Jemaah Nazir Negeri Sarawak

Jemaah Nazir Negeri Sarawak Laman rasmi Facebook Jemaah Nazir Negeri Sarawak

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYAJemaah Nazir Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada...
19/09/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Jemaah Nazir Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada 114 buah sekolah di seluruh negara yang akan terlibat dalam Penilaian Pengesahan Taraf Cemerlang (PPTC) dan Penilaian Kecemerlangan Institusi Pendidikan (PKIP) yang akan dilaksanakan pada 20 September hingga 2 Oktober 2026.

Semoga semua sekolah yang terlibat dapat menampilkan kekuatan, amalan terbaik serta keberhasilan pendidikan yang telah dibudayakan secara konsisten, khususnya dalam aspek pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, kemenjadian murid, pencapaian serta kepimpinan melalui teladan.

Lakukan yang terbaik. Ceritakan kisah kejayaan sehingga cemerlang dan berikan kami rasa suasana kecemerlangan itu.

Sekolah Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.







πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati16 September 2026Sempena sambutan Hari Malaysia,...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

16 September 2026

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara tercinta.

Kepelbagaian kaum, budaya dan agama merupakan khazanah yang memperkayakan Malaysia. Marilah kita terus memelihara keharmonian, memperkukuh integrasi nasional serta menyemai rasa cinta dan bangga terhadap tanah air.

Semoga Malaysia terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera, berteraskan nilai kemanusiaan, integriti dan keadilan demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Selamat Hari Malaysia 2026!

Ikhlas daripada,

Yusri bin Tokis
Ketua Nazir Negeri
dan seluruh warga
Jemaah Nazir Negeri Sarawak

Iltizam β€’ Kualiti β€’ Integriti




KEMBARA SEJARAH: PUSAT SAINS SARAWAK πŸ”¬πŸŒŸSempena Sambutan Bulan Kebangsaan Jemaah Nazir Negeri Sarawak Tahun 2026, satu pr...
15/09/2026

KEMBARA SEJARAH: PUSAT SAINS SARAWAK πŸ”¬πŸŒŸ

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Jemaah Nazir Negeri Sarawak Tahun 2026, satu program Kembara Sejarah: Pusat Sains Sarawak telah diadakan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta memperkaya pengetahuan warga JNN Sarawak.

Program ini melibatkan Nazir Sekolah dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Jemaah Nazir Negeri Sarawak melalui lawatan ke sekitar Pusat Sains Sarawak serta perkongsian ilmu mengenai sejarah, fungsi dan peranan pusat tersebut daripada warga Sarawak Science Centre (SSCiEX).

Aktiviti ini bukan sahaja membuka ruang kepada warga JNN Sarawak untuk mengenali institusi sains dan inovasi negeri dengan lebih dekat, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan terhadap ilmu pengetahuan serta penghargaan terhadap khazanah pendidikan dan pembangunan Sarawak.

Sesungguhnya, pembelajaran tidak terbatas di bilik darjah. Setiap destinasi menyimpan sejarah, setiap pengalaman membawa ilmu, dan setiap langkah bersama memperkukuh iltizam warga pendidikan untuk terus berkembang.

Kembara ilmu, menyemai patriotisme, memperkasa kompetensi.

Terima kasih kepada semua warga Jemaah Nazir Negeri Sarawak atas penglibatan dan kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap ilmu terus subur dalam setiap warga JNN Sarawak.

Iltizam β€’ Kualiti β€’ Integriti






πŸŽ‰ PEMILIHAN PEMAIN SCRABBLE PSKPP Cawangan Ibu PejabatCabaran minda. Semangat berpasukan. Ukhuwah diperkasa!Jom serlahka...
14/09/2026

πŸŽ‰ PEMILIHAN PEMAIN SCRABBLE PSKPP Cawangan Ibu Pejabat

Cabaran minda. Semangat berpasukan. Ukhuwah diperkasa!

Jom serlahkan bakat, strategi dan kehebatan berfikir dalam Pemilihan Pemain Scrabble PSKPP Cawangan Ibu Pejabat ke PSKPP Sarawak, Limbang 2026!

πŸ“… 18 September 2026 (Jumaat)
⏰ 2.30 petang – 4.30 petang
πŸ“ Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan, SMK Tabuan Jaya

Pertandingan ini terbuka kepada semua warga PSKPP dibawah Cawangan Ibu Pejabat.

Ayuh, rebut peluang untuk mewakili PSKPP Cawangan Ibu Pejabat ke pentas PSKPP Sarawak! Buktikan bahawa warga kita bukan sahaja cemerlang dalam tugas, malah hebat dalam strategi, kreativiti dan permainan minda.

✨ Think smart. Play hard. Represent with pride!

Sarawak

πŸ’»πŸ“š LDP SIRI 6 | PROGRAM MENTOR-MENTEE: APLIKASI PENGGUNAAN CANVA DAN NOTEBOOKLM SIRI 2Jemaah Nazir Negeri Sarawak melalu...
12/09/2026

πŸ’»πŸ“š LDP SIRI 6 | PROGRAM MENTOR-MENTEE: APLIKASI PENGGUNAAN CANVA DAN NOTEBOOKLM SIRI 2

Jemaah Nazir Negeri Sarawak melalui Unit Penilaian & Pembangunan Kompetensi (UPPK) akan menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Siri 6, Program Mentor-Mentee: Aplikasi Penggunaan Canva dan NotebookLM Siri 2.

