Nursing USM

Nursing USM Nursing Programme, School of Health Sciences, Universiti Sains Malaysia Modul Microcredential Kejururawatan

🌸 Alhamdulillah, tahniah buat adik Ain Fatah atas perkongsian yang sangat menyentuh hati ini.Program Kejururawatan amat ...
18/05/2026

🌸 Alhamdulillah, tahniah buat adik Ain Fatah atas perkongsian yang sangat menyentuh hati ini.

Program Kejururawatan amat berbangga melihat anak didik kami memilih jalan kerjaya yang bukan sahaja merawat pesakit, tetapi turut memberi kasih sayang, sokongan emosi dan harapan kepada keluarga. 🤍

Terima kasih kerana membawa nama baik profesion kejururawatan dan Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM.

Semoga setiap kebaikan dan pengorbanan dalam menjaga pesakit menjadi amal yang berpanjangan. ✨

“Jururawat bukan sekadar memberi rawatan, tetapi hadir sebagai kekuatan ketika insan lain memerlukan.” 🌷
Terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada ramai lagi bakal jururawat. 💕

Kuala Lumpur: Kerjaya sebagai jururawat peribadi semakin mendapat perhatian masyarakat apabila ramai keluarga kini memilih mendapatkan penjagaan pesakit secara khusus di rumah.

LAWATAN KERJASAMA AKADEMIK UNIVERSITAS DIPONEGORO (UNDIP), INDONESIA KE PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN (PPSK), USMProgr...
14/05/2026

LAWATAN KERJASAMA AKADEMIK UNIVERSITAS DIPONEGORO (UNDIP), INDONESIA KE PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN (PPSK), USM

Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan rasmi delegasi daripada Universitas Diponegoro (UNDIP), Semarang, Indonesia pada 13 Mei 2026 bertempat di PPSK, USM.

Lawatan akademik ini dianjurkan bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam bidang pendidikan kejururawatan, penyelidikan, mobiliti akademik serta perkongsian kepakaran profesional di peringkat antarabangsa.

Antara pengisian utama program termasuk sesi perbincangan kerjasama akademik dan Memorandum Persefahaman (MoU), lawatan ke fasiliti Makmal Kemahiran Klinikal dan Makmal Simulasi Kejururawatan PPSK, serta sesi perkongsian ilmu melibatkan staf akademik dan pelajar Program Kejururawatan PPSK.

Program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun Akhir mengenai perkembangan pendidikan dan amalan kejururawatan di peringkat serantau.

Diharapkan hubungan kerjasama antara Program Kejururawatan, PPSK, USM dan Universitas Diponegoro (UNDIP) ini akan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan program akademik, penyelidikan serta penerbitan ilmiah bersama demi kecemerlangan pendidikan tinggi dan pembangunan profesional dalam bidang sains kesihatan.




Hari ini kami meraikan insan luar biasa yang sentiasa berada di barisan hadapan menjaga kesihatan dan keselamatan masyar...
12/05/2026

Hari ini kami meraikan insan luar biasa yang sentiasa berada di barisan hadapan menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Terima kasih kepada semua jururawat atas dedikasi, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai.
✨ Our Nurses, Our Future
✨ Empowered Nurses, Save Lives




07/05/2026
Semoga Program Kejururawatan terus cemerlang
07/05/2026

Semoga Program Kejururawatan terus cemerlang

🌟 PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI KEBANGSAAN BERSEPADU MADANI (P3KBM @ MySIHAT 2026) Berjaya Dilaksanakan!📍 Kampung Padang Te...
05/05/2026

🌟 PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI KEBANGSAAN BERSEPADU MADANI (P3KBM @ MySIHAT 2026) Berjaya Dilaksanakan!

📍 Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang
📅 1 – 3 Mei 2026

Program ini telah berlangsung dengan penuh jayanya hasil kolaborasi Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lipis.

