahan dan pengurusan asrama bagi memastikan suasana yang kondusif, selesa dan selamat kepada penghuni.
3. Memperkukuh hubungan serta komunikasi antara pihak pengurusan sekolah dengan penghuni asrama melalui interaksi secara langsung.
4. Memastikan perkhidmatan pengawal keselamatan dilaksanakan mengikut skop tugas, prosedur dan ketetapan yang telah ditetapkan.
5. Memberikan amanat, nasihat dan penghargaan kepada penghuni asrama melalui sesi pemantauan terakhir bersama Pengetua yang bakal bersara.

RUMUSAN:
Secara keseluruhannya, aktiviti pemantauan malam telah dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Pemantauan melibatkan aspek kebajikan dan keselamatan penghuni asrama, keadaan persekitaran serta kemudahan asrama dan pelaksanaan tugas pengawal keselamatan.

Interaksi secara langsung antara Pengetua dengan penghuni asrama turut memberikan ruang untuk menyampaikan nasihat, amanat dan penghargaan kepada para penghuni.

Aktiviti ini menjadi satu pengalaman yang bermakna dalam memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan sekolah dengan warga asrama, khususnya menjelang persaraan Pengetua yang bakal tiba.

IMPAK:
Pelaksanaan pemantauan ini telah memberikan impak yang positif terhadap pengurusan dan kebajikan penghuni asrama. Antaranya termasuk peningkatan tahap pemantauan terhadap keselamatan dan kebajikan penghuni, pengukuhan hubungan antara pihak pengurusan sekolah dengan warga asrama serta peningkatan kesedaran terhadap kepentingan menjaga keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan persekitaran asrama.

Selain itu, interaksi secara langsung bersama Pengetua yang bakal bersara telah memberikan peluang kepada penghuni asrama untuk menerima amanat, nasihat dan penghargaan secara langsung. Hal ini turut mewujudkan satu pengalaman yang bermakna serta meninggalkan kenangan positif dalam kalangan warga asrama.

Pemantauan terhadap perkhidmatan pengawal keselamatan p**a dapat membantu memastikan aspek keselamatan sekolah dan asrama sentiasa diberi perhatian serta dilaksanakan secara berkesan mengikut ketetapan yang ditetapkan.

TINDAK SUSUL:
1. Meneruskan pemantauan secara berkala terhadap kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan penghuni asrama.
2. Memastikan sebarang isu berkaitan kemudahan, keselamatan atau kebersihan asrama dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya dengan segera.
3. Melaksanakan pemantauan berkala terhadap prestasi dan pematuhan tugas pengawal keselamatan berdasarkan skop perkhidmatan yang telah ditetapkan.
4. Memperkukuh komunikasi antara pihak pengurusan, warden dan penghuni asrama bagi memastikan sebarang permasalahan dapat dikenal pasti dan ditangani dengan berkesan.
5. Menjadikan dapatan hasil pemantauan sebagai asas kepada penambahbaikan berterusan dalam aspek pengurusan, keselamatan dan kebajikan penghuni asrama.
6. Meneruskan budaya prihatin, komunikasi berkesan dan hubungan yang harmoni antara pihak pengurusan sekolah dengan penghuni asrama sebagai kesinambungan daripada usaha Pengetua yang bakal bersara dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga asrama sentiasa diberi keutamaan.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

12/09/2026
Makluman warga pendidikan, susulan situasi jerebu di Sarawak, PdPr kini dilaksanakan demi menjamin keselamatan kesihatan...
08/09/2026

Makluman warga pendidikan, susulan situasi jerebu di Sarawak, PdPr kini dilaksanakan demi menjamin keselamatan kesihatan anak-anak kita. Gunakan platform DELIMa 3.0: https://d3.delima.edu.my untuk memastikan kelangsungan pembelajaran yang selamat dari rumah. Ia dilengkapi pelbagai alat digital komprehensif khusus untuk kemudahan guru dan murid.