Program ini bertujuan memperkukuh kompetensi digital warga Jemaah Nazir Negeri Sarawak melalui penerokaan dan pengaplikasian teknologi digital dalam tugasan profesional, pengurusan maklumat serta penyediaan bahan komunikasi yang kreatif, sistematik dan berimpak.

πŸ“… Tarikh: 10 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: Bilik Persidangan Utama, JNN Sarawak

Semoga program ini terus menyemarakkan budaya pembelajaran berterusan, perkongsian ilmu dan pemerkasaan kompetensi digital dalam kalangan warga Jemaah Nazir Negeri Sarawak.

Iltizam β€’ Kualiti β€’ Integriti







πŸ“’ LDP SIRI 5 | BENGKEL PEMERKASAAN KOMPETENSI NAZIR SEKOLAH TAHUN 2026Jemaah Nazir Negeri Sarawak melalui Unit Penilaian...
11/09/2026

πŸ“’ LDP SIRI 5 | BENGKEL PEMERKASAAN KOMPETENSI NAZIR SEKOLAH TAHUN 2026

Jemaah Nazir Negeri Sarawak melalui Unit Penilaian & Pembangunan Kompetensi (UPPK) akan menganjurkan LDP Siri 5: Bengkel Pemerkasaan Kompetensi Nazir Sekolah Tahun 2026 sebagai platform pengukuhan ilmu, perkongsian pengalaman dan pemantapan kompetensi dalam mendepani tuntutan penaziran pendidikan yang dinamik.

Bengkel yang berlangsung pada 8 hingga 9 September 2026 ini mengetengahkan perkongsian berkaitan Gemini, Kepimpinan, Book Review dan SK@S bagi memperkaya perspektif, meningkatkan keupayaan profesional serta menyokong pelaksanaan tugas penaziran yang lebih strategik, berintegriti dan berimpak.

✨ Kompetensi diperkasa, profesionalisme dipertingkat, kualiti penaziran diperkukuh.

Semoga LDP Siri 5 ini menjadi wadah pembelajaran bermakna dan terus menyuburkan budaya pembelajaran sepanjang hayat, perkongsian ilmu serta inovasi dalam kalangan warga Jemaah Nazir Negeri Sarawak.

Iltizam β€’ Kualiti β€’ Integriti







πŸŽ‰ SELAMAT DATANG & TAHNIAH πŸŽ‰Jemaah Nazir Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat datang kep...
03/09/2026

πŸŽ‰ SELAMAT DATANG & TAHNIAH πŸŽ‰

Jemaah Nazir Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat datang kepada Puan Noraidah binti Morni atas pelantikan sebagai:

NAZIR SEKOLAH GRED DG12
JEMAAH NAZIR CAWANGAN BINTULU

berkuat kuasa 1 September 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang dilaksanakan dengan penuh iltizam, kualiti dan integriti, serta terus menyumbang kepada kecemerlangan dan peningkatan kualiti pendidikan.

Selamat menjalankan amanah dan selamat bergabung bersama keluarga besar Jemaah Nazir Negeri Sarawak. Semoga terus cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada pendidikan negara. 🌟

Ikhlas daripada
Yusri bin Tokis
Ketua Nazir Negeri
dan warga Jemaah Nazir Negeri Sarawak








30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menyemai semangat patriotisme serta mensyukuri keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati.

Kemerdekaan merupakan amanah untuk kita terus berbakti, menjaga keharmonian dan bersama-sama membina Malaysia yang maju, sejahtera serta bersatu padu.

Ayuh kita semarakkan jiwa merdeka dan terus melangkah bersama demi Malaysia yang lebih gemilang. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.

Ikhlas daripada,
Yusri bin Tokis
Ketua Nazir Negeri
dan warga Jemaah Nazir Negeri Sarawak

Setulus Penghargaan, Sejuta Kenangan 🌹MAJLIS SERAH TUGAS DAN CLOCK OUT sempena perpindahan Encik Ma Chee Leong sebagai P...
27/08/2026

Setulus Penghargaan, Sejuta Kenangan 🌹

MAJLIS SERAH TUGAS DAN CLOCK OUT sempena perpindahan Encik Ma Chee Leong sebagai Pengetua ke SMK Melugu, Sri Aman, Sarawak telah berlangsung dengan penuh bermakna pada 21 Ogos 2026 di Ruang Legar Zon Rajang dan Zon Mulu, Jemaah Nazir Negeri Sarawak.

Warga Jemaah Nazir Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan, komitmen serta kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang bersama kami.

Perpindahan ini bukanlah satu noktah, tetapi merupakan lembaran baharu untuk terus mencipta kecemerlangan dan memberi impak dalam dunia pendidikan.

Selamat maju jaya di tempat baharu, Encik Ma Chee Leong. Semoga terus sukses, dipermudah segala urusan dan diberikan kekuatan untuk menggalas amanah dengan penuh dedikasi.

Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan kekal dalam ingatan.

🌟 Selamat melangkah ke destinasi baharu. Teruskan mencipta kecemerlangan!






Address

Tingkat 10 & 11 Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga
Kuching
93604

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jemaah Nazir Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share