16/01/2023
Pengetua atau Guru Besar berhadapan dengan pelbagai situasi pada setiap hari yang memerlukan keputusan dibuat.
Keputusan adalah satu pilihan daripada pelbagai alternatif set tindakan untuk berhadapan dengan masalah.
Masalah p**a adalah perbezaan antara situasi sebenar dengan situasi yang dikehendaki. Jika situasi sebenar adalah sama dengan situasi yang dikehendaki, maka organisasi tidak menghadapi masalah.
Salah satu tugas penting pengurus (Pengetua atau Guru Besar) dalam melaksanakan fungsi pengurusan ialah membuat keputusan.
Pengurus berhadapan dengan pelbagai situasi pada setiap hari yang memerlukan keputusan dibuat. Keputusan adalah satu pilihan daripada pelbagai alternatif set tindakan untuk berhadapan dengan masalah. Masalah p**a adalah perbezaan antara situasi sebenar dengan situasi yang dikehendaki.
Jika situasi sebenar adalah sama dengan situasi yang dikehendaki, maka organisasi tidak menghadapi masalah. Masalah utama para pengurus ialah ketidakcekapan prestasi pekerja, unit, jabatan, bahagian dan organisasi. Masalah ini terjadi apabila prestasi sebenar tidak sama ataupun kurang dengan prestasi yang dikehendaki.
Pengetua atau Guru Besar sememangnya
memainkan peranan yang amat penting dalam membuat keputusan.
Jika kita fikirkan bersama, boleh dinyatakan di sini bahawa setiap apa jua keputusan diputuskan dan diarahkan oleh Pengetua atau Guru Besar mempunyai signifikannya sendiri.
Secara lahiriahnya kita sedar bahawa sebelum membuat sesuatu keputusan banyak aspek yang perlu diambil kira. Contohnya perlu mengambil kira atmosfera semasa, emosi, tujuan, impak sebelum dan selepas, kepentingan dan sebagainya.
Perkara sebeginilah yang berlegar-legar dan menjadi dilema bagi para Pengetua atau Guru Besar semasa mempertimbangkan sesuatu keputusan. Ini disokong oleh Samsudin Wahab (2005), menyatakan antara ciri-ciri atau perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pentadbir apabila membuat keputusan ialah keputusan tersebut perlu diputuskan oleh seseorang yang benar-benar layak serta sesuai dengan jawatannya dan keputusan itu tidak bertentangan dengan dasar organisasi serta perlu menyokong pencapaian matlamat organisasi.
Selain itu, untuk mencapai keputusan efektif memerlukan masa yang mencukupi namun tidak bermakna boleh ditangguhkan.
Dalam membincangkan hal ini, empat aspek utama perlu dititikberatkan iaitu keadaan
1) Emosi
2) Kesediaan mengambil risiko
3) Penerimaan kritikan
4) Faktor-faktor membuat keputusan
Keempat-empat aspek ini sememangnya amat penting. Aspek-aspek inilah yang dapat membentuk dan memperlihatkan kematangan kepimpinan dalam membuat keputusan dalam kalangan Pengetua atau Guru Besar
Emosi merupakan faktor yang amat penting. Dalam apa-apa jua perkara, faktor emosi amat diutamakan. Ia mudah sahaja, jika emosi sentiasa dalam keadaan yang stabil, segala perjalanan kerja dan aktiviti akan berjalan dengan lancar.
Contohnya dalam situasi guru yang lewat hadir atau tidak dapat hadir bertugas. Sebagai seorang pemimpin sekolah, mereka haruslah sentiasa dalam keadaan emosi yang positif. Pengetua atau Guru Besar haruslah mendengar dahulu permasalahan mereka dan baharulah dapat membuat keputusan yang membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.
Apabila membuat keputusan, pengurus perlu melalui beberapa langkah supaya keputusan yang dibuat adalah baik dan tepat.
Untuk bacaa lebih lanjut, anda semua bleh klik
di pautan berikut :
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/amalan-membuat-keputusan-dalam-kalangan-pengetua-dan-guru-besar-cikgu-osman-kongsi-tipnya/
Selamat membaca ya.
16/01/2023