Digital Educational Learning Initiative Malaysia

08/09/2026

Langkah-Langkah Menghadapi Jerebu

Terbitan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

KENYATAAN RASMI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
04/09/2026

KENYATAAN RASMI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

04/09/2026

HEBAHAN DAN PEMAKLUMAN KAEDAH PENGOPERASIAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU
Sumber : FB JPNS

Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sentiasa memberi keutamaan terhadap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta seluruh warga pendidikan susulan keadaan jerebu yang berlaku.

Sehubungan itu, kaedah pengoperasian sekolah bagi 7 September 2026 (Isnin) akan dimaklumkan pada Sabtu, 5 September 2026 sebelum jam 2.00 petang.

Sementara menunggu pemakluman tersebut, semua pihak khususnya ibu bapa dan penjaga, murid serta warga sekolah dinasihatkan agar:

🔹 Sentiasa mengikuti hebahan dan arahan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.

🔹 Memantau keadaan kesihatan diri dan anak-anak, khususnya mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

🔹 Mengurangkan aktiviti luar dan pendedahan kepada jerebu sekiranya keadaan kualiti udara semakin merosot.

🔹 Memastikan keperluan kesihatan dan keselamatan anak-anak sentiasa diberi perhatian.

🔹 Tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan.

Dalam situasi seperti ini, ketenangan, kewaspadaan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

Tidak perlu membuat sebarang andaian.
Tunggu pemakluman rasmi dan ikuti arahan yang dikeluarkan.

Semoga keadaan jerebu beransur pulih dan segala urusan dipermudahkan.

Keselamatan dan kesihatan adalah keutamaan kita bersama.


BENGKEL PELAKSANAAN POLISI PERLINDNGAN MURID,PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN SALAHLAKU SEKSUAL DI INSTITUSI PENDIDI...
27/08/2026

BENGKEL PELAKSANAAN POLISI PERLINDNGAN MURID,
PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN SALAH
LAKU SEKSUAL DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KPM
DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT KPM

STANDARD 1:
ASPEK 1.1 [1.1.1] PGB menetapkan hala tuju sekolah secara terancang.
STANDARD 2:
ASPEK 2.1 [2.1.2} Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang.

PERINCIAN
Tarikh : 24/8/2026
Masa : 3.00 PTG - 5.00 PTG
Tempat : DEWAN PERMATA BESTARI, KDPAH ABDILLAH

PENGLIBATAN
Semua Guru dan AKP Kolej DPAH Abdillah

OBJEKTIF
1. Memahami pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid terpelihara.
2. Memahami pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan bawah KPM bagi memastikan pengurusan kes dilaksanakan secara teratur, berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
3. Memahami Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat KPM
bagi meningkatkan kesedaran dan keupayaan warga sekolah
dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan
kondusif.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, bengkel ini memberikan pemahaman dan kesedaran kepada warga sekolah berkaitan pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid, pengurusan salah laku seksual serta pengurusan sekolah selamat. Pengetahuan yang diperoleh dapat membantu guru dan AKP melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan serta mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Bengkel ini juga dapat meningkatkan keupayaan warga sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, kondusif dan melindungi kebajikan serta kesejahteraan murid.

IMPAK
Meningkatkan kefahaman warga sekolah tentang Polisi Perlindungan Murid dan keselamatan sekolah. Meningkatkan kesediaan guru dan AKP dalam mengurus salah laku seksual mengikut garis panduan yang ditetapkan. Memperkukuh kerjasama warga sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan
kondusif. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid.

TINDAK SUSUL
Mengaplikasikan pengetahuan dan panduan yang diperoleh dalam
pengurusan murid di sekolah. Memastikan semua warga sekolah
memahami dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Meningkatkan pemantauan terhadap aspek keselamatan dan
kebajikan murid. Melaporkan dan mengurus sebarang kes
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

25/08/2026

🏉 ARE YOU READY?? 🔥

The countdown begins! ⏳
13 SEPTEMBER — it’s time to hit the field! 💥

⚡ One team. One mission. One battle.
💪 Bring your strength.
🔥 Bring your passion.
🏉 Bring your fighting spirit!

12-13 SEPTEMBER 2026— LET THE BATTLE BEGIN! 🏆🔥

Address

Jalan Siol Kandis
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KDPAH Abdillah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category