GIATMARA Santubong

GIATMARA Santubong Pusat Latihan Teknikal:-
1.Pendawai Elektrik
2.Tek. Automotif
3.Tek. Kimpalan dan Fabrikasi Logam
4.Tek. Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
5. Tek.

Kimpalan Arka GTAW (Pengkhususan)
6. Building Electrical Maintenance (Pengkhususan) Baikpulih dan Mengecat Kenderaan

14/08/2026

𝗦𝗔𝗧𝗨 π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—”π—‘, π—£π—˜π—Ÿπ—•π—”π—šπ—”π—œ π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š. 𝗠𝗔𝗦𝗔 π——π—˜π—£π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π— π—¨π—Ÿπ—” π——π—œ π—¦π—œπ—‘π—œ
Tahukah anda?
Di bawah MARA, laluan pendidikan TVET direka dengan fleksibel untuk membolehkan anda terus melangkah lebih jauh daripada Sijil, ke Diploma, seterusnya ke Ijazah.

Pilih laluan yang sesuai dengan minat dan bakat anda :
βœ… GIATMARA
βœ… TVETMARA
βœ… GMI
βœ… UniKL
Apa yang menanti anda?
🀝 Kerjasama erat bersama industri
πŸ’Ό Peluang kerjaya berpendapatan tinggi
🌍 Peluang menyambung pengajian di dalam dan luar negara
πŸš€ Menjadi tenaga mahir yang menjadi rebutan industri
πŸ’Ό Membina perniagaan dan bergelar usahawan berjaya
,
Di TVETMARA, kami membina bakat yang mampu memacu masa depan negara


22/07/2026
22/07/2026

Sekitar gambar dalam Program Minggu Suaikenal sesi Julai 2026

22/07/2026

Gambar sekitar Minggu Pendaftaran dan Minggu Suaikenal sesi Julai 2026

Sesi Latihan CPR taklimat ringkas penggunaan mesin Automated External Defibrillator (AED).
14/07/2026

Sesi Latihan CPR taklimat ringkas penggunaan mesin Automated External Defibrillator (AED).


Minggu Suaikenal Pelatih GIATMARA Santubong Sesi 2/2026.
11/07/2026

Minggu Suaikenal Pelatih GIATMARA Santubong Sesi 2/2026.



08/07/2026

πŸ“’ IKLAN JAWATAN KOSONG
KUMPULAN PENGAJAR (GRED GP29)
GIATMARA NEGERI SARAWAK

GIATMARA Negeri Sarawak mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdedikasi dan berminat dalam bidang latihan kemahiran untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Jawatan

Kumpulan Pengajar (GP29)

Status Perkhidmatan: Kontrak

Bidang Pengajaran

βœ… Teknologi Automotif
βœ… Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
βœ… Teknologi Sistem Komputer
βœ… Teknologi Motosikal
βœ… Pendawai Elektrik

Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia.
Berumur 23 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan.
Sihat tubuh badan.
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang berkaitan dan/atau Vocational Training Officer (VTO) atau TVET-i.
Bagi jawatan Pengajar Pendawai Elektrik, calon hendaklah memiliki Sijil Wireman G1/G2 (EIU) yang masih sah.
Calon yang mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.
Mempunyai komitmen yang tinggi, bertanggungjawab serta mampu bekerja di bawah pengawasan minimum.
Cara Memohon

Permohonan hendaklah disertakan bersama:

Resume terkini
Salinan sijil akademik dan sijil kemahiran yang telah diakui sah

Hantar permohonan ke:

Pejabat GIATMARA Negeri Sarawak
No. 15C, Tingkat 2
Kompleks MARA Satok Parade
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

E-mel: [email protected]

Tarikh Tutup Permohonan

πŸ—“οΈ 14 Julai 2026

Perhatian:
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Jom sertai warga GIATMARA Negeri Sarawak dan bersama-sama melahirkan tenaga mahir untuk masa hadapan negara.

SELAMAT DATANG PELATIH GIATMARA SANTUBONG SESI JULAI 2026Syabas dan tahniah kepada pelatih yang telah berjaya terpilih u...
01/07/2026

SELAMAT DATANG PELATIH GIATMARA SANTUBONG SESI JULAI 2026

Syabas dan tahniah kepada pelatih yang telah berjaya terpilih untuk mengikuti latihan kemahiran di GIATMARA bagi Sesi Julai 2026.

Kejayaan ini merupakan permulaan kepada satu perjalanan baru dalam membina ilmu, kemahiran dan masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga peluang yang diberikan ini dimanfaatkan sebaiknya untuk menimba ilmu, mengembangkan potensi diri serta membentuk sahsiah yang unggul.

Selamat menimba ilmu, mencipta pengalaman baharu dan terus melakar kejayaan sepanjang berada di GIATMARA.

Selamat Maju Jaya.


Selamat Hari Guru 2026: "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" πŸŒΉπŸ”§β€‹Hari ini, warga GIATMARA Santubong ingin menzahirkan ...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026: "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" πŸŒΉπŸ”§

​Hari ini, warga GIATMARA Santubong ingin menzahirkan rasa setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Tenaga Pengajar yang tidak pernah lelah mencurahkan ilmu.

​Di GIATMARA, peranan guru bukan sekadar mengajar teori, malah membentuk kemahiran, mendisiplinkan tangan yang berkarya, dan membina jati diri modal insan TVET yang kompeten demi masa depan negara.

​"Terima kasih Cikgu, Terima kasih Pengajar!"
Jasa dan keringatmu dalam mencorakkan masa depan pelatih amat kami hargai.
​Selamat Hari Guru kepada semua pendidik, khususnya Tenaga Pengajar GIATMARA Santubong dan seluruh Malaysia!

​

πŸ“š Kursus Jangka Pendek Life Long Learning (3L)πŸ”Œ Basic Building Automation System (BAS)πŸ“… 11 – 12 Mei 2026Peserta didedahk...
12/05/2026

πŸ“š Kursus Jangka Pendek Life Long Learning (3L)

πŸ”Œ Basic Building Automation System (BAS)
πŸ“… 11 – 12 Mei 2026

Peserta didedahkan dengan asas sistem automasi bangunan termasuk pengenalan teknologi KNX, kerja pendawaian asas serta programming sistem automasi bangunan moden. ⚑🏒



Address

B1, MARA Halal Industri, Demak Laut Jalan Bako
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082439726

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Santubong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to GIATMARA Santubong:

Shortcuts

Share

Category