08/04/2020
[ULANGKAJI] BERIMAN KEPADA MALAIKAT
1. Kita hendaklah percaya malaikat itu wujud sebagaimana sifat-sifat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis
2. Malaikat ialah makhluk Allah yang mulia; mereka bertasbih dan
beribadat tidak berhenti-henti kepada Allah
3. Malaikat menurut segala perintah dan tidak derhaka kepada Allah
4. Kisah malaikat Munkar dan Nakir enggan menyoal orang mati yang ditalkin adalah palsu kerana menunjukkan tidak patuh perintah Allah
5. Kisah malaikat Harut dan Marut yang dikatakan berzina dan diseksa oleh Allah juga palsu kerana tidak sesuai dengan sifat mereka yang patuh dan tidak melakukan maksiat
6. Malaikat boleh menjelma dalam rupa manusia sebagaimana
disebut di dalam al-Quran dan hadis
7. Malaikat tidak lelaki atau perempuan dan tidak mempunyai sifat,
perasaan dan keinginan seperti manusia
8. Malaikat tidak makan dan minum
9. Malaikat mempunyai nyawa (hidup) dan akan mati, umur malaikat adalah panjang
10. Malaikat disebut dahulu sebelum Kitab-kitab dan rasul
kerana peranannya yang membawa kitab kepada rasul-rasul, bukan kerana lebih mulia
MUAT TURUN E-BOOK - Rukun Iman -
https://tinyurl.com/w85kxfe
LAYARI WEB - Rukun Iman - https://tinyurl.com/rok2trt
https://darulkautsar.wordpress.com/