✨ Pelbagai aktiviti menarik:
🩺 Saringan kesihatan (BMI, tekanan darah & gula)
🎤 Ceramah pendidikan & kesihatan
🧼 Demonstrasi kebersihan diri
🎪 Booth interaktif & pameran

Penglibatan komuniti setempat yang menjalani saringan kesihatan membukti komuniti kini semakin cakna tentang kesihatan! ❤️

Program ini turut disokong oleh Hospital Pakar USM serta pelbagai agensi & NGO

“Cakna Pendidikan, Cakna Kesihatan, Di Sini Kita Berpadu bagi Satu Komuniti Madani yang Unggul”

Soroton Nursing Career Fair 2026 (Bahagian 1) telah berjaya dilaksanakan pada 13 April hingga 16 April 2026 secara atas ...
18/04/2026

Soroton Nursing Career Fair 2026 (Bahagian 1) telah berjaya dilaksanakan pada 13 April hingga 16 April 2026 secara atas talian.

Program ini bertujuan untuk:
✅ Memberi pendedahan awal mengenai peluang kerjaya dalam bidang kejururawatan
✅ Menghubungkan bakal jururawat dengan institusi kesihatan terkemuka
✅ Membantu pelajar memahami keperluan industri dan laluan perkembangan kerjaya

Sepanjang program ini, beberapa institusi kesihatan terkemuka telah menyampaikan taklimat kerjaya dan perkongsian pengalaman, antaranya:
1. SingHealth
2. Sunway Medical Centre
3. Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur
4. Thomson Hospital
5. Hospital Canselor Tuanku Muhriz
6. Subang Jaya Medical Centre

Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali pelbagai organisasi kesihatan, malah memberi peluang untuk sesi soal jawab secara langsung, sekali gus meningkatkan kefahaman tentang realiti dunia pekerjaan dalam bidang kejururawatan.

Secara keseluruhannya, Nursing Career Fair 2026 (Bahagian 1) telah memberi impak positif dalam membantu pelajar membuat perancangan kerjaya yang lebih jelas dan bersedia menghadapi cabaran dalam industri kesihatan.

LAWATAN KOLABORASI AKADEMIKDelegasi Universitas Senior Medan📍8 April 2026Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Ke...
12/04/2026

LAWATAN KOLABORASI AKADEMIK
Delegasi Universitas Senior Medan
📍8 April 2026

Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (USM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Senior Medan, Indonesia bagi membincangkan peluang kerjasama akademik khususnya dalam aspek mobiliti dan penempatan pelajar.

Perbincangan ini diketuai olef Pemilik Universitas Senior Medan iaitu Ibu L Manullang dengan Pengerusi Program Kejururawatan iaitu Dr Intan Idiana Hassan.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan PBL melalui pendedahan klinikal sebenar serta meningkatkan kualiti pembelajaran berasaskan pengalaman lapangan.

Program juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta kakitangan sokongan yang terlibat atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

✨ Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan akademik dan pembangunan latihan klinikal bertaraf antarabangsa.




INTERNATIONAL CLINICAL ATTACHMENT PROGRAMMEProgram Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM telah menerima 6 ...
11/04/2026

INTERNATIONAL CLINICAL ATTACHMENT PROGRAMME

Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM telah menerima 6 pelajar Kejururawatan dari Walailak University, Thailand bersama 2 pensyarah bagi program penempatan klinikal selama 4 minggu (14 Mac – 9 April 2026).

Program ini merupakan hasil kerjasama di antara kedua pihak.

🎯 Fokus Program
✔️ Pendedahan klinikal berasaskan evidence-based practice
✔️ Aplikasi garis panduan & protokol terkini
✔️ Pengukuhan pemikiran kritikal & keputusan klinikal
✔️ Perbincangan kes & refleksi klinikal
✔️ Integrasi penyelidikan dalam amalan kejururawatan

🤝 Memperkukuh kolaborasi antarabangsa dalam pendidikan & penyelidikan kesihatan.

Program ini diharapkan dapat memberi impak bermakna dalam pembangunan kompetensi klinikal pelajar serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara institusi ke arah kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan kesihatan global.

Program juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta kakitangan sokongan yang terlibat atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Address

Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097677569

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nursing USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Nursing USM:

Shortcuts

Share

Category